EMAS - Simpanan atau pelaburan emas
Ramai orang sukakan emas. Ada yang ingin memiliki atau
sudah memiliki emas samada dalam bentuk perhiasan, simpanan atau pelaburan.
Apa yang nak dibincang lebih kepada bentuk prinsipal
sahaja. Kenapa emas? Mengapa kita perlu berfikir untuk memiliki emas fizikal?
Dan kenapa kita perlu elak menyimpan duit kertas (dalam konteks bilamana kita
ada duit lebih)? Kerana jika simpan emas bukan dari duit lebihan, maka ada
risiko tambahan di situ.
Jawapannya kerana kita perlu memahami duit kertas
dalam simpanan kita hari ini sebenarnya tidak selamat dalam suatu tempoh yang
panjang. Ia adalah suatu simpanan yang sangat baik dan di galakkan dalam islam,
kerana nilai emas yang sangat stabil, dan mempunyai 'intrinsic value'
berbanding dengan duit kertas yang kita pegang hari ini.
Duit kertas untuk long term (bila kita ada lebihan
duit) adalah tidak selamat akibat inflasi atau susut nilai. RM1 pada 1970
adalah tidak sama dengan RM1 pada tahun 2012 kerana susut nilainya RM1 itu. Susut
nilai berlaku kerana penciptaan duit kertas melebihi pendapatan atau
pengeluaran hasil sebenar di dalam sesebuah negara.
Growth of real economic development dalam bentuk
equity khususnya, iaitulah tanah ataupun dalam bentuk banggunan dan
manufacturing products, tidak begitu laju berbanding dengan penciptaan duit
yang dibuat oleh mana-mana bank negara. Maka supply duit bertambah tinggi
sedangkan penghasilan atau penguluaran dalam negara adalah kurang. Maka berlaku
susut nilai, sebab duit kertas yang dicipta tidak setara dengan perkembangan
ekonomi.
Dan trend sebegini, hari ini sering diguna pakai terutamanya
di dunia yg maju, iaitu cara bergantung dengan hutang. Mereka create hutang
lagi banyak. Akibatnya hutang menjadi semakin banyak, supaya dengan hutang ini
dapat menutup kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran institusi kewangan
contohnya.
Akibat dari perkara itu, susut nilai itu sentiasa
berlaku. Jadi setiap tahun inflasi ini akan berlaku 2-4%. Jadi jika kita simpan
dalam bank tahun lepas sebanyak RM50k. Maka tahun ini nilai RM50k yang kita
simpan itu sudah tidak sama mcm tahun lepas. Sekurang-kurangnya nilainya sudah
kurang 2% ke 3%. Berbanding dengan simpnan dalam bentuk emas. Kalau kita simpan
emas fizikal, ia tidak terdedah kepada maslah itu. Tetapi jika kita
mengharapkan dari pelaburan duit kertas atau emas itu ada pulangan bulanan atau
ada pulangan quarterly atau pulangan semi-annually, maka emas tidaklah sesuai.
Sebab emas untuk simpanan atau preservation itulah yg paling ideal. Untuk
pelaburan tidak begitu ideal, kecuali untuk peburan jangka sederhana atau
panjang.
Berapa lama jangka sederhana atau panjang itu? Kalau
mengikut trend graf statistic, Jangka sederhana adalah bermula dari tahun ke 2
hingga 5 tahun, lebih dari itu adalah jangka panjang.
Jadi kalau kita ada duit byk lebih, dan kita nak duit
kita itu selamat lama. Kita belilah emas. Dan pada ketika itu kita simpan emas
tampa perlu fikir untuk mencairkannya dari sudut menukarkannya dengan duit
kertas (atau menjualnya), dalam tempoh 5 tahun sahaja dengan trend kenaikan
emas dari tahun 1900 sehingga sekarang, insyaAllah akan ada byk pulangannya.
Malah pada tahun 1999 sehingga 2009 sahaja telah menunjukkan kenaikan sebanyak
267%. Jadi itu bagi orang ada duit lebih.
Kesimpulan, emas sebagai simpanan adalah sgt ideal.
