Showing posts with label wang. Show all posts
Showing posts with label wang. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Emas vs Perak (Bahagian 2)





Sila tekan pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas








_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

Monday, June 4, 2012

Perang Kemboja






…Apabila meletusnya perang di Kemboja, ramai rakyatnya tidak mempunyai pilihan selain lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri. Sebahagian daripada mangsa peperangan yang menjadi pelarian menuju ke Malaysia dengan seribu harapan bagi memulakan hidup baru. Ramai antara mereka mendarat di selatan tanah air, terutamanya daerah Kota Tinggi dan Mersing. Atas pertimbangan tertentu dan ihsan kerajaan Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia tanpa perlu dikurung di dalam kem-kem pelarian. Semenjak itu, bermula kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan.

Atas kudrat dan kesungguhan mereka melakukan apa sahaja pekerjaan terutamanya menjaja kain dari rumah ke rumah. Kini selepas beberapa dekad, kehidupan mereka sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Namun yang lebih penting daripada itu, mereka secara amnya lebih kaya daripada penduduk tempatan sendiri. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan ramai antara mereka memiliki banglo di Ulu Tiram, tidak jauh dari Kota Tinggi.

Memang sudah menjadi adat, orang yang berusaha lambat laun pasti berjaya. Namun dalam hal perniagaan, walau sekecil mana sekalipun, tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orang-orang Kemboja ini mendapat modal mereka? Rupa-rupanya rahsia mereka pada apa yang mereka bawa ke negara ini suatu waktu dahulu. Ketika mereka melarikan diri, mereka terpaksa mengorbankan seluruh harta benda. Semuanya terpaksa mereka meninggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas.

Bukannya Kemboja tidak ada mata wang ketika itu, malah mata wang Dolar Amerika cukup banyak. Namun mereka sedar, dalam situasi perang, duit tidak akan ada  nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun, tetap diterima walau kemana sahaja mereka pergi. Pengalaman orang-orang Kemboja itu memang banyak memberi pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya.

Pada pertengahan tahun 90-an, ekonomi Malaysia benar-benar berada di puncaknya sehingga negara mendapat gelaran sebagai salah satu daripada “Tiga Harimau Asia”. Namun perkembangan itu dengan mudah direntap oleh aktiviti jahat penyangak mata wang yang melakukan konspirasi kepada negara-negara di Asia Tenggara. Mujur negara kita mempunyai rizab emas yang tinggi ketika itu. Sebahagian daripadanya dicairkan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada terus runtuh. Bersama-sama dengan tambatan dan kawalan nilai mata wang Ringgit oleh Tun Dr, Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, Malaysia daripada terus tersungkur dan terpaksa meminjam daripada IMF seperti beberapa negara jiran lain yang turut terjejas.

Pengalaman orang Kemboja dan keadaan ekonomi negara yang diserang membuktikan peranan emas dalam menyelamatkan situasi yang genting. Kini, suasana ekonomi semasa di seluruh dunia tidak menentu dengan harga barang keperluan harian yang terus meningkat (terutamanya minyak), kadar pengangguran yang semakin tinggi di banyak negara , penghasilan yang produktif tetapi tidak mnguntungkan, dan bermacam-macam lagi berperanan bagi memudahkan kehidupan kita, malah wang kini semakin menjadi punca bebanan kepada kita. Gaji meskipun semakin banyak, tetapi semakin tidak mencukupi. Ramai yang hidup bergantung pada pinjaman dan penggunaan kad kredit memakan diri peminjam itu sendiri apabila ramai yang diisytiharkan muflis pada usia muda.

Nampaknya kita tidak dapat bergantung pada wang semata-mata bagi menjalani hidup kita sehari-sehari. Wang tunai kini semakin kehilangan kuasa akibat ‘dimakan’ oleh inflasi. Sesuatu diperlukan bagi menambat nilai wang daripada terus mengecut, tidak kira sama ada secara langsung. Seperti pengalaman orang Kemboja dan negara menyelamatkan diri menggunakan emas, kita juga mesti menggunakan cara yang sama.

Sejak 10 tahun yang lalu, harga emas di pasaran dunia tidak pernah turun dalam erti kata yang sebenar. Dalam tempoh itu, nilai emas meningkat sebanyak lebih 450 peratus! Sekiranya kita bandingkan, sebenarnya nilai wang kita mengecut menjadi tidak sampai 20 peratus berbanding emas sejak satu dekad yang lalu. Apakah kita akan terus membiarkan diri kita turut sama ‘dikecutkan’ bersama dengan kecutnya nilai mata wang kita itu? Sekiranya hendak menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa tanpa disedari, elok kita mula mendedahkan diri kepada ‘sinaran’ emas pula.  


