Showing posts with label Genneva. Show all posts
Showing posts with label Genneva. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Syarikat jongkong emas diserbu (GENEVA MALAYSIA)













Syarikat jongkong emas diserbu

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang dipercayai menjalankan urus niaga bernilai kira-kira RM4 bilion termasuk melibatkan pelaburan kerajaan negeri dan orang kenamaan (VIP) diserbu pihak berkuasa hari ini. Serbuan itu dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Difahamkan, siasatan dan serbuan terhadap syarikat itu yang terletak di Jalan Kuchai Lama di sini dilakukan setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis baru-baru ini. Sumber memberitahu, syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Menurutnya, syarikat itu bagaimanapun ditutup dan pemiliknya menghilangkan diri selepas kegiatan mereka terbongkar.

"Bagaimanapun, pemilik syarikat sama dipercayai kembali menubuhkan syarikat pelaburan baru menggunakan nama lain untuk memperdayakan pelabur. "Kali ini, syarikat berkenaan menawarkan pelaburan emas bagi menarik pelabur yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kerajaan negeri, VIP dan artis," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, ada beberapa mangsa sanggup membuat pelaburan mencecah jutaan ringgit kerana dijanjikan pulangan yang lumayan.

Difahamkan, selain menawarkan pelaburan kepada rakyat tempatan, syarikat berkenaan turut mempunyai cawangan di Singapura dan memperdayakan pelabur di negara jiran itu. Menurut sumber itu, aktiviti penipuan pelaburan emas itu berkembang luas di seluruh negara tetapi laporan polis paling banyak diterima daripada mangsa di Perak. Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan di sini memaklumkan bahawa satu operasi serbuan telah dilakukan hari ini terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguat kuasa berkenaan. "Jabatan Hal Ehwal Komer**** Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di republik itu. "Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Pada Mei lalu, sebuah akhbar melaporkan transaksi jual beli dan pelaburan emas syarikat Genneva Malaysia didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syariah dan undang-undang negara. Ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.

Pada 1 Ogos lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan emas itu yang didakwa menjalankan urus niaga syariah tidak mematuhi  keputusan muzakarah itu. Sementara itu, kira-kira 400 pelabur dan juru runding syarikat itu berkumpul di hadapan pejabat syarikat tersebut sejak petang ini selain terkejut dengan serbuan pihak berkuasa. Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana mendakwa syarikat berkenaan beroperasi secara sah dan tidak pernah menipu pelanggan sejak ditubuhkan pada tahun 2010.

Seorang jururunding yang ditemui Mohd. Sani Royan, 52, berkata, urusan perniagaan di syarikat pelaburan tersebut berjalan lancar sejak dua tahun lalu sebaik sahaja dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, malah urus niaga pelaburan emas di syarikat tersebut adalah berdasarkan syariah supaya orang Islam boleh melabur emas dalam bentuk jongkong dan tablet.

"Saya yakin syarikat ini adalah betul dan membawa keuntungan berpatutan kepada pelabur termasuk saya yang merupakan seorang pesara kerajaan. "Kami sebenarnya menjadi mangsa pesaing dari syarikat lain yang cemburu dengan kejayaan syarikat ini," katanya.











Pesanan admin :
Pelaburan emas memang tidak dinafikan adalah antara simpanan dan pelaburan yang baik. Namun begitu banyak pihak yang akan mengambil peluang dalam situasi emas yg begitu hot sekarang ini untuk mengaut untung secara mudah dan haram. Maka, berhati-hatilah. Selain dari membeli dan menyimpan emas fizikal, yang lain tinggalkan sahaja.




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!








Tuesday, September 11, 2012

Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) scam/skim/penipuan??






Antara soalan yang kerap ditanya, adakah VGMC merupakan satu scam/skim??

Terus terang saya bukan lah orang yang arif dalam menentukan samada betul Virgin Gold Mining Corporation atau VGMC adalah suatu penipuan, suatu skim atau scam. Namun syarikat ini disenaraikan dalam laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai pelaburan yang tidak sah dan diminta berhati-hati. 





Tekan pada gambar untuk resolusi penuh

Pada saya ini sudah cukup untuk saya katakan tidak pada VGMC.




Lihat juga pautan berikut :

SENARAI LAMAN WEB/PRODUK PELABURAN/SYARIKAT YANG TIDAK DIIKTIRAF SC (TEMPATAN) - oleh SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Namun keputusan di tangan anda.
Wang anda, uruslah ia dengan bijak.





Baca lagi :
SYARIKAT GENNEVA MALAYSIA SDN. BHD. TIDAK PATUH SYARIAH









_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!




Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak patuh syariah



Patuh Syariah?


Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
    
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
     
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
     
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.



Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-jual-beli-dan-pelaburan-emas-yang-dijalankan-oleh-syarikat-genneva-malaysia-s




_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...