Thursday, June 28, 2012

30 sebab kenapa PERAK!






Berikut merupakan alasan atau senarai kenapa anda perlu memulakan simpanan atau pelaburan perak, lebih dari simpanan emas. Dan anda perlu lakukannya sekarang!!

1.    Memandangkan pasaran perak adalah lebih kecil  berbanding emas dan kuantiti perak fizikan yang sangat terhad, perak akan menjadi lebih sukar di manipulasi pada berbanding emas.

2.       Bank-bank pusat tidak mempunyai simpanan perak untuk terlibat sama dalam manipulasi pasaran perak, tetapi majoritinya masih mempunyai banyak emas fizikal (walau tidak sebanyak apa yang mereka dakwa).

3.     Majoriti perak yang dilombong setiap tahun telah digunakan di dalam banyak jenis industri, dan perak-perak tersebut tidak boleh di kitar semua dan tidak akan kembali ke dalam pasaran. Berbanding emas, jumlah emas yang terkumpul di atas muka bumi saban tahun makin bertambah.

4.  Penggunaan perak telah berkembang dengan sangat pesat kerana harganya yang rendah dan sifat fizikalnya yang unggul, menjadikan ia antara barang komoditi wajib yang sangat penting dalam industri dan dunia moden hari ini. Andai kata kita bangun esok hari dan emas sudah tidak wujud lagi, mungkin tidak banyak perubahan dalam hidup kita hari-hari. Namun jika perak lenyap, maka kehidupan moden hari ini akan berubah sama sekali.

5.     Oleh kerana harga relatif perak adalah sangat rendah berbanding harga emas yang tinggi, sesiapa sahaja di seluruh dunia masih mampu untuk memiliki perak dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding emas.

6.    Secara anggaran, jumlah emas dan perak setiap satu nya di atas kerak bumi adalah sebanyak 5 billion ounce. Namun emas di dagangkan dengan harga lebih kurang USD1600/oz dan perak pula lebih kurang USD26/oz. Kedua-dua logam berharga ini jelas sekali memang di manipulasikan oleh sesetngah pihak, namun perak lebih jelas dimanipulasi dengan lebih teruk. Untuk bulion perak yang dimanipulasikan, di anggarkan hanya lebih kurang 200 juta ounce sahaja yang tinggal (untuk dimanipulasi) dengan anggaran harga hari ini kurang dari USD700 bilion.

7.     Sehingga kini, bekalan perak telah berada dalam keaadan defisit selama lebih dari 50 tahun! Dianggarkan kerajaan-kerajaan negara besar dunia memiliki lebih kurang 10 bilion ounce rizab perak sedia ada pada tahun 1950, dan telah membekalkannya ke dalam pasaran secara berterusan, Namun hari ini dikatakan tidak terdapat lagi lebihan stok perak untuk terus bekalkan.

8.       Dengan kadar penggunaan perak pada hari ini, di anggarkan bekalan perak hanya mampu bertahan lebih kurang 15 tahun sahaja lagi. Selepas itu bekalan perak akan habis untuk selama-lamanya! Fikir-fikirkan!

9.   Permintaan untuk perak adalah "tidak boleh berubah" dalam aplikasi industri. Ini kerana ia digunakan dalam kuantiti yang kecil dalam setiap aplikasi tersebut. Kenaikan harga perak tidak akan menyebabkan penurunan dalam permintaannya.

10.   Posisi pendek COMEX perak (COMEX silver short position) adalah pada posisi pendek yang terbesar (largest concentrated short position) dari mana-mana komoditi lain, dalam mana-mana pertukaran sejarah pasaran kewangan.
*COMEX : (Commodity Exchange, Inc.) a division of the New York Mercantile Exchange (NYMEX)

11. Sepanjang sejaran sistem kewangan manusia, nisbah perak kepada emas berlegar dalam julat 10:1 sehinggalah penciptaan perdagangan logam. Selepas manipulasi besar-besaran oleh sekumpulan perbankan, nisbah perak kepada emas kini melebihi 50:1.

12. US Dollar sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pensyilingan 1792 (Coinage Act of 1792) adalah perak, dan bukan emas. "Three hundred and seventy-one grains and four sixteenth parts of a grain of pure, or four hundred and sixteen grains of standard silver."



13. Perak tidaklah di gembar gemburkan seperti emas di media-media semasa (massively under-reported). Malah Jim Rogers, "the commodity guru" secara sengaja mengabaikan perak sepenuhnya dalam buku paling larisnya "Hot Commodities" walaupun perak sebenarnya melebihi lain-lain komoditi.

14.   Sangat sedikit pelabur yang mempunyai perak fizikal dalam simpanan mereka.

15. Manipulasi emas semakin hari adalah semakin susah dan akhinya akan terhenti, dan harga emas akan menjadi stabil. Namun pelaburan perak yang mempunyai ciri-ciri pelaburan yang hampir sama dengan emas, tetapi harga yang terlampau rendah dari yang sepatutnya (under priced), akan menjadi pilihan pilihan pelabur kerana potrensi kenaikannya yang sangat besar (akibat manipulasi).

16. 470 juta ounce perak yang dimiliki oleh perbendaharaan US dan digunakan dalam Projek Manhattan untuk pembinaan bom atom telah dicairkan dan dijual ke dalam pasaran fizikal untuk menyokong "Strong Dollar Policy". 

