Wednesday, May 30, 2012

Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece



harga emas Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece
Saya pernah mengeluarkan semakan harga emas hari ini baru sebelum ini. Lihat apa yang jadi sekarang? Harga emas semasa telah melonjak ke paras yang tinggi baru-baru ini (paras rekod) disebabkan timbul rasa bimbang dan tentang masalah hutang yang menimpa negara-negara di Kesatuan Eropah. Harga emas semasa mencapai rekod? Macam mana tu?
harga emas6 Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece
Walaupun para pemimpin dari Kesatuan Eropah sudah pun mula memperkenalkan pakej menyelamat bernilai $1.34 trilion dengan harapan dapat menghalang krisis kewangan tersebut daripada menjejaskan dunia. Walaubagaimanapaun, kebimbangan tetap ada kerana para pelabur sedang mencari aset lebih selamat untuk dilaburkan apabila melihat nilai matawang Euro semakin jatuh dan merasa risau cara pelaksanaan  yang bakal digunakan oleh European Union (EU) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap pakej tersebut.
harga emas5 Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece
Satu lagi yang dibimbangkan mereka pakej yang disuntik itu tidak mencukupi. Apabila permintaan tinggi, harga emas semasa pasti akan melonjak!!!
  • Harga emas semasa dunia mencapai paras AS$1,242.05 ($1,726.44) setiap ounce di New York 12 Mei 2010 tertinggi sejak Disember 2009
  • Harga emas semasa sebanyak AS$1,232.05 dalam dagangan pada 11 Mei 2010
  • Harga emas semasa telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak awal bulan Februari lalu.
  • Manakala harga emas semasa naik kepada paras AS$1,235.50 bagi setiap auns di Hongkong dalam dagangan pada 12 Mei 2010 iaitu semalam
harga emas7 Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece
Krisis Greece & masalah hutang pastinya telah mencetuskan kebimbangan negara-negara seperti Portugal, Sepanyol dan Italy untuk menerima masalah yang sama. Kebimbangan semakin memuncak dek kerana penarafan hutang luar Greece diturunkan ke tahap `sampah’ oleh Standard & Poor’s dan krisis hutang  Greece menjadi tidak terkawal.
harga emas4 Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece
Greece menggunakan matawang Euro. Jadi signifikannya di sini, kalau Greece mengalami masalah ekonomi, negara-negara Eropah turut akan kena “tempias”. Tempias yang macam mana tidak diketahui lagi. Masalah & krisis ekonomi Greece bermula selepas tamatnya kejohanan Olimpik 2004. Banyak infrastruktur Olimpik di Greece sekarang ini sudah jadi “gajah putih”.
P/S : Sekarang ini ramai pelabur yang tawar hati untuk membeli Euro dan mereka mula beralih arah kepada aset seperti emas. Jadi jikalau harga emas semasa terus melonjak bukan suatu yang mustahil…

Sumber : http://beritasemasa.com/harga-emas-hari-ini-malaysia-2010-semak







"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...