Dipetik dari buku "Pelaburan Emas" oleh Saat Sukami.






"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Wednesday, May 30, 2012

Simpanan tetap atau pelaburan?





SOALAN: DARI segi keutamaan, bagaimana saya harus merancang simpanan dan pelaburan saya? Ada yang berkata simpanan tetap adalah perkara pertama yang perlu dipertimbangkan, manakala sesetengah yang lain pula mengesyorkan unit amanah. Saya agak keliru bagaimana menetapkan keutamaan simpanan saya.

JAWAPAN: Simpanan dan pelaburan, walaupun kadangkala digunakan dalam konteks yang sama, adalah aktiviti berbeza dari segi perancangan kewangan.

Simpanan bermakna meletakkan tunai dalam sesuatu yang sangat cair, seperti akaun simpanan atau akaun deposit tetap. Sebaliknya, pelaburan bermakna menggunakan tunai untuk membeli aset, yang anda harap boleh meraih pulangan yang berpatutan dalam tempoh tertentu dengan mengambil risiko yang boleh diterima.
Simpanan dan pelaburan berbeza dari segi risiko. Anda boleh menanggung sedikit kerugian atas pelaburan, tetapi simpanan anda adalah untuk dimanfaatkan dalam tempoh masa terdekat dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang risiko.

Berapa banyak harus disimpan dan berapa banyak untuk dilaburkan? Simpanan perlu sentiasa diutamakan. Anggap simpanan sebagai asas pelan kewangan anda.

Sebelum melakukan apa-apa, anda perlu menyimpan untuk membina tabung kecemasan. Sebagai panduan, dana kecemasan anda seharusnya meliputi perbelanjaan peribadi untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
Dengan cara itu, seandainya anda diberhentikan kerja, anda ada wang untuk menampung keperluan hidup selama enam bulan sehingga anda kembali berdikari.

Seterusnya, anda mungkin mahu memperuntukkan sejumlah simpanan untuk memenuhi sebarang matlamat kewangan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ini mungkin termasuk wang pendahuluan untuk membeli rumah atau tabung mendirikan rumah tangga. Sebarang jumlah wang yang anda perlu dalam tempoh lima tahun akan datang seharusnya diambil daripada simpanan anda.

Ini kerana pasaran pelaburan mungkin turun naik dalam jangka pendek. Melabur dalam tempoh masa kurang daripada lima tahun mungkin menimbulkan risiko dan kegusaran kerana turun naik pasaran. Setelah anda mencapai matlamat simpanan asas yang saya terangkan di atas, anda boleh mempertimbangkan soal pelaburan.
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, melabur melibatkan risiko yang lebih tinggi daripada simpanan, tetapi ia juga berpotensi menghasilkan pulangan lebih tinggi. Anda perlu tanya kepada diri sendiri sama ada anda sudah bersedia untuk melabur? Pertama sekali, pelajari tentang pilihan pelaburan yang ada.

Adakah anda fasih tentang selok-belok pelaburan saham atau anda rasa lebih baik menyerahkan tugas itu kepada pengurus profesional. Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami cara kelas aset berbeza bergerak dalam keadaan pasaran berbeza, serta caj jualan dan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk bermula.
Kedua, luangkan masa untuk memahami kecenderungan pelaburan anda? Adakah kerugian nilai pelaburan sebanyak 10 peratus akan menyebabkan anda tidak dapat tidur lena? Jika ya, anda mungkin tidak sanggup menerima risiko yang tinggi. Cari produk pelaburan yang sesuai dengan profil risiko anda.

Jangan laburkan sesuatu di luar bidang kefahaman anda. Jika anda kurang selesa, tanya soalan sehingga anda mengenali pelaburan yang anda buat. Jika sesuatu pelaburan kelihatan terlalu hebat, kemungkinan besar ada udang di sebalik batu! Tidak ada pelan pelaburan yang boleh menjadikan anda cepat kaya.









______________________________________________________



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!



Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras 55%. Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.
Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.
  • Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini
  • Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya
Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.
Terkini semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”. Antaranya ialah seperti:
  1. Standards & Poors
  2. Moody’s Investors Service
Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa “RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :
“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”
Ini semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang terkini sudah mula mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?
Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :
  • Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk
  • Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga
  • Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain
  • Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?