Sebagai pelaburan jangka sederhana dan panjang adalah ok. Tetapi untuk pelaburan
jangka pendek adalah tidak ok kerana sangat berisiko tinggi walaupun kadang-kadang
boleh menghasilkan pulangan yang tinggi, jadi tidak digalakkan sangat.
Jadi bila membincangkan tentang simpanan atau
pelaburan emas, nak beli emas yang mana? Apa pilihan yang kita ada? Sekurang2
nya kita ada 5 pilihan.
1. Yang pertama kita boleh beli emas fizikal. Emas
fizikal dalam bentuk jongkong atau bentuk wafer.
2. Jenis kedua dalam bentuk syiling emas. Biasa
disebut dalam bentuk dinar emas.
3. Yang ketiga, dalam bentuk paper gold. Melalui gold
pass book. Ada dalam buku akaun.
4. Melalui beli saham ETC, exchange traded fund. Kene
bukak dalam bursa saham Malaysia untuk faham.
5. Gold mining stok, iaitulah saham2 syarikat
perlombongan emas.
Daripada 5 ini, perbandingan antara gold coin vs wafer/bar
- Emas fizikal, Jongkong dan wafer atau gold coin.
Yang mana lg bagus? Jawapannya untuk simpanan atau pelaburan, goldbar atau
wafer.
- Kalau untuk ditukar selalu melalui urus niaga
(muamalat), gold coin adalah lebih baik. Tapi sebab di malaysia
ini, dinar belum digunakan dalam bentuk yg lebih meluas. Jadi dari pandangan
saya (UZAR), goldbar dan wafer adalah lebih baik. Ini kerana goldbar dan wafer,
harga per gram lebih murah dari gold coin. Ini kerana kos tempa gold coin
adalah lebih tinggi, maka harganya biasa lebih mahal sedikit.
- Untuk tahu harga murah atau tidak. Harga perlu di
bandingkan dalam per gram dengan spot price (harga emas pasaran dunia). Contoh
pada minggu tahun lepas harga emas semasa adalah lebih kurang 160/g. Harga
dinar pula adalah lbh kurang 173/g. Mahal RM13 per gram.
- Maka untuk simpanan, dinar adah kurang untung. Selain
itu dinar juga mungkin agak susah untuk dibawa keluar ke negara-negara luar
mungkin ada yang jenis prejudis dan anti-islam. Maka gold bar di sini lebih
praktikal.
- Kebanyakan gold coin juga adalah 916 kerana hendak
menjadikannya keras sedikit. Tetapi gold bar ada banyak ketulenan. Dan di
galakkan untuk menyimpan yang paling tulen iaitu 999.9 (24 karat), yang paling tulen
dan paling tinggi harga dan nilainya.
Goldbar/goldwafer vs gold pass book
- Kita beli emas, emas itu tidak diberi secara nyata
dan fizikal, tetapi hanya di tulis dalam buku mengikut berapa berat kita beli.
Yang ini belum sebut soal monetary lagi, tapi sudah ada masalam dalam syariah.
Di mana berdasarkan hadis nabi, "bila emas ditukar dengan perak, mestilah
serta merta".
- Dalam kes ini kita mahu menukarkan duit kertas
dengan emas. Adakah duit kertas sama dgn konsep ini? Maka kesatuan fiqh islam
sedunia ada menyatakan, duit kertas bila ditukar dengan emas, undang-undangnya
sama dengan perak. Dan di sini ada riba' yang disebut sebagai riba' nasiah.
- Sebab itu biasanya bank-bank yang menawarkan gold
pass book ini biasanya bank yang tidak menepati syariah. Tetapi jika ada bank
yang menawarkan pass book yang menepati syariah adalah boleh. Kesimpulannya
beli bank gold pass book ada masalah syariah walaupun dari sudut harga ia lebih
murah dari emas fizikal.
- Kenapa lebih murah? Logiknya cukup mudah. Kerana
untuk pembekal yang menawarkan emas fizikal, dia perlu ada emas tersebut dalam
simpanannya. Jadi itu semua kos. Dia perlu transport, simpan, insuran dan
sebagainya, berbanding gold pass book yang menjual emas yang tiada dalam
pemilikannya. Maka dia boleh jual emas dgn harga yang lebih rendah berbanding
emas fizikal.
