Showing posts with label rahsia kekayaan. Show all posts
Showing posts with label rahsia kekayaan. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Bila ada orang kata 'KITA TAK PERLU JADI KAYA!'






Artikel asal oleh PAKDI, dengan tajuk "Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!"

Garu kepala.
Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.
Berikut adalah 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.


Sumber : http://www.pakdi.net/islam-tidak-suruh-umatnya-jadi-kaya/ .



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

.

Monday, June 4, 2012

Perang Kemboja






…Apabila meletusnya perang di Kemboja, ramai rakyatnya tidak mempunyai pilihan selain lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri. Sebahagian daripada mangsa peperangan yang menjadi pelarian menuju ke Malaysia dengan seribu harapan bagi memulakan hidup baru. Ramai antara mereka mendarat di selatan tanah air, terutamanya daerah Kota Tinggi dan Mersing. Atas pertimbangan tertentu dan ihsan kerajaan Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia tanpa perlu dikurung di dalam kem-kem pelarian. Semenjak itu, bermula kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan.

Atas kudrat dan kesungguhan mereka melakukan apa sahaja pekerjaan terutamanya menjaja kain dari rumah ke rumah. Kini selepas beberapa dekad, kehidupan mereka sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Namun yang lebih penting daripada itu, mereka secara amnya lebih kaya daripada penduduk tempatan sendiri. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan ramai antara mereka memiliki banglo di Ulu Tiram, tidak jauh dari Kota Tinggi.

Memang sudah menjadi adat, orang yang berusaha lambat laun pasti berjaya. Namun dalam hal perniagaan, walau sekecil mana sekalipun, tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orang-orang Kemboja ini mendapat modal mereka? Rupa-rupanya rahsia mereka pada apa yang mereka bawa ke negara ini suatu waktu dahulu. Ketika mereka melarikan diri, mereka terpaksa mengorbankan seluruh harta benda. Semuanya terpaksa mereka meninggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas.

Bukannya Kemboja tidak ada mata wang ketika itu, malah mata wang Dolar Amerika cukup banyak. Namun mereka sedar, dalam situasi perang, duit tidak akan ada  nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun, tetap diterima walau kemana sahaja mereka pergi. Pengalaman orang-orang Kemboja itu memang banyak memberi pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya.

Pada pertengahan tahun 90-an, ekonomi Malaysia benar-benar berada di puncaknya sehingga negara mendapat gelaran sebagai salah satu daripada “Tiga Harimau Asia”. Namun perkembangan itu dengan mudah direntap oleh aktiviti jahat penyangak mata wang yang melakukan konspirasi kepada negara-negara di Asia Tenggara. Mujur negara kita mempunyai rizab emas yang tinggi ketika itu. Sebahagian daripadanya dicairkan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada terus runtuh. Bersama-sama dengan tambatan dan kawalan nilai mata wang Ringgit oleh Tun Dr, Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, Malaysia daripada terus tersungkur dan terpaksa meminjam daripada IMF seperti beberapa negara jiran lain yang turut terjejas.

Pengalaman orang Kemboja dan keadaan ekonomi negara yang diserang membuktikan peranan emas dalam menyelamatkan situasi yang genting. Kini, suasana ekonomi semasa di seluruh dunia tidak menentu dengan harga barang keperluan harian yang terus meningkat (terutamanya minyak), kadar pengangguran yang semakin tinggi di banyak negara , penghasilan yang produktif tetapi tidak mnguntungkan, dan bermacam-macam lagi berperanan bagi memudahkan kehidupan kita, malah wang kini semakin menjadi punca bebanan kepada kita. Gaji meskipun semakin banyak, tetapi semakin tidak mencukupi. Ramai yang hidup bergantung pada pinjaman dan penggunaan kad kredit memakan diri peminjam itu sendiri apabila ramai yang diisytiharkan muflis pada usia muda.

Nampaknya kita tidak dapat bergantung pada wang semata-mata bagi menjalani hidup kita sehari-sehari. Wang tunai kini semakin kehilangan kuasa akibat ‘dimakan’ oleh inflasi. Sesuatu diperlukan bagi menambat nilai wang daripada terus mengecut, tidak kira sama ada secara langsung. Seperti pengalaman orang Kemboja dan negara menyelamatkan diri menggunakan emas, kita juga mesti menggunakan cara yang sama.

Sejak 10 tahun yang lalu, harga emas di pasaran dunia tidak pernah turun dalam erti kata yang sebenar. Dalam tempoh itu, nilai emas meningkat sebanyak lebih 450 peratus! Sekiranya kita bandingkan, sebenarnya nilai wang kita mengecut menjadi tidak sampai 20 peratus berbanding emas sejak satu dekad yang lalu. Apakah kita akan terus membiarkan diri kita turut sama ‘dikecutkan’ bersama dengan kecutnya nilai mata wang kita itu? Sekiranya hendak menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa tanpa disedari, elok kita mula mendedahkan diri kepada ‘sinaran’ emas pula.  


