Saturday, June 9, 2012

6 Kebaikan Kerja dan Bisnes Part Time



10 tahun yang lalu, harga nasi lemak hanya 50 sen sahaja sebungkus.
nasi lemak
Berbeza dengan zaman sekarang. Bukan sahaja harga makanan sudah naik, malah harga-harga barangan lain seperti aksesori, rumah, kereta dan banyak lagi turut terkena tempias perkembangan ekonomi dan evolusi kehidupan.
Jika dahulu ibu bapa yang mempunyai gaji RM1,500 ke atas boleh menampung perbelanjaan keluarga. Kini RM3,000 belum tentu dapat menyelesaikan perbelanjaan bulanan.
Hakikat yang perlu kita terima di sini, situasi telah berubah. Khususnya untuk pelajar-pelajar yang masih menuntut ilmu di kolej dan universiti. Kita tidak boleh bergantung pada ibu dan bapa semata-mata.
penuntut ilmu di kolej universiti
Evolusi perlu berlaku terhadap diri sendiri. Di mana ketika usia kita mencecah 17 tahun ke atas, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari wang perbelanjaan sendiri tanpa perlu menagih simpati daripada kedua-dua ibu bapa.
Terdapat dua alternatif yang boleh diambil oleh para pelajar iaitu:
  1. Bekerja secara part time.
  2. Memulakan perniagaan secara part time.

3 Kebaikan Kerja Part Time

Terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan secara part time. Ini bermakna pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mencari pendapatan sampingan, bagi menampung kos-kos kehidupan seperti:
  • Yuran pengajian kolej.
  • Makan dan minum harian.
  • Membeli buku atau barang-barang keperluan kolej.
Terdapat 3 kebaikan yang jelas apabila pelajar memilih untuk bekerja secara part time iaitu:
#1 – Tahu Potensi Pendapatan Setiap Bulan
Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk bekerja dengan lebih gigih.
Kerana kita sudah jelas terhadap hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time. Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.
#2 – Tidak Mensia-siakan Masa Terluang
Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensia-siakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif pada hari cuti.
melepak dan membuang masa
Dengan menggunakan masa-masa terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk menampung kehidupan seharian.
#3 – Belajar Pelbagai Perkara Baru
Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar kehidupan.
Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk berkomunikasi dengan para pelanggan.

3 Kebaikan Bisnes Part Time

Berbeza dengan kerja, bisnes memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Memulakan bisnes sendiri adalah tindakan yang berisiko bagi para pelajar.
Namun berniaga adalah cara yang terbaik untuk pelajar memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana. Antara kebaikan berniaga secara part time adalah:
#1 – Menguruskan Masa Dengan Lebih Efektif
“Better three hours too soon, than one minute too late.” – William Shakespeare
Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja secara part time. Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri, dan tidak menurut mana-mana pihak atasan.
pengurusan masa yang amat penting
Apabila kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej dan sebagainya.
#2 – Bebas Kewangan Lebih Awal
Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.
Situasi ini berlaku terhadap seorang usahawan wanita yang saya kenali. Beliau cuma berusia 23 tahun, tetapi empayar perniagaannya sudah menembusi pasaran luar negara.
Nasihat beliau untuk para pelajar yang ingin memulakan perniagaan adalah,
“Mula berniaga sekarang. Kerana lebih banyak kita buat dan belajar, maka lebih cepat untuk kita berjaya.”
#3 – Potensi Pendapatan Tidak Terhad
“9/10 rezeki datang daripada perniagaan”
Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.
Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaansemasa di kolej lebih mudah untuk mencapai kekayaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

Pengurusan Wang Lebih Penting

Walaupun kita mempunyai pilihan sendiri untuk memilih kerja atau bisnes part time, namun perkara paling utama adalah menitikberatkan kemahiran pengurusan wang.
pengurusan wang
Mempunyai wang yang banyak tidak akan menjamin kehidupan yang senang dan bahagia. Tetapi pengurusan wang yang baik dapat membantu mengurus kehidupan kita dengan lebih baik dan juga teratur.


_____________________________________________


Apa tunggu lagi? Fast action fast result!
Jom sertai saya bersama GCP untuk menjadi ushawan emas!

Kenapa?

1. Tak dapat jual pun anda tidak rugi, emas tiada tarikh luput! Malah makin di biar makin tinggi harganya. Itu rahsia kedai emas tak pernah tutup walau sudah seabad lamanya! Sebab itu orang selalu kata, simpan emas untung, jual emas lagi untung!
2. Modal sangat rendah. Tidak perlu modal pun anda sebenarnya boleh. Ramai yang tidak tahu!
3. Ramai orang sudah tahu dan sedar tentang kepentingan emas dan perak. Ramai sudah celik emas. Kerja anda cuma menawarkan perkhidmatan terbaik sahaja! Tak perlu cerita panjang lagi tentang kepentingan menuimpan emas. Mudah kan?


Tekan pada link dibawah untuk maklumat lanjut.


Atau hubungi saya :
Mukhlis bin Ahmad Azam
012 3133 764


_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...