Showing posts with label Gold. Show all posts
Showing posts with label Gold. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)





SPREAD 0%

Bagaimana ingin mendapatkan spread 0%? Jawapannya adalah dengan menjualnya kepada orang lain. Ini mudah dilakukan jika anda adalah seorang dealer atau peniaga emas. Katakan anda seorang dealer membeli emas dengan harga RM200 segram (harga untuk pelanggan biasa adalah RM205 segram). Setahun berlalu dan emas telah naik ke RM240 segram, atau 20%. Untuk untung 20% juga, janganlah jual kepada syarikat semula, namun cari pembeli dan offer harga rendah (harga dealer). Katakan harga pelanggan ketika itu adalah RM246 segram. Jika anda jual dgn harga diskaun RM240 segram, anda telah untung 20%. Namun jika anda pandai berniaga dan dapat menjual dgn harga pelanggan biasa atau rendah sedikit dari itu, anda sudah untung lebih lagi dari hanya 20%!!

Sebab itu saya sangat menggalakkan anda untuk menjadi dealer walaupun anda tidak minat untuk berniaga dan sekadar mahu beli emas untuk simpanan dan pelaburan sendiri. Dengan menjadi dealer, anda akan dapat membeli dengan harga premium yang bukan sahaja rendah, malah spread juga rendah. Dengan cara ini anda dapat memaksimakan lagi keuntungan anda dari menyimpan emas. Malah jika anda dapat mencari pelanggan, anda lebih untung.

Dengan membeli dan menyimpan emas, anda dapat menyelamatkan duit anda dari inflasi dan menggandakan jumlah duit itu. Namun dengan berniaga emas dan perak, anda bukan sahaja menghasilkan duit baru. Maka strategi terbaik untuk menggandakan pulangan dalam emas dan perak adalah dengan menyimpan sambil berniaga. Ini bukan lagi rahsia.






__________________________________________________



TERUSKAN PEMBACAAN!!


KENAPA KITA WAJIB JADI KAYA?? artikel asal oleh PAKDI
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/bila-ada-orang-kata-kita-tak-perlu-jadi.html

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/kenapa-berniaga-emas-perak.html

KENALI GCP!!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/gold-crest-pavilion-gcp-kenali-gcp.html

MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH GCP!!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/kenapa-perlu-berniaga-emas-dgn-gcp.html

CARA MENDAFTAR UNTUK JADI DEALER GCP!!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/bagaimana-untuk-mendaftar-menjadi.html

20 FAKTA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG GCP
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/08/20-fakta-yang-harus-anda-tahu-tentang.html

FAQ (Bahagia 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/q-part-1.html

FAQ (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/q-part-2.html

PERAK AKAN LEBIH BERHARGA DARI EMAS!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/perak-akan-lebih-bernilai-dari-emas.html

30 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI PERAK SEKARANG!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/30-sebab-kenapa-perak.html





_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!






Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)





Sambungan dari bahagian 1


PREMIUM vs SPREAD

Secara mudahnya premium adalah penting sekiranya anda membeli produk emas atau perak yang tiada jaminan belian semula (buy back guaranty). Produk-produk begini biasanya adalah produk antarabangsa dan dari luar negara. Jika anda membeli produk-produk seperti ini untuk pelaburan dan simpanan, maka adalah lebih baik untuk anda membeli emas atau perak yang mana premium-nya adalah yang paling rendah. Kenapa? Ini adalah supaya anda dapat memaksimakan keuntungan anda apabila anda ingin menjual balik emas atau perak tersebut.

Kebiasaannya bila satu-satu produk ingin dijual semua, harga yang ditawarkan mestilah menarik, dengan erti kata lain, dekat dengan 'spot price' (premium rendah). Tiada orang yang ingin membeli emas dengan harga yang tinggi (dari haga semasa/dari harga spot price). Lagi lagi jika produk tersebut produk lama. Sebab jika anda menjual dengan harga premium yg sama (sewaktu anda membeli produk tersebut dulu), lebih baik orang beli yang baru, kerana harganya adalah sama.

Katakan anda membeli emas dengan premium yang tinggi, contohnya 20%, maka bila anda ingin menjualnya semula, anda perlu mencari pelanggan sendiri. Ini kerana produk ini tiada jaminan beli semula (buy back guaranty) dari orang atau syarikat yang menjualnya dahulu. Maka untuk mendapatkan untung dari kenaikan harga (capital appreciation), anda perlu menjualnya dengan harga yang tinggi juga (premium yang tinggi), akibatnya orang tidak berminat untuk membeli produk anda.

