Showing posts with label spread. Show all posts
Showing posts with label spread. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)





SPREAD 0%

Bagaimana ingin mendapatkan spread 0%? Jawapannya adalah dengan menjualnya kepada orang lain. Ini mudah dilakukan jika anda adalah seorang dealer atau peniaga emas. Katakan anda seorang dealer membeli emas dengan harga RM200 segram (harga untuk pelanggan biasa adalah RM205 segram). Setahun berlalu dan emas telah naik ke RM240 segram, atau 20%. Untuk untung 20% juga, janganlah jual kepada syarikat semula, namun cari pembeli dan offer harga rendah (harga dealer). Katakan harga pelanggan ketika itu adalah RM246 segram. Jika anda jual dgn harga diskaun RM240 segram, anda telah untung 20%. Namun jika anda pandai berniaga dan dapat menjual dgn harga pelanggan biasa atau rendah sedikit dari itu, anda sudah untung lebih lagi dari hanya 20%!!

Sebab itu saya sangat menggalakkan anda untuk menjadi dealer walaupun anda tidak minat untuk berniaga dan sekadar mahu beli emas untuk simpanan dan pelaburan sendiri. Dengan menjadi dealer, anda akan dapat membeli dengan harga premium yang bukan sahaja rendah, malah spread juga rendah. Dengan cara ini anda dapat memaksimakan lagi keuntungan anda dari menyimpan emas. Malah jika anda dapat mencari pelanggan, anda lebih untung.

Dengan membeli dan menyimpan emas, anda dapat menyelamatkan duit anda dari inflasi dan menggandakan jumlah duit itu. Namun dengan berniaga emas dan perak, anda bukan sahaja menghasilkan duit baru. Maka strategi terbaik untuk menggandakan pulangan dalam emas dan perak adalah dengan menyimpan sambil berniaga. Ini bukan lagi rahsia.






__________________________________________________



TERUSKAN PEMBACAAN!!


KENAPA KITA WAJIB JADI KAYA?? artikel asal oleh PAKDI
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/bila-ada-orang-kata-kita-tak-perlu-jadi.html

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/kenapa-berniaga-emas-perak.html

KENALI GCP!!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/gold-crest-pavilion-gcp-kenali-gcp.html

MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH GCP!!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/kenapa-perlu-berniaga-emas-dgn-gcp.html

CARA MENDAFTAR UNTUK JADI DEALER GCP!!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/bagaimana-untuk-mendaftar-menjadi.html

20 FAKTA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG GCP
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/08/20-fakta-yang-harus-anda-tahu-tentang.html

FAQ (Bahagia 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/q-part-1.html

FAQ (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/q-part-2.html

PERAK AKAN LEBIH BERHARGA DARI EMAS!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/perak-akan-lebih-bernilai-dari-emas.html

30 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI PERAK SEKARANG!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/30-sebab-kenapa-perak.html





_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!






Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)





Sambungan dari bahagian 1


PREMIUM vs SPREAD

Secara mudahnya premium adalah penting sekiranya anda membeli produk emas atau perak yang tiada jaminan belian semula (buy back guaranty). Produk-produk begini biasanya adalah produk antarabangsa dan dari luar negara. Jika anda membeli produk-produk seperti ini untuk pelaburan dan simpanan, maka adalah lebih baik untuk anda membeli emas atau perak yang mana premium-nya adalah yang paling rendah. Kenapa? Ini adalah supaya anda dapat memaksimakan keuntungan anda apabila anda ingin menjual balik emas atau perak tersebut.

Kebiasaannya bila satu-satu produk ingin dijual semua, harga yang ditawarkan mestilah menarik, dengan erti kata lain, dekat dengan 'spot price' (premium rendah). Tiada orang yang ingin membeli emas dengan harga yang tinggi (dari haga semasa/dari harga spot price). Lagi lagi jika produk tersebut produk lama. Sebab jika anda menjual dengan harga premium yg sama (sewaktu anda membeli produk tersebut dulu), lebih baik orang beli yang baru, kerana harganya adalah sama.

Katakan anda membeli emas dengan premium yang tinggi, contohnya 20%, maka bila anda ingin menjualnya semula, anda perlu mencari pelanggan sendiri. Ini kerana produk ini tiada jaminan beli semula (buy back guaranty) dari orang atau syarikat yang menjualnya dahulu. Maka untuk mendapatkan untung dari kenaikan harga (capital appreciation), anda perlu menjualnya dengan harga yang tinggi juga (premium yang tinggi), akibatnya orang tidak berminat untuk membeli produk anda.

