Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Hiperinflasi Zimbabwe (Bahagian 4) - video "Emas Untuk Roti"



Billionaire yang kebuluran



Video ini menceritakan kisah rakyat Zimbabwe yang sengsara di bumi sendiri. Di sini, pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" rasanya sudah tidak boleh dipakai lagi. Rakyatnya kebuluran sehingga ada yang sanggup bergadai nyawa menjadi pelarian di negara orang.

Semenjak Dollar Zimbabwe sudah tiada nilai, di kampung ini semua urus niaga dijalankan dengan menggunakan emas fizikal. Dollar Zimbabwe hanya digunakan sebagai kertas untuk menyimpan serbuk atau butiran emas. Kebanyakan emas adalah diperolehi dengan melombong sendiri. Kebiasaannya kerja melombong untuk sehari suntuk hanya membuahkan hasil sebanyak tidak sampai 0.3 gram emas.

Golongan yang melombong emas adalah termasuk kanak-kanak kecil dan perempuan. Kata mereka, ini adalah satu-satunya cara untuk terus hidup. Orang yg tidak bekerja termasuk orang tua dan orang cacat, mereka akan mati kebuluran ataupun akibat jangkitan kuman. Kanak-kanak pun tidak lagi ke sekolah. Mereka perlu melombong emas sendiri untuk makan.


Inilah antara kesan hiperinflasi.














_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!




Tuesday, August 7, 2012

Wang Kertas & Perbankan Islam - Ust Zaharuddin


Soalan telah ditanya kepada Ustaz Zaharuddin dalam segmen 'Tanyalah Ustaz' secara langsung di TV9.

" Apakah benar wang kertas juga tergolong dalam riba'? "





Apa yang dijelaskan oleh ustaz adalah berdasarkan apa yang ideal pada waktu ini, dan ia merupakan suatu realiti. 

"Wang kertas harus hukumnya, namun ia memang bukanlah yang terbaik. Namun kita sangat menyokong 100% jika ada pihak yang ingin memulakan dan mempromosi penggunaan semua Dinar dan Dirham dan seumpunya. Namun walaupun sokong kita tidak boleh menjatuhkan dan menyatakan fatwa haram secara qat'i. Kerana walaupun ia dikeluarkan oleh pengeluar secara riba', tetapi kita menggunakannya dengan cara menjauhi riba', maka kita tidak terlibat dalam dosa tersebut. Malah, ia bukanlah dibawah bidang kuasa kita, yang mana kita mampu untuk mengubahnya dan menghalangnya begitu sahaja (beyond our control). Jadi pada masa ini apa yang kita mampu adlah mengawal segala jenis transaksi yang kita lakukan."

- Jawab Ust Zaharuddin, dan menurutnya juga, jawapan inilah yang diberi oleh Imam Malik semasa zaman Khilafah Islamiah dahulu.


Sumber:
http://youtu.be/UqhMaGU-pCE








_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

Sunday, August 5, 2012

Ringgit Malaysia Tidak Pernah Disandarkan Dengan Emas



RINGGIT MALAYSIA TIDAK PERNAH DISANDARKAN DENGAN EMAS
- Dinihari Dinar, Mazli Alias




DINIHARI DINAR sekali lagi membawa Hj Mazli Alias menyingkap sejarah dan menerangkan bagaimana matawang ringgit Malaysia tidak pernah disandarkan kepada emas.

RINGGIT Perak (silver) 1903 sebenar dikenali dengan wang syiling 1 Dollar King Edward VII (1907-1909) Straits Settlements. Beratnya adalah 26.95 gram, diameter 37.3 mm dan mengandungi 90% perak.

Fakta sejarah mengatakan bahawa dolar US telah dipisahkan dari sandaran kepada emas pada tahun 1971 sewaktu 'Nixon Shock' apabila Perjanjian Bretton Woods dibubarkan. Selepas daripada itu, semua wang kertas termasuk dolar US tidak disandarkan kepada emas. Ringgit Malaysia, wang kertas, telah di cipta pada tahun 1975, empat tahun selepas pembubaran Perjanjian Bretton Woods.

Jadi ringgit Malaysia tidak pernah disandarkan kepada emas! 

Dan Bank Negara Malaysia di tubuhkan secara rasmi pada tahun 1959! Satu ciptaan baru selepas penjajahan Inggeris dan ia adalah institusi riba, hadiah selepas 'kemerdekaan' dari penjajah.

Semoga hati2 kita sudah celik dengan video ini. Amin.




Dinihari Dinar :
http://www.facebook.com/groups/diniharidinar/
http://www.diniharidinar.com/


Souq Qafilah Muamalah - laman untuk berjual beli dengan dinar dirham Kelantan 2010 (1431H)
http://www.facebook.com/groups/270950886291545/



Sumber :
http://youtu.be/1_TWqizJRaI







_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

Sunday, January 9, 2011

Ada apa dengan Emas? Kemanakah arah tuju emas akan datang? [Video]



1.
Video Penerangan Tentang Dinar dan Dirham oleh Exco Hj.Husam Musa


2.
CNBC: James Turk on where gold is headed


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...