Dipetik dari buku "Pelaburan Emas" oleh Saat Sukami.






"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Saturday, May 19, 2012

Seminar Wang Power – 3 Rahsia Kekayaan



Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai rahsia wang dan kekayaan yang dikongsikan oleh dua penceramah hebat iaitu Dr. Azizan Osman dan Abang Abu.
Seminar Wang Power - 3 Rahsia Kekayaan
3 rahsia kekayaan ini hanya 10% daripada perkongsian keseluruhan seminar ini.
Rahsia #1 – Skim Cepat Kaya Adalah ‘Skim Cepat Miskin’
Skim-skim cepat kaya yang wujud di Malaysia ini tidak akan sesekali memberikan kekayaan kepada kita. Dr. Azizan Osman menggelarkan skim cepat kaya adalah alternatif terbaik untuk kita menjadi lebih miskin dengan pantas.
Justeru itu, katakan tidak pada skim cepat kaya.
Rahsia #2 – Rahsia Kekayaan Wang – Senyum
Senyum adalah satu sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, Tuhan akan memberikan keluasan pintu rezeki kepada hamba-hambaNya. Dalam kes wang dan kekayaan, manusia sering mengalami tekanan kerana tidak cukup wang setiap bulan.
Seminar Wang Power - Senyuman Itu Kekayaan
Antara jalan terbaik untuk menguatkan asas kewangan dan kekayaan adalah belajar untuk senyum kepada orang ramai. Kajian saintifik yang diberitahu oleh Dr. Azizan Osman, senyuman dapat memudahkan kita untuk menarik lebih banyak kekayaan dan perkara yang positif dalam kehidupan.
Rahsia #3 – Simpan Untuk Labur
Antara perkongsian emas yang diberikan oleh Abang Abu mengenai wang adalah strategi menyimpan. Walaupun ramai yang tahu strategi menyimpan wang adalah strategi yang berkesan, tetapi majoritinya tersilap faham tentang konsep disebaliknya.
Ramai yang menganggap kita perlu menyimpan wang dan terus menyimpan. Cara ini adalah tidak betul dan tidak berkesan untuk zaman ini. Kerana kadar inflasi dan harga barang semakin meningkat.
Lebih menyedihkan, kita tidak boleh mengawal keadaan ini. Justeru itu, cara yang betul untuk melaksanakan strategi menyimpan wang ini adalah mengamalkan teknik ‘simpan dan labur’.
Bermakna, apabila kita mempunyai wang simpanan yang sudah mencukupi, buat pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Antara pelaburan yang terbaik dan sentiasa menguntungkan kita adalah pelaburan ilmu.
Artikel asal : http://www.majalahniaga.com/seminar-wang-power.html
Ditulis oleh  pada 09 Apr 2012 dalam Tip Kewangan



_________________________________________________________________________________




Tips Rahsia jadi Kaya oleh Abang Abu

1. Untuk jadi kaya MESTI kenal dengan ramai orang, Allah menyalurkan rezeki melalui orang ramai dan sebab itu jika anda memberi banyak manfaat kepada orang ramai anda akan terpaksa kaya dan berjaya
2. Untuk kaya dan berjaya, anda mesti suka tengok kejayaan orang lain dan tetapkan niat untuk berjaya seperti orang tersebut.
3. Selalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan dan sentiasa berdoa untuk mendapat lebih banyak dan banyakkk
4. Sentiasa seronok dengan apa yang anda buat, jika bekerja , seronok dengan kerja anda, jika berniaga..seronok dengan perniagaan anda..kuncinya ialah F.U.N
5. Untuk kaya dan berjaya dunia akhirat  mesti ada M.A.P
Untuk kaya dan berjaya dunia
M= Minda yang +ve
A= Action
P= Planning yang betul
Untuk kaya dan berjaya Akhirat
M= Mentor ( Nabi Muhammad s.a.w )
A= Allah yang maha esa
P= Pegangan  (SOLAT)
6. Dan yang last sekali, untuk kaya dan berjaya mestilah G.E.T R.I.C.H
G= Getup early
E=Earn more than u spend
T=Train yourself to generate more skill and more money
R=Resource Network, kenal lebih ramai orang yang berilmu
I=Invest , terutama nya pelaburan ilmu
C=Charity , derma kerana bukan semua yang kita dapat itu adalah hak kita
H=Habit, jadikan semua perkara diatas sebagai kebiasaan..














"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...