Friday, June 29, 2012

Emas & Perak adalah matawang rasmi di UTAH




Utah merupakan sebuah negeri dalam Amerika Syarikat, terletak di bahagian barat US dengan populasi mencecah 3 juta orang. 


Artikel asal di siarkan pada 29 Mei 2011.

Utah - Kebanyakan orang yang mengumpuk syiling emas dan perak keluaran 'United States Mint' adalah sebagai koleksi, simpanan atau pelaburan, bukan untuk membeli slurpee di 7-eleven. 

"Tindakan membeli slurpee menggunakan syiling perak adalah bodoh" kata Tom Jurkowsky, yang merupakan jurucakan kepada mengeluar utama syiling perak di US. "Walaupun perbuatan terebut adalah tidak menjadi suatu kesalahan" sebutnya lagi.


  



Nilai sebenar 1 ounce syiling perak American eagle adalah lebih kurang USD38 merujuk kepada harga perak hari ini, walaupun pada permukaan syiling tersebut di ukir 1 Dollar. Pada masa yang sama, hari ini, pihak pemerintah Utah telah meluluskan undang-undang dan menggalakkan penggunaan syiling emas dan perak dalam urusan jual beli hari-hari. Nilai syiling tersebut akan mengikut nilai semasa harga emas dan perak, dan bukan pada ukiran muka syiling tersebut.

Undang-undang ini disebut sebagai 'Legal Tender Act of 2011', yang antaranya di sokong kuat oleh penyokong parti Teh (Tea Party Supporters), yang mana mereka percaya yang Dollar US sepatutnya disandarkan kepada logam berharga emas dan perak, dan pentadbiran dan polisi Obama hari ini boleh menyebabkan kejatuhan teruk mata wang. Undang-undang tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Amerika Syarikat. Dilaporkan beberapa negeri lain termasuk Minnesota, Idaho dan Georgia sedang mempertimbangkan untuk mengaplikasikan undang-undang yang sama.

Encik Jurkowsky berkata undang-undang baru tersebut adalah helah politik sahaja dan tidak akan dilaksanakan sebenar-benarnya. Tetapi penyokong undang-undang ini berkata, ini adalah lebih dari sekadar permainan politik. Ini adalah satu permulaan kepada perubahan besar yang akan dilakukan. Satu hari nanti Utah akan mengeluarkan sendiri syiling perak dan emasnya.

"Ini adalah satu langkah penambah baikan dalam menjadi sebuah negeri yang lebih hebat" berkata Lowell Nelson, penyelaras kepada kempen kebebasan di Utah  (Campaign for Liberty in Utah), dari kumpulan kebebasan yang diketuai oleh Ron paul. "Jika kerajaan persekutuan tidak akan melakukannya, maka kita di sini (Utah) harus boleh mewujudkan satu sistem kewangan yang lebih kuat bagi menangani krisis kewangan dan ekonomi yang pasti akan berlaku" katanya lagi.

Utah merupakan sebuah negeri yang berpegang kuat dengan amalan tradisi, namun pastinya ada alasan-alasan yang kuat mengapa undang-undang baru ini dicipta.

Bagi kebanyakan penyokong, undang-undang baru merupakan persediaan yang telah dilakukan oleh institusi pengasas berkuasa Utah, Gereja Yesus Kristus Saints baru-baru ini. Kebanyakan penyokong undang-undang percaya bahawa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan US sekarang akan menyebabkan negara bankrap dan kadar inflasi yang melambung tinggi. Pemilikan emas dan perak mampu menyelamatkan diri dari situasi sebegitu.

"Kita sepatutnya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini" kata Encik Nelson, yang terlibat dalam mensyuarat awal dengan pengubal undang-undang negeri mengenai undang-undang baru ini.


The front — or obverse — includes an image representing “the miracle of the gulls,” an important story in Mormon folklore in which seagulls are said to have suddenly appeared and eaten insects that were destroying the first crops Mormon settlers raised, a year after arriving in Utah in 1847

Wayne Scholle, pengarah pemasaran bagi Old Mint Glory di Sepanyol Fork Utah, ada mempamirkan duit syiling peringatan syarikat yang baru dihasilkan bagi meraikan undang-undang baru ini. Beliau berharap duit syiling ini akan menjadi model untuk duit syiling perak dan emas yang bakal dikeluarkan oleh pemerintah Utah sendiri suatu hari nanti. "Bersedialah dalam melindungi diri anda" ujar Encik Scholle juga.


Baca lagi :






_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...