Contoh, pada awal tahun 2012 anda membeli emas seketul dgn premium 20%. Pada hujung tahun 2012, harga emas telah naik sebanyak 25%. Jika anda mahu keuntungan 25%, maka anda terpaksa menjualnya dengan harga premium 20% juga, dengan kata lain harga adalah mahal. Dan saya yakin tidak ramai yang berminat untuk membelinya. Dan bila terdesak, anda akan menurunkan harga, mungkin serendah premium 5% sahaja. Bila ini berlaku, anda cuma untung 10% sahaja. Namun bagaimana jika anda terpaksa jual pada harga spot? atau lebih rendah dari harga spot sbb sgt terdesak untuk menggunakan duit? Silap2 anda rugi walaupun harga emas sebenarnya naik.

Namun katakan anda dapat beli emas dgn premium serendah 5% dan dalam masa setahun emas naik sebanyak 25%. Jika anda jual emas anda pada harga 5% lebih rendah dari harga spot sekali pun, anda masih untung 15%!!







Namun untuk spread pula, ia adalah penting jika anda membeli produk yang ada jaminan belian semula (buy back guaranty). Ini kerana jaminan belian semula adalah jalan penyelamat untuk anda sekiranya anda tidak dapat menjual kepada orang lain produk yang anda telah beli dahulu. Ataupun jika anda bukan penjual dan pelabur semata-mata, spread yang menentukan samada pulangan anda tinggi mana.

Memang betul kenaikan harga emas setahun adalah tinggi sehingga boleh mencecah 30% sehingga 50% seperti yang berlaku sekitar 2006 sehingga 2009. Namun jika spread anda tinggi, katakan 30%, dan kenaikan emas juga adalah 30%, maka keuntungan anda adalah 0% atau tiada apa2. Bagaimana pula jika kenaikan emas cuma 20% sahaja dan spread anda 30%? Anda telah rugi 10%. Maka pelaburan emas anda telah gagal kerana tiada pulangan, malah anda telah rugi.

Spread kebiasaanya adalah lebih tinggi jika anda membeli suatu produk dari syarikat lain dan menjualnya pada syarikat lain. Tinggi yang dimaksudkan adalah lebih dari 20%. Ini juga selalu berlaku jika anda menjual semula emas pada kedai-kedai emas biasa seperti Poh Kong, Habib Jewel dan Wah Chan. Kadang2 spread mereka boleh jadi setinggi 30% ke 40%. Jika emas anda cacat seperti bengkok, kemik, calar dan patah, spread mungkin setinggi 50% diberi!!

Spread yang lebih sederhana kebiasaannya dijanjikan jika anda membeli produk emas atau perak dan menjual semula produk tersebut kepada syarikat yang sama. Sederhana yang dimaksudkan adalah 15% dan kebawah.

Spread yang rendah boleh anda perolehi jika anda menjadi dealer satu-satu syarikat. Ada sesetengah syarikat menawarkan spread serendah 5% dan kebawah!! Ini bermaksud jika emas naik 25%, anda sudah untung 20% jika spread adalah 5% sahaja.





Bersambung di bahagian 3.
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.htm


Baca lagi :
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-1.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.html




__________________________________________________




BACA LAGI!!

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!









Monday, October 8, 2012

Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)





Rasanya pasti ramai yang pernah mendengar atau terbaca tentang 3 perkataan atau istilah ini, yg kerap digunakan ketika anda mendengar penjelasan dari penjual atau pengedar emas, mencari atau membaca sesuatu tentang emas mahupun perak. Saya akan cuba menerangkan dgn serba ringkas definisi dan sedikit sebanyak tentang apa yg dimaksudkan dengan perkataan-perkataan ini.


SPOT PRICE

Bahasa mudahnya ialah harga emas mentah. Ia merujuk kepada harga emas semasa yg dipasarkan dan diperdagangkan di pasaran antarabangsa samada di pasaran Asia atau Eropah dan lain2. Harga spot kebiasaannya merujuk kepada emas 999. Harga spot untuk pasaran antarabangsa adalah dalam USD dan dikira untuk 1 Troy Ounce (31.1034768 gram).

Tempat rujukan untuk Harga Spot dalam USD yang kebiasaannya adalah di Kitco.

Untuk Harga Spot dalam RM pula anda boleh lihat di Nubex atau Gold Price Malaysia.




