Sunday, June 10, 2012

Emas : Simpanan atau pelaburan - oleh Ustaz Zaharudin (melalui siaran di radio IKIM fm)





Mei 2012


EMAS - Simpanan atau pelaburan emas

Ramai orang sukakan emas. Ada yang ingin memiliki atau sudah memiliki emas samada dalam bentuk perhiasan, simpanan atau pelaburan.

Apa yang nak dibincang lebih kepada bentuk prinsipal sahaja. Kenapa emas? Mengapa kita perlu berfikir untuk memiliki emas fizikal? Dan kenapa kita perlu elak menyimpan duit kertas (dalam konteks bilamana kita ada duit lebih)? Kerana jika simpan emas bukan dari duit lebihan, maka ada risiko tambahan di situ.

Jawapannya kerana kita perlu memahami duit kertas dalam simpanan kita hari ini sebenarnya tidak selamat dalam suatu tempoh yang panjang. Ia adalah suatu simpanan yang sangat baik dan di galakkan dalam islam, kerana nilai emas yang sangat stabil, dan mempunyai 'intrinsic value' berbanding dengan duit kertas yang kita pegang hari ini.

Duit kertas untuk long term (bila kita ada lebihan duit) adalah tidak selamat akibat inflasi atau susut nilai. RM1 pada 1970 adalah tidak sama dengan RM1 pada tahun 2012 kerana susut nilainya RM1 itu. Susut nilai berlaku kerana penciptaan duit kertas melebihi pendapatan atau pengeluaran hasil sebenar di dalam sesebuah negara.

Growth of real economic development dalam bentuk equity khususnya, iaitulah tanah ataupun dalam bentuk banggunan dan manufacturing products, tidak begitu laju berbanding dengan penciptaan duit yang dibuat oleh mana-mana bank negara. Maka supply duit bertambah tinggi sedangkan penghasilan atau penguluaran dalam negara adalah kurang. Maka berlaku susut nilai, sebab duit kertas yang dicipta tidak setara dengan perkembangan ekonomi.

Dan trend sebegini, hari ini sering diguna pakai terutamanya di dunia yg maju, iaitu cara bergantung dengan hutang. Mereka create hutang lagi banyak. Akibatnya hutang menjadi semakin banyak, supaya dengan hutang ini dapat menutup kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran institusi kewangan contohnya.

Akibat dari perkara itu, susut nilai itu sentiasa berlaku. Jadi setiap tahun inflasi ini akan berlaku 2-4%. Jadi jika kita simpan dalam bank tahun lepas sebanyak RM50k. Maka tahun ini nilai RM50k yang kita simpan itu sudah tidak sama mcm tahun lepas. Sekurang-kurangnya nilainya sudah kurang 2% ke 3%. Berbanding dengan simpnan dalam bentuk emas. Kalau kita simpan emas fizikal, ia tidak terdedah kepada maslah itu. Tetapi jika kita mengharapkan dari pelaburan duit kertas atau emas itu ada pulangan bulanan atau ada pulangan quarterly atau pulangan semi-annually, maka emas tidaklah sesuai. Sebab emas untuk simpanan atau preservation itulah yg paling ideal. Untuk pelaburan tidak begitu ideal, kecuali untuk peburan jangka sederhana atau panjang.

Berapa lama jangka sederhana atau panjang itu? Kalau mengikut trend graf statistic, Jangka sederhana adalah bermula dari tahun ke 2 hingga 5 tahun, lebih dari itu adalah jangka panjang.

Jadi kalau kita ada duit byk lebih, dan kita nak duit kita itu selamat lama. Kita belilah emas. Dan pada ketika itu kita simpan emas tampa perlu fikir untuk mencairkannya dari sudut menukarkannya dengan duit kertas (atau menjualnya), dalam tempoh 5 tahun sahaja dengan trend kenaikan emas dari tahun 1900 sehingga sekarang, insyaAllah akan ada byk pulangannya. Malah pada tahun 1999 sehingga 2009 sahaja telah menunjukkan kenaikan sebanyak 267%. Jadi itu bagi orang ada duit lebih.

Kesimpulan, emas sebagai simpanan adalah sgt ideal. Sebagai pelaburan jangka sederhana dan panjang adalah ok. Tetapi untuk pelaburan jangka pendek adalah tidak ok kerana sangat berisiko tinggi walaupun kadang-kadang boleh menghasilkan pulangan yang tinggi, jadi tidak digalakkan sangat.