17.   Kandungan mineral perak, berbanding emas, adalah sangat sedikit di dalam kerak bumi. Ini disebabkan oleh sifat semula jadi geologi bumi di mana kebanyakan kandungan mineral perak yang banyak telahpun dijumpai dan dilombong keluar. Akibantnya penemuan mineral perak pada masa depan adalah sangat sukar.

18.  Emas terdedah dengan risiko emas palsu kerana harganya yang tinggi dan menguntungkan. Namun perak palsu setakat ini tidak menjadi isu kerana usaha memalsukannya tidak setimpal dengan harganya (it doesn't worth the effort).

19.   Jumlah nilai pasaran perak hanya sebahagian kecil dari jumlah nilai pasaran emas.

20. Kebanyakan TV skrin rata (flat screen) menggunakan perak dalam litar dalaman dan skrin. Dan pemindahan dari analog ke digital telah meningkatkan permintaan perak dengan banyak sekali.

21. Kekurangan bekalan perak telah mula dirasai di seluruh dunia. Senarai kelewatan menerima bekalan perak ini termasuk setiap dari industri milik kerajaan dan syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling perak utama dunia.




22.   Krisis kredit adalah satu krisis yang sgt besar sekarang ini. Masing-masing cuba menyelamatkan diri dari krisis ini dan jika perak digunakan dalam misi menyelamatkan diri ini, harga perak akan melambung tinggi.

23. Di Amerika Syarikat, undang-undang rampasan emas ada tekmaktub dalam buku undang-undang, tetapi tiada berkenaan rampasan perak.

24.   Pada pertengahan tahun 2011, harga emas berlegar sekitar USD1800 atau lebih 200% daripada sejarah kenaikan harga emas sebelum ini. Perak pula hanya sekitar USD35 atau 70% daripada sejarah kenaikan harganya. Ini menunjukkan yang perak mempunyai potensi yang sangat besar dalam kenaikan harganya.

25. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pencetakan duit kertas secara besar-besaran oleh bank-bank pusat seluruh dunia telah mewujudkan takungan atau lambakan tunai yang mengakibatkan ramai orang ingin mencari aset yang lebih selamat. Walaupun arus perdana dan dan kebanyakan akhbar telah banyak mencadangkan dan membincangkan perihal emas yang menjadi penyelamat dalam menyelesaikan masalah ini, perak juga sebenarnya mempunyi hampir semua sifat-sifat logam berharga seperti emas, kecuali pasaran perak adalah lebih kecil dan terhad.

26. Pertumbuhan ekonomi di Asia yang semakin pesat akan menyebabkan permintaan perak yang tinggi terutamanya dalam industri elektrikal. Dalam pasaran global perak yang semangnya sedang defisit, banyak pihak akan berebut menawarkan harga yang lebih tinggi untuk sejumlah perak yang terhad.

27. Kebenaran tentang manipulasi emas dan perak yang tersebar pantas ke seluruh dunia dengan bantuan internet akan menyebabkan manipulasi ini berkahir kelak. Dan pengakhiran manipulasi akan menyebabkan harga emas dan terutamanya perak yang sgt rendah, akan kembali kepada nilainya yang sebenar, yang jauh lebih tinggi.

28.  Pada masa ini sudah terdapat pelbagai tuntutan mahkamah dan undang-undang yang di-fail-kan terhadap JP Morgan bagi penipuan dan manipulasi mereka dalam pasaran perak. Namun disebabkan JP Morgan dikatakan 'kebal' terhadap tindakan undang-undang ini (memandangkan mereka adalah agen kerajaan Amerika Syarikah), mungkin saman yang difailkan tidak langsung dibawa ketengah. Namun perkara ini akan menyebabkan orang ramai lebih sedar dan terpukul dengan realiti penimuan dan manipulasi yang berlaku dalam pasaran perak.

29. US Dollar telah menjadi mata wang rizab dunia sehingga kini. Tetapi sekarang seluruh pasaran kewangan global sudah tahu yang US Dollar sudah hampir kepada pengakhirannya. US Dollar dijangka mati dalam dekad ini dan kegawatan ekonomi yang sangat besar akan berlaku. Adalah belum terlambat jika anda mahu menelamatkan diri dari krisi besar ini, perak adalah salah satu penyelesaiannya.

30. Harga perak hari ini dikatakan sekurang-kurangnya 25 kali labih bernilai dari harga hari ini.



Kesimpulan : 
1. Permintaan perak sekarang sentiasa melebihi pengeluarannya. Maka, harga perak akan melambung.
2. Bekalan perak dunia dijangka akan habis dalam masa terdekat. Maka harga perak akan naik menggila.
3. Harga perak sekarang adalah terlalu rendah dan tidak setimpal dengan nilainya yang sebenar (under valued) akibat manipulasi di peringkat antarabangsa. Maka harga perak akan naik sekurang-kurangnnya 25 kali ganda dari harga hari ini.
4. Penggunaan perak dalam industri semakin hari semakin banyak dan tidak boleh di guna semula (Non-Recyclable). Maka harga akan melambung.






Baca lagi artikel yang berkaitan :









Apa tunggu lagi? Dapatkan perak anda hari ini juga!
Untuk maklumat lanjut, hubungi :

MUKHLIS
012 3133 764
mukhlis.ahmadazam@yahoo.com
Facebook : Mukhlis AAzam





_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...