Showing posts with label hiperinflasi. Show all posts
Showing posts with label hiperinflasi. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Hiperinflasi Zimbabwe (Bahagian 5) - Koleksi gambar




Muka depan dari akhbar THE TIMES.

Lagi laporan akhbar berkenaan situasi hiperinflasi di Zimbabwe.

Mugabe. Orang yang dikatakan bertanggung jawab terhadap kejatuhan Zimbabwe.

Total perlu bayar sehingga Z$37 000 000!

Jumlah duit yang perlu dibawa untuk beli barangan harian.

Harga barangan makanan biasa menjadi sehingga berjuta-juta.

Kanak-kanak ini mungkin dalam perjalanan membeli sebiji gula-gula.

Duit yang anda perlu bawa untuk makan di kedai makan.

Bila duit tiada harga, tong sampah lah tempatnya.

Bernilaikah duit sebanyak ini?

Jumlah duit Zimbabwe yg diperlukan untuk ditukar dgn 1 Dollar US.

Murahnya duit Zimbabwe lebih murah dari kertas kosong.

Kadar inflasi Zimbabwe.

Mugabe. President Zimbabwe.

Stem bernilai $20 000.

Stem bernilai $375 000.

Duit wallpaper.

Duit yang diperlukan untuk membeli sebuku roti.

Bila duit sudah tidak bernilai, akhirnya ia ditimbang untuk menentukan nilainya. Nak kira terlampau banyak.

Duit kertas Zimbabwe yang mengalami hiperinflasi.

Kadar Inflasi

Sejarah nega yg pernah menghadapai hiperinflasi. Ini bukan perkara baru & sejarah sentiasa berulang.

Banyak tapi tidak bernilai.

Inflasi, yang memakan diri.

Duit yang tidak lagi bernilai.

Nak buat tisu tandas pun tak boleh!! Maka duit kertas Zimbabwe lebih teruk dari tisu tandas!!

Mungkin untuk ke pasar membeli sayur.

Kadar tukaran sewaktu mula2 berlaku inflasi.

Wall paper money.

Membeli pisang.

Membeli belah di pasar.

Sedihnya Zimbabwe.



_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!






Hiperinflasi Zimbabwe (Bahagian 4) - video "Emas Untuk Roti"



Billionaire yang kebuluran



Video ini menceritakan kisah rakyat Zimbabwe yang sengsara di bumi sendiri. Di sini, pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" rasanya sudah tidak boleh dipakai lagi. Rakyatnya kebuluran sehingga ada yang sanggup bergadai nyawa menjadi pelarian di negara orang.

Semenjak Dollar Zimbabwe sudah tiada nilai, di kampung ini semua urus niaga dijalankan dengan menggunakan emas fizikal. Dollar Zimbabwe hanya digunakan sebagai kertas untuk menyimpan serbuk atau butiran emas. Kebanyakan emas adalah diperolehi dengan melombong sendiri. Kebiasaannya kerja melombong untuk sehari suntuk hanya membuahkan hasil sebanyak tidak sampai 0.3 gram emas.

Golongan yang melombong emas adalah termasuk kanak-kanak kecil dan perempuan. Kata mereka, ini adalah satu-satunya cara untuk terus hidup. Orang yg tidak bekerja termasuk orang tua dan orang cacat, mereka akan mati kebuluran ataupun akibat jangkitan kuman. Kanak-kanak pun tidak lagi ke sekolah. Mereka perlu melombong emas sendiri untuk makan.


Inilah antara kesan hiperinflasi.














_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!




Hiperinflasi Zimbabwe (Bahagian 3) - Pelombong emas







PELOMBONG EMAS

"Untuk melepaskan diri dari keadaan yang terdesak di Zimbabwe, ramai rakyatnya telah melepasi sempadan Mozambique secara haram, mempertaruhkan nyawa demi untuk terus hidup. Rata-rata dari mereka telah melombong emas secara haram di kaki bukit pergunungan Chimanimani, Manica, Mozambuque. - 1 September 2008"



Bilangan pendatang haram yang telah menyeberangi sempadan dari Zimbabwe ke Mozambique meningkat dengan banyak sekali sejak pilihanraya Zimbabwe pada tahun 2008. Walaupun kerajaan Mozambique tidak mempunyai angka rasmi dan tidak memantau keadaan yang sedang berlaku di sempadannya, NGO yang bertugas membuat anggaran sekurang-kurangnya terdapat berpuluh-puluh ribu Zimbabwe yang berhijrah secara haram di rantau ini. Mereka datang untuk melarikan diri keadaan terdesak di Zimbabwe, untuk mendapatkan mata wang alternatif dan membeli Minyak Jagung atau Memasak - kedua-duanya telah digunakan sebagai wang di Zimbabwe bukannya DollarlZimbabwe yang tidak bernilai. Walau bagaimanapun, kerana status haram mereka dan kekurangan dokumentasi, majoriti Zimbabwe tidak boleh mengambil kerja mahir, walaupun latar belakang mereka berpendidikan tinggi.

