Sunday, August 5, 2012

Ringgit Malaysia Tidak Pernah Disandarkan Dengan Emas



RINGGIT MALAYSIA TIDAK PERNAH DISANDARKAN DENGAN EMAS
- Dinihari Dinar, Mazli Alias




DINIHARI DINAR sekali lagi membawa Hj Mazli Alias menyingkap sejarah dan menerangkan bagaimana matawang ringgit Malaysia tidak pernah disandarkan kepada emas.

RINGGIT Perak (silver) 1903 sebenar dikenali dengan wang syiling 1 Dollar King Edward VII (1907-1909) Straits Settlements. Beratnya adalah 26.95 gram, diameter 37.3 mm dan mengandungi 90% perak.

Fakta sejarah mengatakan bahawa dolar US telah dipisahkan dari sandaran kepada emas pada tahun 1971 sewaktu 'Nixon Shock' apabila Perjanjian Bretton Woods dibubarkan. Selepas daripada itu, semua wang kertas termasuk dolar US tidak disandarkan kepada emas. Ringgit Malaysia, wang kertas, telah di cipta pada tahun 1975, empat tahun selepas pembubaran Perjanjian Bretton Woods.

Jadi ringgit Malaysia tidak pernah disandarkan kepada emas! 

Dan Bank Negara Malaysia di tubuhkan secara rasmi pada tahun 1959! Satu ciptaan baru selepas penjajahan Inggeris dan ia adalah institusi riba, hadiah selepas 'kemerdekaan' dari penjajah.

Semoga hati2 kita sudah celik dengan video ini. Amin.




Dinihari Dinar :
http://www.facebook.com/groups/diniharidinar/
http://www.diniharidinar.com/


Souq Qafilah Muamalah - laman untuk berjual beli dengan dinar dirham Kelantan 2010 (1431H)
http://www.facebook.com/groups/270950886291545/



Sumber :
http://youtu.be/1_TWqizJRaI







_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...