Video Laporan Berita Channel News Asia : Keadaan Hutang Negara Malaysia Terkini

Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar monetari. Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara ketika ini, kerajaan lebih mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).
  1. Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).
  2. Hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% merupakan hutang luar negeri.
Tetapi….ada tetapinya, angka-angka di atas belum termausk lagi apa dinamakan sebagai perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’. Ini kerana kerajaan Malaysia ketika ini banyak menerbitkan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan. Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk  (pinjaman luar jangka) dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.
“Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua”
Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :
  • Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan
  • Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan

Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah

  1. Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh menjejaskan matlamat dasar monetari
  2. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan kadar faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini ataupun boleh menyebabkan juga nilai matawang ringgit Malaysia mula menyusut.
  3. Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal
Pelabur akan melihat samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau tidak untuk menangani hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang. Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.
Inilah antara implikasi yang perlu dibayar jika sesebuah negara mempunyai hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik
Berapa banyak hutang tiada masalah sebenarnya, tetapi komitmen untuk menguruskan sesuatu hutang itulah yang akan diperhatikan oleh oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.
Semua kita di sini, semuanya mahu yang terbaik jika dilihat dasar kerajaan agak tergelincir, kita mesti menegurnya walaupun kadang-kadang ia pahit untuk ditelan. Tetapi jika kerajaan membuat tranformasi yang benar-benar radikal bukan setakat kosmetik semata, kesannya bukan setakat kepada perkembangan ekonomi yang bertambah baik malahan “keyakinan rakyat” juga akan turut bertambah?!!


Sumber : http://beritasemasa.com/hutang-negara-malaysia-2012



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Monday, May 28, 2012

Gold Crest Pavilion (GCP) - Kenali GCP




PENGENALAN
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

VISI
Simpanan emas menjamin masa depan

MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas 

PRODUK UTAMA
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama. Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. GCP juga membekalkan jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland. VISI Simpanan emas menjamin masa depan MISI Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi. Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.

PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak. Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.


___________________________________________________________________



"GCP ditubuhkan oleh Shamsul Anuar bin Md Ali dan Norliza bt Ngatiman bertujuan " menggalakkan bumiputra muslim membeli emas dengan harga rendah, menyimpan seterusnya menjalankan perniagaan emas. 

GCP tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas yg menjanjikan pulangan bulanan. Sekiranya ada pihak yang mengaku sebagai pengedar GCP menawarkan skim pelaburan emas berganda atau sebarang pelaburan emas yg menjanjikan pulangan bulanan sila email aduan beserta bukti ke admin@gcp.com.my atau hubungi hotline GCP : 
1 - 700- 81- 7969 




___________________________________________________________________



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Saturday, May 19, 2012

Dr Azizan Osman – 3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang



Adakah kita sedar punca kemiskinan datangnya daripada minda? Seminar Wang Power yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman untuk sesi yang pertama menjurus kepada penekanan minda terhadap wang dan kekayaan.
Menurutnya, perbezaan ketara antara minda orang kaya dan orang miskin adalah cara mereka berfikir terhadap wang.

Kebocoran Wang – Masalah Kritikal Rakyat Malaysia

Beliau juga turut menerangkan, rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.
Seminar Wang Power - Tip Pengurusan Wang
Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.
Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’
Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.


3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.
  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.
Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit
Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.
Seminar Wang Power - Jangan Bagi Pinjam Duit
Justeru itu, nasihat Dr. Azizan Osman terhadap lebih 2,000 peserta di Seminar Wang Poweradalah kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.
Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.
Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:
“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”
Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.
Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.
Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan
Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.
Seminar Wang Power - Tahu Kehendak Tahu Keperluan
Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.
Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.
“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”
Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang
“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”
Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.
Seminar Wang Power - Belajar Simpan Wang
Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.
Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.