Jadi bila membincangkan tentang simpanan atau pelaburan emas, nak beli emas yang mana? Apa pilihan yang kita ada? Sekurang2 nya kita ada 5 pilihan.

1. Yang pertama kita boleh beli emas fizikal. Emas fizikal dalam bentuk jongkong atau bentuk wafer.
2. Jenis kedua dalam bentuk syiling emas. Biasa disebut dalam bentuk dinar emas.
3. Yang ketiga, dalam bentuk paper gold. Melalui gold pass book. Ada dalam buku akaun.
4. Melalui beli saham ETC, exchange traded fund. Kene bukak dalam bursa saham Malaysia untuk faham.
5. Gold mining stok, iaitulah saham2 syarikat perlombongan emas.


Daripada 5 ini, perbandingan antara gold coin vs wafer/bar
  • Emas fizikal, Jongkong dan wafer atau gold coin. Yang mana lg bagus? Jawapannya untuk simpanan atau pelaburan, goldbar atau wafer.
  • Kalau untuk ditukar selalu melalui urus niaga (muamalat), gold coin adalah lebih baik. Tapi sebab di malaysia ini, dinar belum digunakan dalam bentuk yg lebih meluas. Jadi dari pandangan saya (UZAR), goldbar dan wafer adalah lebih baik. Ini kerana goldbar dan wafer, harga per gram lebih murah dari gold coin. Ini kerana kos tempa gold coin adalah lebih tinggi, maka harganya biasa lebih mahal sedikit.
  • Untuk tahu harga murah atau tidak. Harga perlu di bandingkan dalam per gram dengan spot price (harga emas pasaran dunia). Contoh pada minggu tahun lepas harga emas semasa adalah lebih kurang 160/g. Harga dinar pula adalah lbh kurang 173/g. Mahal RM13 per gram.
  • Maka untuk simpanan, dinar adah kurang untung. Selain itu dinar juga mungkin agak susah untuk dibawa keluar ke negara-negara luar mungkin ada yang jenis prejudis dan anti-islam. Maka gold bar di sini lebih praktikal.
  • Kebanyakan gold coin juga adalah 916 kerana hendak menjadikannya keras sedikit. Tetapi gold bar ada banyak ketulenan. Dan di galakkan untuk menyimpan yang paling tulen iaitu 999.9 (24 karat), yang paling tulen dan paling tinggi harga dan nilainya.


Goldbar/goldwafer vs gold pass book
  • Kita beli emas, emas itu tidak diberi secara nyata dan fizikal, tetapi hanya di tulis dalam buku mengikut berapa berat kita beli. Yang ini belum sebut soal monetary lagi, tapi sudah ada masalam dalam syariah. Di mana berdasarkan hadis nabi, "bila emas ditukar dengan perak, mestilah serta merta".
  • Dalam kes ini kita mahu menukarkan duit kertas dengan emas. Adakah duit kertas sama dgn konsep ini? Maka kesatuan fiqh islam sedunia ada menyatakan, duit kertas bila ditukar dengan emas, undang-undangnya sama dengan perak. Dan di sini ada riba' yang disebut sebagai riba' nasiah.
  • Sebab itu biasanya bank-bank yang menawarkan gold pass book ini biasanya bank yang tidak menepati syariah. Tetapi jika ada bank yang menawarkan pass book yang menepati syariah adalah boleh. Kesimpulannya beli bank gold pass book ada masalah syariah walaupun dari sudut harga ia lebih murah dari emas fizikal.
  • Kenapa lebih murah? Logiknya cukup mudah. Kerana untuk pembekal yang menawarkan emas fizikal, dia perlu ada emas tersebut dalam simpanannya. Jadi itu semua kos. Dia perlu transport, simpan, insuran dan sebagainya, berbanding gold pass book yang menjual emas yang tiada dalam pemilikannya. Maka dia boleh jual emas dgn harga yang lebih rendah berbanding emas fizikal.
  • Tapi kita kena faham yang nabi penah sebut, riba' itu walaupun banyak untung dan pulangannya, akan sentiasa membawa kepada sedikit kemudharatan. Dan sedikit kemudharatan itu akan membawa kepada natijah, orang itu menjadi hamba kepada harta. Sebagaimana Allah pernah sebut dalam hadis kudsi "kamu hendak buat satu kerjapun, hendaklah buat semuanya menjadi ibadah". Selain itu ada juga maslah dari sudut safety. Kenara emas sebenar tiada, maka jika bank tutup atau bankrup, akan hilanglah emas itu.