Contoh, pada awal tahun 2012 anda membeli emas seketul dgn premium 20%. Pada hujung tahun 2012, harga emas telah naik sebanyak 25%. Jika anda mahu keuntungan 25%, maka anda terpaksa menjualnya dengan harga premium 20% juga, dengan kata lain harga adalah mahal. Dan saya yakin tidak ramai yang berminat untuk membelinya. Dan bila terdesak, anda akan menurunkan harga, mungkin serendah premium 5% sahaja. Bila ini berlaku, anda cuma untung 10% sahaja. Namun bagaimana jika anda terpaksa jual pada harga spot? atau lebih rendah dari harga spot sbb sgt terdesak untuk menggunakan duit? Silap2 anda rugi walaupun harga emas sebenarnya naik.

Namun katakan anda dapat beli emas dgn premium serendah 5% dan dalam masa setahun emas naik sebanyak 25%. Jika anda jual emas anda pada harga 5% lebih rendah dari harga spot sekali pun, anda masih untung 15%!!







Namun untuk spread pula, ia adalah penting jika anda membeli produk yang ada jaminan belian semula (buy back guaranty). Ini kerana jaminan belian semula adalah jalan penyelamat untuk anda sekiranya anda tidak dapat menjual kepada orang lain produk yang anda telah beli dahulu. Ataupun jika anda bukan penjual dan pelabur semata-mata, spread yang menentukan samada pulangan anda tinggi mana.

Memang betul kenaikan harga emas setahun adalah tinggi sehingga boleh mencecah 30% sehingga 50% seperti yang berlaku sekitar 2006 sehingga 2009. Namun jika spread anda tinggi, katakan 30%, dan kenaikan emas juga adalah 30%, maka keuntungan anda adalah 0% atau tiada apa2. Bagaimana pula jika kenaikan emas cuma 20% sahaja dan spread anda 30%? Anda telah rugi 10%. Maka pelaburan emas anda telah gagal kerana tiada pulangan, malah anda telah rugi.

Spread kebiasaanya adalah lebih tinggi jika anda membeli suatu produk dari syarikat lain dan menjualnya pada syarikat lain. Tinggi yang dimaksudkan adalah lebih dari 20%. Ini juga selalu berlaku jika anda menjual semula emas pada kedai-kedai emas biasa seperti Poh Kong, Habib Jewel dan Wah Chan. Kadang2 spread mereka boleh jadi setinggi 30% ke 40%. Jika emas anda cacat seperti bengkok, kemik, calar dan patah, spread mungkin setinggi 50% diberi!!

Spread yang lebih sederhana kebiasaannya dijanjikan jika anda membeli produk emas atau perak dan menjual semula produk tersebut kepada syarikat yang sama. Sederhana yang dimaksudkan adalah 15% dan kebawah.

Spread yang rendah boleh anda perolehi jika anda menjadi dealer satu-satu syarikat. Ada sesetengah syarikat menawarkan spread serendah 5% dan kebawah!! Ini bermaksud jika emas naik 25%, anda sudah untung 20% jika spread adalah 5% sahaja.





Bersambung di bahagian 3.
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.htm


Baca lagi :
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-1.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.html




__________________________________________________




BACA LAGI!!

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!









Monday, October 8, 2012

Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)





Rasanya pasti ramai yang pernah mendengar atau terbaca tentang 3 perkataan atau istilah ini, yg kerap digunakan ketika anda mendengar penjelasan dari penjual atau pengedar emas, mencari atau membaca sesuatu tentang emas mahupun perak. Saya akan cuba menerangkan dgn serba ringkas definisi dan sedikit sebanyak tentang apa yg dimaksudkan dengan perkataan-perkataan ini.


SPOT PRICE

Bahasa mudahnya ialah harga emas mentah. Ia merujuk kepada harga emas semasa yg dipasarkan dan diperdagangkan di pasaran antarabangsa samada di pasaran Asia atau Eropah dan lain2. Harga spot kebiasaannya merujuk kepada emas 999. Harga spot untuk pasaran antarabangsa adalah dalam USD dan dikira untuk 1 Troy Ounce (31.1034768 gram).

Tempat rujukan untuk Harga Spot dalam USD yang kebiasaannya adalah di Kitco.

