Friday, May 18, 2012

Perak akan lebih bernilai dari Emas.






Perak, adalah sejenis logam yang nilainya paling direndahkan (most undervalued) dalam sejarah tamadun manusia. Emas hari ini tidak dapat di nafikan lebih sukar ditemui dan diperolehi berbanding perak, namun bagaimana pula hari-hari berikutnya?



Secara purata kini, setiap 10 oz perak yang dilombong, hanya 1 oz sahaja emas yg dapat dilombong. Namunpun begitu, kebanyakan Perak yang di lombong akan digunakan dalam pelbagai jenis industri. Sedangkan emas yang dikeluarkan dari bumi, kuantitinya terkumpul dan semakin bertambah secara globalnya.

Melihat kepada pelabur logam berharga (precious metal investor), ramai diantara mereka yang melabur lebih kepada emas berbanding perak.

Melihat kepada dunia moden hari ini, perak akan menjadi lebih sukar ditemui dan secara tidak langsung, akan menjadi semakin berharga dari emas. Pada tahun 1950, terdapat lebih kurang 10 bilion oz stok tersedia perak seluruh dunia. pada tahun 1980, jumlah tersebut telah mengecil kepada  3.5 bilion oz dan pada tahun 2010 dianggarkan stok perak yang tersedia di seluruh dunia hanyalah antara 500 juta ke 700 juta oz.



Jika dilihat dari perspektif lain pula, pada tahun 1950, total stok emas tersedia di seluruh dunia adalah lebih kurang 1 bilion oz, dan hari ini di anggarkan jumlahnya mencecah 7 bilion oz.

Pada tahun 1980 apabila harga perak hampir mencecah USD 50 per oz, populasi dunia adalah 2.5 bililon orang. Keluaran negara kasar (KNK/GND-Gross Domestic Product) secara global adalah lebih kurang USD 10 trilion dan negara China mempunyai ekonomi ke 11 terbesar di dunia.



Dan pada tahun 2010, populasi dunia telah meningkat kepada 7 bilion orang. Keluaran negara kasar secara global pula adalah USD 60 trilion dan negara China telah telah mempunyai ekonomi ke 2 terbesar di dunia.



Jadi populasi dunia sejak 1980 ke 2010 telah naik 176%, keluaran negara kasar secara global meningkat sehingga 500%. Stok emas tersedia dunia pula naik 600% tetapi stok perak tersedia dunia telah berkurang sekurang-kurangnya sejumlah 91%. Dan harga perak juga masih rendah, malah turun 46% dari kenaikan tertingginya pada tahun 1980.



 Melihat kepada sejarah, nisbah perak kepada emas yang sepatutnya adalah 15 kepada 1 (15:1).



Namun hari ini apa yang terjadi, nisbah tersebut meningkat kepada 50 kepada 1 (50:1). Ini menunjukkan bertapa perak sebenarnya lebih berharga dari yang sepatutnya. Walaupun kita mengabaikan stok tersedia perak yang ada harini, dan menjadikan nisbah perak kepada emas serendah 10 kepada 1 (10:1), dengan menggunakan harga emas hari ini (2010) yang bernilai USD 1400 untuk setiap oz, harga perak sepatutnya tidak kurang dari USD 104 untuk setiap oz.

Perak kini digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai industri dari sebelum ini, dan adalah maklum yang kuantiti perak hari ini lebih sedikit berbanding kuantiti emas yang tersedia di seluruh dunia. Keperluan dan permintaan perak telah meningkat sehingga 18% untuk tahun lepas sahaja. Dan permintaan ini akan terus meningkat dari hari ke hari.

Perak digunakan dalam pelbagai industri, antaranya kain pembalut luka, bateri, proses pateri,  telefon bimbit, komputer, satelit, senjata berteknologi tinggi, laser, teknologi digital, pakaian, papan litar elektronik, dakwat, panel solar, penapis air, pemprosesan kayu, antena, cip RFID (radio-frequency identification), teknologi tampa wayar, passport dan banyak lagi.

Pada tahun 1990 sehingga 2000 sahaja, hampir 10 bilion oz perak sedia ada habis digunakan. Sedangkan pada tahun 2000, permintaan terhadap perak hanya 35% sahaja, tetapi hari ini telah meningkat ke 54%. Dan melihat kepada perkembangan penggunaan perak, defisit pengeluaran perak hanya akan semakin tinggi.

Negara China sejak 2003 telah mengembangkan teknologi tenaga solar dengan kenaikan sehingga 100% setiap tahun. Pada tahun 2014 dunia akan memerlukan sekurang-kurangnya 130 juta oz perak hanya untuk keperluan 1 tahun dalam menghasilkan solar panel.

Manusia telah menggunakan begitu banyak perak dalam tempoh 50 tahun kebelakang ini, sehingga kali terkahir stok perak tersedia serendah hari ini adalah pada tahun 1300 masihi. Kebanyakan defisit perak yang banyak digunakan hari ini adalah daripada simpanan stok kerajaan. Kerajaan US sahaja telah mengeluarkan 5 bilion oz perak dari simpanannya ke dalam pasaran perak sejak perang dunia ke 2. Dan sehingga tahun 2010, merujuk kepada USGS (United States Geological Survey), stok perak kerajaan US adalah sudah habis.



Pengeluaran dan permintaan defisit ini terus diabaikanoleh pelabur global tahun demi tahun, dekad demi dekad. Jumlah keseluruhan perak yang dilombong pada tahun 2009 adalah sebanyak 710 juta oz sahaja, sedangkan jumlah permintaan perak adalah 889 juta oz pada tahun itu. Jadi defisit pengeluaran adalah sebanyak 179 juta oz untuk memenuhi permintaan pasaran.

Dengan penggunaan perak yang semakin meluas saban hari, dan defisit pengeluaran dan permintaan perak yang berterusan, akan mengakibatkan penggunaan stok perak yang tersedia tampa henti, tampa penambahan stok semula.

FutureMoneyTrends.com telah sebelumnya menganggarkan yang Palladium lebih berharga dari Platinum, menganggarkan yang perak satu hari nanti akan lebih berharga dari emas. Permintaan terhadap perak yang semakin menggila namun pengeluarannya yang tidak pernah cukup, akan menyebabkan stok tersedia di bumi sekarang akan habis pada dekat ini.

Perak, mungkin bakal menjadi pelaburan paling menguntungkan dalam sejarah peradaban manusia. Berapa kerapkah generasi manusia mempunyai peluang untuk melabur dalam sumber asli yang sangat terhad, yang dalam masa terdekat bakal habis.










Baca artikel seterusnya.
30 sebab kenapa anda patut menyimpan perak!
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/30-sebab-kenapa-perak.html

.




______________________________________________________________



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...