- Tapi kita kena faham yang nabi penah sebut, riba'
itu walaupun banyak untung dan pulangannya, akan sentiasa membawa kepada
sedikit kemudharatan. Dan sedikit kemudharatan itu akan membawa kepada natijah,
orang itu menjadi hamba kepada harta. Sebagaimana Allah pernah sebut dalam
hadis kudsi "kamu hendak buat satu kerjapun, hendaklah buat semuanya
menjadi ibadah". Selain itu ada juga maslah dari sudut safety. Kenara emas
sebenar tiada, maka jika bank tutup atau bankrup, akan hilanglah emas itu.
Emas fizikal vs gold mining stok
- Kalau pemintaan emas naik, saham naik dan sebagainya,
memang untung. Dividen pun dapat. Namun masalah timbul jika ada masalah dalam
syarikat. Akibatnya saham boleh jatuh dan kita boleh rugi. Berbanding emas
fizikal, bila kita sudah memiliki emas fizikal, sudah tiada kaitan jika apa-apa
berlaku pada syarikat tersebut.
Mana nak beli emas pula?
- Internet - ada syubahah disitu, kerana ada kelewatan dalam
penyerahan emas.
- Bank - ada bank yang patuh syariah yang menjual emas
fizikal.
- Goldsmith (kedai emas biasa) - biasa jual dengan
harga runcit yang agak tinggi. Maka perlu faham harga emas pasaran wholesale dengan
harga belian. Maka di sini perlu buat survey dahulu untuk melihat yang mana
yang bagus.
- Syarikat kecil - boleh tapi ada risiko emas palsu,
samada dalam masalah ketulinan, emas itu 999 tapi sebenarnya 916. Atau mmg emas
palsu terus.
Berapa banyak nak beli?
- Yang dicadangkan oleh expert adalah 20% daripada
surplus (duit lebihan). Jangan 100% emas nanti susah tiada cash. Yang baki
boleh di pecah-pecahkan kan. Jangan letakkan duit-duit kita pada satu pelaburan
sahaja, pelbagaikan.
SOALAN : Ada bank yg offer untuk beri emas fizikal 3-7 hari
selepas permohonan. Bagaimana?
JAWAPAN : kalau order dan dah bayar, dalam emas dapat
dalam 3-7 hari, maka menurut 4 ulama' dan majlis fiqh sedunia, tidak boleh.
Namun ada alternatif lain.
Hibbah emas - satu trick atau skim dan penipuan. Kita
senyum dapat duit sendiri balik. Namun ada syarikat emas yang menjanjikan
belian semua dengan harga semasa beli. Tetapi sebenarnya BNM tidak membenarkan
syarikat emas menjanjikan belian semula. Maka ada risiko di situ. BNM juga
tidak membenarkan pembelian emas dengan hibbah secara janji. Mengikut hukum,
arahan pemerintah yang tidak melanggar syara' adalah wajib dipatuhi.
KESIMPULAN : duit kertas tidalah begitu selamat untuk
disimpan jika ada duit lebih. Namun jika tiada duit jangan pula beli emas.
Nanti susah nak beli nasi lemak. Bagi orang yang belum nak guna duit cash,
tetapi nak digunakan untuk masa akan datang seperti untuk yuran pengajian anak
dan sebagainya, juga digalakkan untuk menyimpan dalam bentuk emas.
Contohnya, jika kita menyimpan duit untuk pengajian
anak kita di universiti, boleh jadi pada masa kita nak guna duit itu, sudah
tidak cukup kerana yuran sudah naik dan sebagainya akibat inflasi. Jadi kita
perlu usahakan lebih banyak duit. Kalau di simpan dahulu dalam bentuk emas,
bukan sahaja cukup, malah mungkin kita boleh hantar anak kita ke pusat
pengajian yang lebih baik.
Selain dari takaful dan pelaburan lain, consider juga
lah emas. Dan simpanlah di tempat yang sesuai. Contoh safe deposit box. Semoga
kita sama2 mendapat manfaat daripada precious metal yang tidak banyak yang
Allah ciptakan ini. Dan mengelakkan diri kita dari kemudharatan duit kertas yg
boleh memakan kekayaan dan harta kita sedikit demi sedikit.