Untuk Harga Spot dalam RM pula anda boleh lihat di Nubex atau Gold Price Malaysia.




PREMIUM

Harga Jual (oleh pengeluar) - Harga Spot = Premium

Premium merujuk kepada harga yg ditambah (kepada harga spot) oleh pengeluar produk emas atau sesuatu syarikat sebelum menjualnya. Kebiasaannya ia merujuk kepada kos oleh pengeluar atau penjual emas. Kos ini termasuklah keuntungan yang di ambil oleh sesuatu syarikat emas, dan kos-kos lain seperti pengangkutan, keselamatan, insurans, assayer, acuan, operasi, tempaan, pemasaran, perlesenan dan lain-lain. Dengan kata lain :

Harga Spot (emas mentah) + Jumlah Purata Kos Seunit + Keuntungan = Harga Jual

Memandangkan harga spot adalah sama untuk setiap syarikat atau pengeluar emas, maka premium untuk setiap syarikat boleh dikira dalam bentuk peratus.


Satu lagi faktor yang menentukan Premium adalah dari mana sumber emas yang diperolehi oleh sesebuah syarikat atau pengeluar produk emas. Tidak semua syarikat membeli emas mentah terus dari lombong atau pengedar besar emas atau bank-bank besar dunia. Sesetengah syarikat emas membeli emas dari syarikat emas yang lain, kemudian meleburkannya untuk membuat produk keluarannya sendiri. Kebiasaannya syarikat emas yang melakukan seperti ini mempunyai Premium yang lebih tinggi dari syarikat yang mendapatkan sumber emas terus dari lombong/pengedar besar emas mentah atau bank-bank besar dunia.

Ini biasanya berlaku kerana untuk membeli terus emas mentah dari pelombong atau dari bank besar dunia, emas mestilah dibeli dalam jumlah yang sangat banyak (ada belian minimum), dimana syarikat yang kecil dan sederhana mungkin tidak mampu untuk membeli sebanyak itu.

Faktor seterusnya yang membezakan premium adalah samada, satu-satu syarikat emas itu mempunyai kilang untuk menempa dan melebur emas sendiri atau tidak. Syarikat yg mempunyai kilang sendiri kebiasaannya akan mempunyai kos yang lebih rendah seterusnya premium yang lebih rendah dari syarikat yang terpaksa mengupah kilang syarikat lain.



SPREAD

Spread merujuk kepada Peratus Perbezaan Harga antara harga belian dan harga jualan semula (samada belian dan jualan semula dilakukan di syarikat yang sama atau lain). Spread juga selalu disebut sebagai Peratusan Harga Susut (dari harga jualan semasa).


Spread yang rendah merujuk kepada harga belian semula yang tinggi, dan spread yang tinggi merujuk kepada harga belian semua yang lebih rendah. Kebiasaannya spread kedai emas biasa seperti kedai-kedai emas di pasaraya dan lot kedai adalah tinggi berbanding spread dari syarikat emas yang menjual emas melalui rangkaian pengedar. Spread juga adalah lebih rendah jika kita menjual produk sesuatu emas kepada syarikat yang mengeluarkannya. Namun harus di ingat, tidak semua syarikat yang mengeluarkan produk emas menjanjikan belian semula (buy back).

Spread adalah penting terutamanya buat mereka yang melabur emas untuk jangka masa pendek. Ini kerana, spread menentukan secepat mana seseorang pelabur boleh untung bila menjual balik emas yang dibelinya.

Spread bergantung kepada :
1. Samada emas yang dibeli semula oleh syarikat emas adalah produk sendiri atau tidak. Produk sendiri kebiasaannya mempunyai spread yang lagi rendah dari produk syarikat lain.
2. Jenis produk. Produk dalam bentuk bar dan cast kebiasaannya mempunyai spread yang lebih rendah dari barang kemas dan syiling.
3. Bungkusan. Sesetengah produk emas yang telah terbuka bungkusannya akan dikira sebagai emas terpakai (used gold), dan akibatnya spread produk emas tersebut menjadi tinggi.
4. Kerosakan seperti calar, bengkok, kemik, patah dan sebagainya. Sesetengah produk emas yang mempunyai kecacatan akan dikira sebagai emas terpakai (used gold), dan akibatnya spread produk emas tersebut menjadi tinggi.
5. Barang baru atau barang lama. Barang lama kebiasaannya dikira sebagai emas terpakai dan dibeli oleh syarikat emas dengan harga yang rendah (spread tinggi).