Maka antara pilihan yang mereka ada ialah melombong emas secara haram di kaki bukit di pergunungan Chimanimani. Rata-rata dari mereka mempertaruhkan nyawa melombong di dalam gua sementara untuk mendapatkan lebih kurang $3.5USD sehari. Malah di Afrika Selatan terdapat satu phobia yang disebut sebagai xenophobia - perasaan takut dan benci terhadap orang asing atau pekerja dari nengara lain. Akibatnya penduduk Zimbabwe yang berhijrah ke Mozambique atau negara Afrika Selatan lain tidak mendapat sokongan dan mereka dipulau-kan dan di-anak-tirikan di banyak kawasan di sekitar Afrika Selatan.





Salah seorang dari pendatang tampa izin dari Zimbabwe mencuci emas yang dilombong secara haram di kaki bukit pergunungan Chimanimani di Mozambique. Beliau adalah salah seorang dari rakyat Zimbabwe yang merentasi sempadan Mozambuque untuk mencari kerja dan melarikan diri dari keadaan yang darurat di Zinbabwe. 

Antara pelarian rakyat Zimbabwe yg mempertaruhkan nyawa melombong di dalam gua sementara.

Antara peralatan asas yang digunakan dalam melombong emas disini. Tiada peralatan atau mesin canggih yang digunakan.

Bersusah payah demi sebuku roti.

Rata-rata dari mereka mempunyai sijil pelajaran tinggi. Tetapi situasi mendesak mereka untuk mencari alternatif lain untuk terus survive.

Menjadi pelarian di negara orang.










_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!









Source:

Hiperinflasi Zimbabwe (Bahagian 2)






ADAPTASI


PENGGUNAAN MATAWANG ASING

Pada tahun 2007, kerajaan Zimbabwe telah mengisytiharkan inflasi adalah haram. Sesiapa yang menaikkan harga barangan mahupun perkhidmatan akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Akibatnya harga menjadi tetap untuk sementara. Namun ini bukanlah cara terbaik untuk menangani inflasi. Akibatnya ramai peniaga dan ahli korporat akhirnya ditahan kerana menikkan harga mereka.

Pada Disember 2008, Bank Pusat Zimbabwe telah mengeluarkan lesen untuk 1000 pekedai bagi membenarkan urusan jual beli di kedai mereka menggunakan matawang asing. Kesan daripada itu, rakyat semakin hari semakin banyak menggunakan matawang asing dalam urusan seharian. Banyak kedai juga telah mula meletakkan tanda harga dalam matawang USD, memandangkan mereka juga memerlukan USD untuk mengimport barangan dari luar. Akhirnya majoriti pernigaan samada besar atau kecil telah menggunakan matawang asing dalam pernigaan mereka, samada mendapat lesen mahupun tidak.   


Bila matawang negara sendiri semakin tidak laku, matawang asing lebih menjadi pilihan


Pada Januari 2009, pemanku Menteri Kewangan Patrick Chinamasa mengisytiharkan secara rasmi yang penggunaan matawang asing dalam urusan seharian di Zimbabwe adalah dibenarkan di seluruh negara. Ini adalah memandangkan majoriti rakyat Zimbabwe sudahpun menggunakan matawang asing dalam urusan mereka hari-hari. Rakyat dibenarkan untuk menggunakan US Dollar, Euro dan South African Rand (matawang rasmi Afrika Selatan). Namunpun begitu, guru dan penjawat awam lain masih dibayar dalam Zimbabwe dollar, dan gaji mereka mencecah trillion dollar Zimbabwe sebulan. Dan ini sebenarnya berjumlah lebih kurang USD1 sahaja, atau separuh dari tambah bas. Kerajaan juga telah cuba untuk mengurangkan pengaliran keluar Zimbabwe Dollar dengan menghadkan pengeluaran duit kertas dari mesin ATM sebanyak $Z500 000 Zimbabwe Dollar, iaitu sekitar $0.25USD sahaja.


Bila inflasi terlalu tinggi dan nilai duit kertas jatuh teruk, akhirnya duit kertas hanya di timbang
untung mendapatkan nilainya. Terlalu banyak jika hendak dikira satu-satu. 