1 Tindakan, Ubah Hidup Jadi Luar Biasa



Artikel asal : http://www.majalahniaga.com/dr-azizan-osman-3-rahsia-menampal-kebocoran-wang.html
Ditulis oleh  pada 11 Apr 2012 dalam Tip Kewangan






"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Seminar Wang Power – 3 Rahsia Kekayaan



Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai rahsia wang dan kekayaan yang dikongsikan oleh dua penceramah hebat iaitu Dr. Azizan Osman dan Abang Abu.
Seminar Wang Power - 3 Rahsia Kekayaan
3 rahsia kekayaan ini hanya 10% daripada perkongsian keseluruhan seminar ini.
Rahsia #1 – Skim Cepat Kaya Adalah ‘Skim Cepat Miskin’
Skim-skim cepat kaya yang wujud di Malaysia ini tidak akan sesekali memberikan kekayaan kepada kita. Dr. Azizan Osman menggelarkan skim cepat kaya adalah alternatif terbaik untuk kita menjadi lebih miskin dengan pantas.
Justeru itu, katakan tidak pada skim cepat kaya.
Rahsia #2 – Rahsia Kekayaan Wang – Senyum
Senyum adalah satu sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, Tuhan akan memberikan keluasan pintu rezeki kepada hamba-hambaNya. Dalam kes wang dan kekayaan, manusia sering mengalami tekanan kerana tidak cukup wang setiap bulan.
Seminar Wang Power - Senyuman Itu Kekayaan
Antara jalan terbaik untuk menguatkan asas kewangan dan kekayaan adalah belajar untuk senyum kepada orang ramai. Kajian saintifik yang diberitahu oleh Dr. Azizan Osman, senyuman dapat memudahkan kita untuk menarik lebih banyak kekayaan dan perkara yang positif dalam kehidupan.
Rahsia #3 – Simpan Untuk Labur
Antara perkongsian emas yang diberikan oleh Abang Abu mengenai wang adalah strategi menyimpan. Walaupun ramai yang tahu strategi menyimpan wang adalah strategi yang berkesan, tetapi majoritinya tersilap faham tentang konsep disebaliknya.
Ramai yang menganggap kita perlu menyimpan wang dan terus menyimpan. Cara ini adalah tidak betul dan tidak berkesan untuk zaman ini. Kerana kadar inflasi dan harga barang semakin meningkat.
Lebih menyedihkan, kita tidak boleh mengawal keadaan ini. Justeru itu, cara yang betul untuk melaksanakan strategi menyimpan wang ini adalah mengamalkan teknik ‘simpan dan labur’.
Bermakna, apabila kita mempunyai wang simpanan yang sudah mencukupi, buat pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Antara pelaburan yang terbaik dan sentiasa menguntungkan kita adalah pelaburan ilmu.
Artikel asal : http://www.majalahniaga.com/seminar-wang-power.html
Ditulis oleh  pada 09 Apr 2012 dalam Tip Kewangan



_________________________________________________________________________________




Tips Rahsia jadi Kaya oleh Abang Abu

1. Untuk jadi kaya MESTI kenal dengan ramai orang, Allah menyalurkan rezeki melalui orang ramai dan sebab itu jika anda memberi banyak manfaat kepada orang ramai anda akan terpaksa kaya dan berjaya
2. Untuk kaya dan berjaya, anda mesti suka tengok kejayaan orang lain dan tetapkan niat untuk berjaya seperti orang tersebut.
3. Selalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan dan sentiasa berdoa untuk mendapat lebih banyak dan banyakkk
4. Sentiasa seronok dengan apa yang anda buat, jika bekerja , seronok dengan kerja anda, jika berniaga..seronok dengan perniagaan anda..kuncinya ialah F.U.N
5. Untuk kaya dan berjaya dunia akhirat  mesti ada M.A.P
Untuk kaya dan berjaya dunia
M= Minda yang +ve
A= Action
P= Planning yang betul
Untuk kaya dan berjaya Akhirat
M= Mentor ( Nabi Muhammad s.a.w )
A= Allah yang maha esa
P= Pegangan  (SOLAT)
6. Dan yang last sekali, untuk kaya dan berjaya mestilah G.E.T R.I.C.H
G= Getup early
E=Earn more than u spend
T=Train yourself to generate more skill and more money
R=Resource Network, kenal lebih ramai orang yang berilmu
I=Invest , terutama nya pelaburan ilmu
C=Charity , derma kerana bukan semua yang kita dapat itu adalah hak kita
H=Habit, jadikan semua perkara diatas sebagai kebiasaan..














"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Friday, January 14, 2011

Sedikit celoteh, sejarah emas dan matawang Iraq yg telah hilang nilai


Perbandingan ringgit Malaysia dan penjelasan bagaimana sebenarnya rakyat dirompak secara senyap bilamana duit dicairkan dengan pencetakan baru. Dan politik.