Bersambung di bahagian 2.
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html


Baca lagi :
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-1.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.html



__________________________________________________




BACA LAGI!!

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







Thursday, August 30, 2012

1 Tan syiling emas Australian Kangaroo








Syiling ini telah direkodkan sebagai syiling emas terberat di dunia dengan berat melebihi 1 tan!! (1000kg). Dihasilkan oleh Perth Mint Australia pada tahun 2012. Mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan!

Spesifikasi :

Berat : 1000 kg

Diameter : 80 cm
Tebal : 12cm
Ukiran depan depan : Wajah Queen Elizabeth II
Ukiran belakang : Kangaroo
Mempunyai nilai muka berharga 1 juta Dollar.




Syiling kebanggaan Perth Mint Australia ini mempunyai websitenya sendiri :











Lihat video dibawah untuk ketahui bagaimana ia dihasilkan.








_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







Sumber :

100kg syiling emas 'Canadian Maple Leaf'






Syiling ini dihasilkan pada tahun 2007 dan telah dinobat sebagai syiling terbesar di dunia dan telah di tulis dalam World Guinness Book of Records. Syiling ini juga merupakan syiling paling tulen yang pernah di hasilkan di dunia dengan ketulinan emas 99999!!!!!

Pada tahun 2010, syiling ini telah di lelong di Veinna dan telah dibida dengan harga RM 13.5 juta.


Spesifikasi syiling :

Berat : 100 kg
Diameter : 53 cm
Tebal : 3cm
Ukiran depan depan : Wajah Queen Elisabeth II
Ukiran belakang : Canadian Maple leaf
Mempunyai nilai muka berharga 1 juta Dollar.










Lihat bagaimana syiling ini dihasilkan dalam video di bawah.




Jika anda berminat untuk melihat sendiri dengan mata kasar, syiling ini sedang di pamerkan di 'Canadian Museum of Nature' sehingga April 2013.








_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!










Sumber :
http://nature.ca/en/plan-your-visit/what-see-do/whats/barricks-million-dollar-gold-coin
http://www.luxuo.com/most-expensive/largest-gold-coin-auction.html
http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/howaboutthat/7856041/Worlds-largest-gold-coin-sold-for-2.7m.html
http://www.nationalturk.com/en/the-worlds-largest-gold-coin-sold-for-4-million-63674141

Wednesday, August 29, 2012

20 FAKTA YANG HARUS ANDA TAHU TENTANG GCP






1.
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. Ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

2.
GCP juga menyediakan perkhidmatan membeli sebarang bentuk emas seperti emas 999,950,916,835,750 dan 535, merangkumi sebarang jenis emas terpakai, lusuh atau rosak.

3.
Pada tahun 2011,GCP telah merasmikan pembukaan pejabat baru di Bandar Baru Nilai yang telah menjadi Ibu Pejabat syarikat yang menempatkan bahagian operasi dan pengurusan syarikat.

4.
GCP hanya menjalankan peniagaan jual beli emas SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas, skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yang menyalahi akta AMLAA, AMLATFA,  BAFIA dan SC.

5.
Misi GCP ialah mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

6.
Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas. Konsepnya adalah menggalakkan orang ramai membuat simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan boleh juga dijadikan pelaburan. Emas adalah wang yang sebenar dan boleh menarik kekayaan kepada penyimpannya.

7.
Produk terhangat di pasaran, barang kemas 999, barang kemas 916, dinar 999.9 , gold bar 999 1g,10g,20g,50g,100g, jongkong perak 10g,20g,50g dan 100g.

8.
Yuran pengedar seumur hidup dengan modal serendah RM1000, tiada syarat belian produk , tiada target sales, bukan MLM, tak perlu cari orang/downline.

9.
Menawarkan harga borong kepada pengedar dengan pelbagai keistimewaan dan servis

10.
Pengedar GCP boleh membeli emas 999 dengan harga MURAH iaitu diskaun sehingga 8% daripada harga pelanggan di web GCP & spread jual semula kpd GCP serendah 5%.