Sehingga hari ini, selain penggunaan matawang asing, emas fizikal juga digunakan secara meluas dalam jual beli hari-hari. Sehingga satu tahap rakyat Zimbabwe sanggup melombong emas sendiri bagi mendapatkan sebungkus roti.


Aktiviti melombong emas oleh rakyat Zimbabwe

Secara asas, perlombongan emas memerlukan permit khas, Namun bila keadaan sudah kucar kacir, inflasi yang tidak terkawal,
rakyat sudah tiada pilihan selain melombong secara haram walaupun mereka sedar risiko untuk ditangkap adalah sangat tinggi.

Aktiviti melombong beramai-ramai

Demi sebuku roti


PASARAN GELAP

Hidup dalam keadaan hiperinflasi adalah satu cabaran yang sangat hebat untuk rakyat Zimbabwe. Kedai dan di restoran yang masih menggunakan Dollar Zimbabwe akan menaikkan harga beberapa kali dalam satu hari. Setiap Dollar Zimbabwe yang diperolehi akan ditukarkan kepada matawang asing secepat mungkin, atau pemegangnya akan rugi akibat kejatuhan nilai Dollar ZImbabwe yang sgt cepat. Sebagai contoh, sebuah bas mini yang masih mengenakan bayaran dalam Dollar Zimbabwe akan menukar harga tambang beberapa kali dalam sehari. Biasanya waktu sibuk di tengah hari harga tambang akan dinaikkan paling tinggi. Dan hasil dari duit tambang tersebut, pengusaha bas akan menukarkannya kepada matawang asing. Dan ini bukan dilakukan di bank atau pengurup wang berlesan, tetapi di tepi-tepi jalan, belakang banggunan dan di kawasan tempat letak kereta.

Harga yang perlu dibayar mencecah ratus ribu dollar

Aktiviti pernigaan seperti ini dikiran sebagai pasaran gelap, dimana undang-undang Zimbabwe tidak lagi diguna pakai. Peniaga akan mencipta undang-undang sendiri dan berniaga sesuka hati mereka. Harga barangan dan perkhidmatan akan dinaikkan dan diturunkan sesuka hati terutama jika Dollar Zimbabwe digunakan. 

Dan pasaran-pasaran gelap ini berfungsi atas permintaan ramai kerana kebanyakan barang keperluan seperti sabun dan roti dijual dengan menggunakan cara ini. Ini kerana kedai-kedai runcit yang mengikut undang-undang tidak akan menjual lagi barang-barang yang harganya dikawal (seperti roti), kerana mereka akan rugi apabila berniaga dalam Dollar Zimbabwe. Ini semua berlaku akibat inflasi yang naik tinggi hanya dalam beberapa jam. Duit kertas yang ada di pagi hari dan boleh digunakan membeli sebuku roti, belum tentu masih boleh memberi sebuku roti pada tengah harinya, mungkin hanya separuh atau suku sahaja.


Lihat jumlah duit kertas yang diperlukan untuk membeli 4 biji tomato

Sebuku roti

Resit membeli barang keperluan berjumlah 1 billion dollar lebih!

Sebiji epal barangkali berhaga 100 billion dollar sudah ketika ini

3 biji telur berharga 100 billion dollar



PENAMAAN SEMULA NILAI MUKA DUIT KERTAS

Selepas Zimbabwe mendapat kemerdekaan pada tahun 1980, matawang Zimbabwe menjadi salah satu matawang yang sangat meluas digunakan. Pada asalnya, duit kertas yang digunakan adalah Z$20Z$10Z$5Z$2, dan duit syiling pula adalah Z$1, 50cent, 20cent, 10cent, 5cent, 1cent. Akibat daripada inflasi dan  kenaikan harga barang yang menggila, lebih banyak duit diperlukan. Akhirnya sehingga satu tahap Bank Pusat Zimbabwe telah mencetak duit kertas dengan nilai muka sehingga Z$100 000 000 000Z$50 000 000 000Z$10 000 000 000Z$5 000 000 000Z$2 000 000 000. Dan proses penamaan ini berlaku dengan sangat cepat dan kerap, sebagai contoh pengumuman duit kertas Z$200 000 000 hanyalah sehari selepas duit kertas baru Z$100 000 000 dikeluarkan.

Penamaan semula nilai muka duit kertas ini telah berlaku 3 kali dan duit kertas terakhir yang dicetak oleh Bank Pusat Zimbabwe bernilai 1/10000000000000000000000000 (1/1025) dari nilai duit asal Dollar Zimbabwe mula-mula dikeluarkan.












_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...