Ramai orang bukan ahli ekonomi atau orang yg mahir dalam bidang kewangan dan ekonomi. Oleh itu kita tidak seharusnya semudah itu percaya kepada kata2 peniaga atau ahli koprat atau ahli ekonomi dan kewangan yg pandai2. Mereka mudah sahaja menipu dan memperdaya kita. Jadi ada sesetengah berpendapat yg pelaburan emas ini adalah satu spekulasi semata2 dan penipuan orang2 atasan. Suka saya katakan yg jika kita rasa kita tidak pakar, cari lah ilmu dan belajarlah. Ilmu skrg di hujung jari. Lihat sahaja Tun Dr. Mahathir, dia seorang doktor gigi pada asalnya. Tetapi kita lihat sendiri bagaimana dia dapat membangunkan Malaysia sehingga ke tahap sekarang ini.



Kita sebenarnya mmg dilahirkan dgn tidak tahu. Banyak perkara yg kita tidak tahu. Sebab itulah mengapa kita belajar dan mencari ilmu. Ramai yg sebelum ini tidak tahu perihal matawang dan emas ini, mungkin akan menganggap emas ini sebagai satu skim, manipulasi atau satu agenda yg dibuat2. Saya akui bukan mudah untuk senang2 percaya kepada sesuatu perkara baru. Lebih2 lagi bila melibatkan wang ringgit. Sudah byk skim2 yg menipu orang sana sini. Maka saya sangat mencadangkan kepada anda yg berminat untuk ingin tahu tentang emas dan perak, dan berminat untuk membeli atau menyimpannya, kaji dan carilah ilmu dahulu. Supaya keputusan yg anda buat untuk membeli atau tidak emas dan perak datang dari diri anda, kefahaman dan ilmu yg anda ada. Jangan kerana terikut-ikut atau terpedaya dengan kata2 manis si penjual emas. Perkara ini bukan sahaja melibatkan emas, tetapi dalam apa jua pelaburan dan urusan jual beli. Maka dengan apa yg saya tuliskan di blog ini, anda boleh jadikan ia panduan dalam membuat research anda sendiri tentang peranan emas.
Sejarah :
Emas telah digunakan dalam transaksi manusia lebih dari 5000 tahun dan menunjukkan rekod yg sgt berjaya. Memang dunia telah menyaksikan bahawa emas dan perak adalah matawang paling stabil yg pernah wujud. Semasa dizaman Umar Al-khattab, Dinar dan Dirham mula diselaraskan dengan baik. Duit kertas menyaksikan kejatuhannya dalam tempoh hanya 30 tahun lebih sahaja. Maka jika anda kaji betul2 sejarah anda akan faham kenapa saya amat menyarankan jika kita hendak menabung/menyimpan, emas adalah bentuk simpanan antara yg terbaik. Namun begitu, seperti yg pernah saya tulis sebelum ini, simpanan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Janganlah kita tukar semua duit kita kepada emas pula (melainkan emas sudah diiktiraf menjadi matawang semula).

Berkenaan zakat, "Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki." (blog Lembaga Rasmi Zakat Selangor)

Anda lihat bagaimana dalam Islam sendiri, zakat disandarkan kepada emas dan perlulah mengikut harga semasa emas. Itu menunjukkan yg Islam sendiri mengiktiraf logam berharga ini atas kestabilan dan kekukuhan nilainya. Dan kita semua juga tahu ada zakat emas. Tapi kenapa tiada zakat kuprum atau zink  atau barangan lain? Ini menunjukkan emas itu sendiri Tuhan jadikan ianya sungguh istimewa. Sehingga Nabi sendiri pernah menyebut,

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Hadis di atas adalah hadis Dhaif, namun ia bukan palsu.



Ini adalah apa yg berlaku kepada Iraq selepas mana US menjajah Iraq dalam perang baru2 ini. Bila mana berlaku krisis ekonomi atau jajahan, matawang duit kertas terus akan jatuh nilai dan tidak laku. Ini kerana pada asalnya duit kertas itu sendiri mmg tiada nilai dan hanya diberi nilai oleh kerajaan yg mentadbir. Cuba tgk pada wang kertas anda, ada tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai ..."


_______________________________________________________



BERKENAAN ZAKAT



Zakat wajib ditunaikan dengan sesuatu yg mempunyai nilai sebanar, bukan resit atau nota perjanjian yg dipersetujui.



Beginilah mungkin nilainya andai kata Malaysia mengalami hyperinflasi.
Moga dijauhkan.









"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...