11.
MODAL disediakan dalam bentuk stok emas.

12.
MODAL wang tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

13.
MODAL wang tunai disediakan untuk membeli emas terpakai.

14.
Perkhidmatan penghantaran PERCUMA.

15.
Perkhidmatan selepas jualan

16.
Insentif Pengedar (ganjaran wang tunai kpd pengedar)

17.
Bantuan pemasaran di akhbar & majalah

18.
Seminar PERCUMA utk pengedar & prospek

19.
Personal Coaching secara online dan offline dengan pemilik GCP secara PERCUMA.

20.
GCP peneraju emas mampu milik membuka peluang kepada orang ramai membeli emas murah, berkualiti, tanpa upah tukang dan peluang harga borong kepada pengedar. Tawaran ini akan ditutup bila-bila masa.






Hubungi saya sekarang untuk memiliki emas pertama anda!
Dan tawaran bonus khas untuk anda yang berminat untuk menjadi pengedar!

MUKHLIS BIN AHMAD AZAM
- 012 3133 764 -
- mukhlis.ahmadazam@yahoo.com -
-http://www.facebook.com/mukhlis.ahmad.azam-
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/-



________________________________________________




KENAPA KITA WAJIB JADI KAYA?? artikel asal oleh PAKDI


EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN


KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??

KENALI GCP!!

MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH GCP!!

Cara mendaftar untuk menjadi dealer GCP!! 
TAWARAN KHAS UNTUK ANDA YANG BERDAFTAR DENGAN SAYA.
BANYAK HADIAH PERCUMA UNTUK ANDA.
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!

PERAK AKAN LEBIH BERHARGA DARI EMAS!

30 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI PERAK SEKARANG!






_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







Thursday, August 23, 2012

China telah import emas lebih banyak dari segala simpanan emas fizikal Portugal dalam hanya 6 bulan





Dalam kesibukan pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa sibuk membeli, menjual, berdagang dan bermain dengan saham emas untuk membuat keuntungan jangka masa pendek, negara China pula hanya sibuk dengan satu benda, BELI. Iaitu hanya terus dan terus membeli emas fizikal!

Baru-baru ini ramai yang tertanya apa yang dibuat oleh negara China, sebagai kuasa ekonomi besar baru dunia selepas membuat keuntungan berbilion dollar dalam tempoh setengah tahun pertama 2012. Ini kerana mereka tidak menggunakan pendapatan negara untuk menambah wang dalam simpanan mereka seperti sebelum-sebelum ini. Namun kini diketahui yang mereka tidak lagi membeli US Dollar sebagai 'reserve', tetapi Beijing telah membeli 68 ton emas dari Hong Kong pada bulan Jun 2012 sahaja. Dan dalam tempoh 6 bulan baru-baru ini sahaja, China rupanya telah membeli 383 ton emas fizikal keseluruhannya. Dan jumlah yang dibeli dalam tempoh 6 bulan ini adalah lebih banyak dari keseluruhan apa yang ada dalam simpanan negara-negara seperti Portugal, Venezuela, Arab Saudi, UK dan sebagainya.   





Jumlah pecahan emas yang dibeli oleh China untuk 6 bulan pertama tahun 2012





Ini adalah status simpanan emas fizikal yang rasmi setakat ini. Untuk pembeli baru masih belum dimasukkan dalam laporan rasmi ini.









_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!









Wednesday, August 15, 2012

Matawang Fiat vs Emas (2000 hingga 2011)






Dari 1 Januari 2000 ke 31 Disember 2011, emas secara puratanya telah naik sebanyak 548% berbanding 67 jenis matawang fiat seluruh dunia. Dalam banyak-banyak duit kertas yang masih wujud hari ini, matawang fiat yang paling teruk (the biggest looser) adalah matawang Iran (Iranial Rial), jatuh sehingga 3368% berbanding emas. Diikuti pula oleh negara Argentina (Angentinian Peso) yang telah jatuh sebanyak 2240% berbanding emas.


Berikut merupakan perbandingan harga antara pelbagai jenis matawang fiat seluruh dunia berbanding dengan emas pada awal tahun 2000 dan hujung tahun 2011.



