Tuesday, August 7, 2012

Wang Kertas & Perbankan Islam - Ust Zaharuddin


Soalan telah ditanya kepada Ustaz Zaharuddin dalam segmen 'Tanyalah Ustaz' secara langsung di TV9.

" Apakah benar wang kertas juga tergolong dalam riba'? "





Apa yang dijelaskan oleh ustaz adalah berdasarkan apa yang ideal pada waktu ini, dan ia merupakan suatu realiti. 

"Wang kertas harus hukumnya, namun ia memang bukanlah yang terbaik. Namun kita sangat menyokong 100% jika ada pihak yang ingin memulakan dan mempromosi penggunaan semua Dinar dan Dirham dan seumpunya. Namun walaupun sokong kita tidak boleh menjatuhkan dan menyatakan fatwa haram secara qat'i. Kerana walaupun ia dikeluarkan oleh pengeluar secara riba', tetapi kita menggunakannya dengan cara menjauhi riba', maka kita tidak terlibat dalam dosa tersebut. Malah, ia bukanlah dibawah bidang kuasa kita, yang mana kita mampu untuk mengubahnya dan menghalangnya begitu sahaja (beyond our control). Jadi pada masa ini apa yang kita mampu adlah mengawal segala jenis transaksi yang kita lakukan."

- Jawab Ust Zaharuddin, dan menurutnya juga, jawapan inilah yang diberi oleh Imam Malik semasa zaman Khilafah Islamiah dahulu.


Sumber:
http://youtu.be/UqhMaGU-pCE








_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...