Thursday, July 5, 2012

Emas vs Perak (Bahagian 1)




Jika anda ada ingin membuat pelaburan atau simpanan dalam emas dan perak, yang mana anda akan pilih? Emas atau perak? Yang mana mempunyai potensi kenaikan harga yang lebih tinggi? Apakah faktor-faktor yang perlu dilihat dalam membuat keputusan ini? Yang mana lebih penting? Emas atau perak?

Kebanyakan orang yang baru-baru saya kenal ada menyebut mereka lebih meminati perak, kerana menurut mereka harganya mempunyai potensi kenaikan yang lebih besar berbanding emas. Pihak-pihak yang menyokong perak ini percaya yang perak boleh naik sekurang-kurangnya 11 kali ganda lagi, berbanding emas dengan hanya 5 kali ganda. Contoh dengan mengambil harga $10/ounce perak dan $600/ounce emas, perak boleh mencecah harga $110/ounce (11 kali ganda) dan emas pula $3000/ounce (5 kali ganda) dengan mudah.

Tidak dapat dinafikan, apa yang disebutkan ada kebenarannya. Dan perak memang akan beraksi lebih baik berbanding emas dalam satu tempoh yang panjang. Dan apabila dollar akhirnya jatuh dan menjadi tidak bernilai lagi, harga emas dan perak akan mendatar dan hanya akan ditentukan oleh permintaan dan pengeluaran tempatan dan antara bangsa semata-mata. 

Selain dari potensi kenaikan perak dan potensi pelaburan perak yang lebih baik dari emas, ramai orang ada menyebut yang sebab kedua kenapa perlu memilih perak adalah kerana perak mempunyai permintaan yang jauh lebih tinggi di dalam industri berbanding emas. Perkara ini memang tidak dinafikan dan memang ada asasnya di situ.

Namun, kedua-dua sebab ini tidak lagi berasas bila dollar jatuh tersungkur dan tiada nilai nanti. Kenapa? Pertamanya bila dollar jatuh dan sudah tiada nilai, dan perak mencapai harga sasarannya iaitu $110/ounce, dan katakan anda mempunyai sebukit perak, pada siapa anda ingin menjualnya? Matawang apa pula yang anda akan gunakan dalam urus niaga ini?

Berpatah balik kepada sejarah, apabila dollar menjadi tidak bernilai seperti yang pernah berlaku kepada duit Jerman selepas perang dunia ke 2, negara kita akan menjadi kucar kacir samada dalam ekonomi, kewangan atau secara fizikalnya. Orang hanya akan menggunakan dollar sebagai bahan bakar untuk memanaskan badan ketika itu. Dengan kata lain, sudah tiada sistem kewangan untuk anda membuat untung dari perak anda.

Kemudian berkenaan kegunaan perak dalam industri, bila tiada mata wang, maka akan tiadalah permintaan dari industri akibat tiada mata wang, dan akibatnya tiadalah perdagangan dan jual beli. Maka pelaburan perak di situ adalah sia-sia sahaja.

Saranan saya, mungkin anda boleh menyimpan perak dalam bentuk syiling (dan bukan bar yang besar-besar) supaya ia boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk suatu hari nanti. Namun kelemahan perak adalah pada berat dan isi padu-nya. Ini akan mengakibatkan kesukaran dalam menyimpan dan membawanya kelak. Untuk menyimpan kekayaan dengan perak, anda perlu menyimpan sejumlah perak yang sangat banyak. Akibatnya anda akan menghadapi kesukaran dalam menyimpan perak-perak tersebut akibat isi padu dan saiz nya yang besar dan berat. Dalam situasi krisi di mana keadaan menjadi kucar kacir, adalah sangat susah dan hampir mustahil jika anda ingin lari dengan semua perak yang anda miliki. Jika anda simpannya pada bank atau bilik kebal swasta, adakah anda fikir yang bank dan syarikat swasta akan buka pada waktu-waktu krisis dan kucar kacir? Apa yang berlaku adalah 1 ounce perak pun anda mungkin tidak dapat perolehi. 

Melihat dari sudut emas pula, jika anda ada rezeki lebih, anda patut tukarkan sebahagian darinya kepada emas. Ini kerana emas adalah penyimpan nilai yang padat. Ia bermaksud, walaupun kecil, nilainya adalah besar. Ia juga lebih mudah di simpan dan dibawa kemana-mana dgn mudah berbanding perak dengan nilai yang sama. Sejarah telah mengajar kita bagaimana orang-orang dulu bila berlaku sesuatu krisis, akan melarikan diri dengan membawa emas di dalam poket atau beg mereka. Jangan tertipu dengan menyimpan perak banyak-banyak, anda boleh menjadi sangat kaya akan datang. Kerana walaupun ia bernilai, anda mungkin terpaksa tinggalkan ia begitu sahaja tampa dapat menggunakannya.





Komen pemilik blog : Anda perlu tetapkan matlamat, kenapa anda menyimpan emas dan perak? Dari situ baru anda boleh rancang strategi yang betul dengan matlamat, kemampuan dan kesesuain anda. Contoh matlamat :
  • Nak tambah pendapatan dengan melabur dalam emas dan perak?
  • Nak jadi kawa ddan jutawan dengan emas dan perak?
  • Nak selamatkan diri dari krisis ekonomi dan kewangan yang akan datang?
  • 'Safe heaven'
  • Sebagai harta pusaka?
  • Sebagai penyimpan nilai dari dimamah inflasi?
  • Simpanan jangka panjang?
  • Muamalat/Jual beli? Dinar dirham?
  • Keluar dari sistem matawang kapitalis? Riba?
  • lain2.

Jadi apa kata anda, emas atau perak? Anda tentukan sendiri.










_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...