Base Currency vs. 1 Gold Ounce
1-Jan-2000
31-Dec-2011
% Gold Gain 2000 - 2011
Albania Leke
37,941
168,101
343%
Algeria Dinars
19,257
115,516
500%
Argentina Pesos
287
6,725
2240%
Australia Dollars
440
1,531
248%
Bahamas Dollars
288
1,563
443%
Bahrain Dinars
104
589
465%
Bangladesh Taka
14,567
127,835
778%
Barbados Dollars
570
3,126
448%
Bermuda Dollars
271
1,563
476%
Brazil Reais
536
2,911
443%
CFA BEAC Francs
187,358
791,233
322%
Canada Dollars
416
1,597
283%
Chile Pesos
152,438
811,978
433%
China Yuan Renminbi
2,384
9,839
313%
Colombia Pesos
515,520
3,029,385
488%
Comptoirs Français Francs
33,745
143,941
327%

Base Currency vs. 1 Gold Ounce
1-Jan-2000
31-Dec-2011
% Gold Gain 2000 - 2011
Costa Rica Colones
84,833
788,922
830%
Croatia Kuna
2,189
9,094
316%
Czech Republic Koruny
10,309
30,882
200%
Denmark Kroner
2,126
8,960
321%
Dominican Republic Pesos
4,556
60,181
1221%
East Caribbean Dollars
772
4,221
447%
Egypt Pounds
980
9,424
862%
Euro
286
1,206
321%
Fiji Dollars
576
2,846
394%
Hong Kong Dollars
2,239
12,143
442%
Hungary Forint
72,763
379,759
422%
IMF Special Drawing Rights
209
1,018
386%
Iceland Kronur
20,805
191,361
820%
India Rupees
12,511
82,941
563%
Indonesia Rupiahs
2,030,400
14,177,771
598%
Iran Rials
501,480
17,390,044
3368%
Israel New Shekels
1,195
5,970
399%
Jamaica Dollars
11,866
133,727
1027%

Base Currency vs. 1 Gold Ounce
1-Jan-2000
31-Dec-2011
% Gold Gain 2000 - 2011
Japan Yen
29,416
120,542
310%
Jordan Dinars
204
1,108
444%
Kenya Shillings
20,909
132,790
535%
Kuwait Dinars
88
435
397%
Lebanon Pounds
432,288
2,351,020
444%
Malaysia Ringgits
1,094
4,954
353%
Mauritius Rupees
7,278
45,175
521%
Mexico Pesos
2,686
21,802
712%
Morocco Dirhams
2,896
13,404
363%
New Zealand Dollars
551
2,010
265%
Norway Kroner
2,306
9,345
305%
Oman Rials
111
602
443%
Pakistan Rupees
14,918
140,605
842%
Peru Nuevos Soles
1,010
4,215
317%
Philippines Pesos
11,586
68,466
491%
Poland Zlotych
1,188
5,374
352%
Qatar Riyals
1,048
5,692
443%

Base Currency vs. 1 Gold Ounce
1-Jan-2000
31-Dec-2011
% Gold Gain 2000 - 2011
Saudi Arabia Riyals
1,080
5,862
443%
Singapore Dollars
479
2,027
323%
South Africa Rand
1,771
12,630
613%
South Korea Won
326,102
1,810,284
455%
Sri Lanka Rupees
20,563
180,279
777%
Sweden Kronor
2,445
10,794
342%
Switzerland Francs
459
1,467
220%
Taiwan New Dollars
9,039
47,324
424%
Thailand Baht
10,800
49,310
357%
Trinidad and Tobago Dollars
1,779
9,926
458%
Tunisia Dinars
359
2,339
552%
United Arab Emirates Dirhams
1,057
5,741
443%
United Kingdom Pounds
178
1,007
465%
United States Dollars
288
1,563
443%
Vietnam Dong
4,015,296
32,873,044
719%
Zambia Kwacha
796,637
7,995,512
904%



Ini adalah dalam tempoh 11 tahun sahaja.
Bagaimanakah 11 tahun yang akan datang?
Masih ingin menyimpan duit kertas lama-lama?
Keputusan di tangan anda!





Hubungi saya sekarang untuk memiliki emas pertama anda!

MUKHLIS BIN AHMAD AZAM
- 012 3133 764 -
- mukhlis.ahmadazam@yahoo.com -
-http://www.facebook.com/mukhlis.ahmad.azam-
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/-



________________________________________________




KENAPA KITA WAJIB JADI KAYA?? artikel asal oleh PAKDI


EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN


KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??

KENALI GCP!!

MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH GCP!!

Cara mendaftar untuk menjadi dealer GCP!! 
TAWARAN KHAS UNTUK ANDA YANG BERDAFTAR DENGAN SAYA.
BANYAK HADIAH PERCUMA UNTUK ANDA.
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!

PERAK AKAN LEBIH BERHARGA DARI EMAS!

30 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI PERAK SEKARANG!






_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...