PREMIUM

Harga Jual (oleh pengeluar) - Harga Spot = Premium

Premium merujuk kepada harga yg ditambah (kepada harga spot) oleh pengeluar produk emas atau sesuatu syarikat sebelum menjualnya. Kebiasaannya ia merujuk kepada kos oleh pengeluar atau penjual emas. Kos ini termasuklah keuntungan yang di ambil oleh sesuatu syarikat emas, dan kos-kos lain seperti pengangkutan, keselamatan, insurans, assayer, acuan, operasi, tempaan, pemasaran, perlesenan dan lain-lain. Dengan kata lain :

Harga Spot (emas mentah) + Jumlah Purata Kos Seunit + Keuntungan = Harga Jual

Memandangkan harga spot adalah sama untuk setiap syarikat atau pengeluar emas, maka premium untuk setiap syarikat boleh dikira dalam bentuk peratus.


Satu lagi faktor yang menentukan Premium adalah dari mana sumber emas yang diperolehi oleh sesebuah syarikat atau pengeluar produk emas. Tidak semua syarikat membeli emas mentah terus dari lombong atau pengedar besar emas atau bank-bank besar dunia. Sesetengah syarikat emas membeli emas dari syarikat emas yang lain, kemudian meleburkannya untuk membuat produk keluarannya sendiri. Kebiasaannya syarikat emas yang melakukan seperti ini mempunyai Premium yang lebih tinggi dari syarikat yang mendapatkan sumber emas terus dari lombong/pengedar besar emas mentah atau bank-bank besar dunia.

Ini biasanya berlaku kerana untuk membeli terus emas mentah dari pelombong atau dari bank besar dunia, emas mestilah dibeli dalam jumlah yang sangat banyak (ada belian minimum), dimana syarikat yang kecil dan sederhana mungkin tidak mampu untuk membeli sebanyak itu.

Faktor seterusnya yang membezakan premium adalah samada, satu-satu syarikat emas itu mempunyai kilang untuk menempa dan melebur emas sendiri atau tidak. Syarikat yg mempunyai kilang sendiri kebiasaannya akan mempunyai kos yang lebih rendah seterusnya premium yang lebih rendah dari syarikat yang terpaksa mengupah kilang syarikat lain.



SPREAD

Spread merujuk kepada Peratus Perbezaan Harga antara harga belian dan harga jualan semula (samada belian dan jualan semula dilakukan di syarikat yang sama atau lain). Spread juga selalu disebut sebagai Peratusan Harga Susut (dari harga jualan semasa).


Spread yang rendah merujuk kepada harga belian semula yang tinggi, dan spread yang tinggi merujuk kepada harga belian semua yang lebih rendah. Kebiasaannya spread kedai emas biasa seperti kedai-kedai emas di pasaraya dan lot kedai adalah tinggi berbanding spread dari syarikat emas yang menjual emas melalui rangkaian pengedar. Spread juga adalah lebih rendah jika kita menjual produk sesuatu emas kepada syarikat yang mengeluarkannya. Namun harus di ingat, tidak semua syarikat yang mengeluarkan produk emas menjanjikan belian semula (buy back).

Spread adalah penting terutamanya buat mereka yang melabur emas untuk jangka masa pendek. Ini kerana, spread menentukan secepat mana seseorang pelabur boleh untung bila menjual balik emas yang dibelinya.

Spread bergantung kepada :
1. Samada emas yang dibeli semula oleh syarikat emas adalah produk sendiri atau tidak. Produk sendiri kebiasaannya mempunyai spread yang lagi rendah dari produk syarikat lain.
2. Jenis produk. Produk dalam bentuk bar dan cast kebiasaannya mempunyai spread yang lebih rendah dari barang kemas dan syiling.
3. Bungkusan. Sesetengah produk emas yang telah terbuka bungkusannya akan dikira sebagai emas terpakai (used gold), dan akibatnya spread produk emas tersebut menjadi tinggi.
4. Kerosakan seperti calar, bengkok, kemik, patah dan sebagainya. Sesetengah produk emas yang mempunyai kecacatan akan dikira sebagai emas terpakai (used gold), dan akibatnya spread produk emas tersebut menjadi tinggi.
5. Barang baru atau barang lama. Barang lama kebiasaannya dikira sebagai emas terpakai dan dibeli oleh syarikat emas dengan harga yang rendah (spread tinggi).




Bersambung di bahagian 2.
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html


Baca lagi :
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-1.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.html



__________________________________________________




BACA LAGI!!

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...