Emas fizikal vs gold mining stok
  • Kalau pemintaan emas naik, saham naik dan sebagainya, memang untung. Dividen pun dapat. Namun masalah timbul jika ada masalah dalam syarikat. Akibatnya saham boleh jatuh dan kita boleh rugi. Berbanding emas fizikal, bila kita sudah memiliki emas fizikal, sudah tiada kaitan jika apa-apa berlaku pada syarikat tersebut.


Mana nak beli emas pula?
  • Internet - ada syubahah disitu, kerana ada kelewatan dalam penyerahan emas.
  • Bank - ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal.
  • Goldsmith (kedai emas biasa) - biasa jual dengan harga runcit yang agak tinggi. Maka perlu faham harga emas pasaran wholesale dengan harga belian. Maka di sini perlu buat survey dahulu untuk melihat yang mana yang bagus.
  • Syarikat kecil - boleh tapi ada risiko emas palsu, samada dalam masalah ketulinan, emas itu 999 tapi sebenarnya 916. Atau mmg emas palsu terus.


Berapa banyak nak beli?
  • Yang dicadangkan oleh expert adalah 20% daripada surplus (duit lebihan). Jangan 100% emas nanti susah tiada cash. Yang baki boleh di pecah-pecahkan kan. Jangan letakkan duit-duit kita pada satu pelaburan sahaja, pelbagaikan.



SOALANAda bank yg offer untuk beri emas fizikal 3-7 hari selepas permohonan. Bagaimana?
JAWAPAN : kalau order dan dah bayar, dalam emas dapat dalam 3-7 hari, maka menurut 4 ulama' dan majlis fiqh sedunia, tidak boleh. Namun ada alternatif lain.

Hibbah emas - satu trick atau skim dan penipuan. Kita senyum dapat duit sendiri balik. Namun ada syarikat emas yang menjanjikan belian semua dengan harga semasa beli. Tetapi sebenarnya BNM tidak membenarkan syarikat emas menjanjikan belian semula. Maka ada risiko di situ. BNM juga tidak membenarkan pembelian emas dengan hibbah secara janji. Mengikut hukum, arahan pemerintah yang tidak melanggar syara' adalah wajib dipatuhi.

KESIMPULAN : duit kertas tidalah begitu selamat untuk disimpan jika ada duit lebih. Namun jika tiada duit jangan pula beli emas. Nanti susah nak beli nasi lemak. Bagi orang yang belum nak guna duit cash, tetapi nak digunakan untuk masa akan datang seperti untuk yuran pengajian anak dan sebagainya, juga digalakkan untuk menyimpan dalam bentuk emas.

Contohnya, jika kita menyimpan duit untuk pengajian anak kita di universiti, boleh jadi pada masa kita nak guna duit itu, sudah tidak cukup kerana yuran sudah naik dan sebagainya akibat inflasi. Jadi kita perlu usahakan lebih banyak duit. Kalau di simpan dahulu dalam bentuk emas, bukan sahaja cukup, malah mungkin kita boleh hantar anak kita ke pusat pengajian yang lebih baik.

Selain dari takaful dan pelaburan lain, consider juga lah emas. Dan simpanlah di tempat yang sesuai. Contoh safe deposit box. Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripada precious metal yang tidak banyak yang Allah ciptakan ini. Dan mengelakkan diri kita dari kemudharatan duit kertas yg boleh memakan kekayaan dan harta kita sedikit demi sedikit.

  

Rakaman audio asal boleh di download di sini : http://www.mediafire.com/?ksw1m19q6qjg83w







_____________________________________________




Apa tunggu lagi? Fast action fast result!
Jom sertai saya bersama GCP untuk menjadi ushawan emas!

Kenapa?

1. Tak dapat jual pun anda tidak rugi, emas tiada tarikh luput! Malah makin di biar makin tinggi harganya. Itu rahsia kedai emas tak pernah tutup walau sudah seabad lamanya! Sebab itu orang selalu kata, simpan emas untung, jual emas lagi untung!
2. Modal sangat rendah. Tidak perlu modal pun anda sebenarnya boleh. Ramai yang tidak tahu!
3. Ramai orang sudah tahu dan sedar tentang kepentingan emas dan perak. Ramai sudah celik emas. Kerja anda cuma menawarkan perkhidmatan terbaik sahaja! Tak perlu cerita panjang lagi tentang kepentingan menuimpan emas. Mudah kan?


Tekan pada link dibawah untuk maklumat lanjut.


Atau hubungi saya :
Mukhlis bin Ahmad Azam
mukhlis.ahmadazam@yahoo.com
012 3133 764




_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...