Showing posts with label Dr Azizan Osman. Show all posts
Showing posts with label Dr Azizan Osman. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Dr Azizan Osman – 3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang



Adakah kita sedar punca kemiskinan datangnya daripada minda? Seminar Wang Power yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman untuk sesi yang pertama menjurus kepada penekanan minda terhadap wang dan kekayaan.
Menurutnya, perbezaan ketara antara minda orang kaya dan orang miskin adalah cara mereka berfikir terhadap wang.

Kebocoran Wang – Masalah Kritikal Rakyat Malaysia

Beliau juga turut menerangkan, rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.
Seminar Wang Power - Tip Pengurusan Wang
Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.
Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’
Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.


3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.
  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.
Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit
Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.
Seminar Wang Power - Jangan Bagi Pinjam Duit
Justeru itu, nasihat Dr. Azizan Osman terhadap lebih 2,000 peserta di Seminar Wang Poweradalah kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.
Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.
Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:
“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”
Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.
Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.
Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan
Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.
Seminar Wang Power - Tahu Kehendak Tahu Keperluan
Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.
Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.
“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”
Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang
“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”
Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.
Seminar Wang Power - Belajar Simpan Wang
Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.
Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.

1 Tindakan, Ubah Hidup Jadi Luar Biasa



Artikel asal : http://www.majalahniaga.com/dr-azizan-osman-3-rahsia-menampal-kebocoran-wang.html
Ditulis oleh  pada 11 Apr 2012 dalam Tip Kewangan






"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Seminar Wang Power – 3 Rahsia Kekayaan



Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai rahsia wang dan kekayaan yang dikongsikan oleh dua penceramah hebat iaitu Dr. Azizan Osman dan Abang Abu.
Seminar Wang Power - 3 Rahsia Kekayaan
3 rahsia kekayaan ini hanya 10% daripada perkongsian keseluruhan seminar ini.
Rahsia #1 – Skim Cepat Kaya Adalah ‘Skim Cepat Miskin’
Skim-skim cepat kaya yang wujud di Malaysia ini tidak akan sesekali memberikan kekayaan kepada kita. Dr. Azizan Osman menggelarkan skim cepat kaya adalah alternatif terbaik untuk kita menjadi lebih miskin dengan pantas.
Justeru itu, katakan tidak pada skim cepat kaya.
Rahsia #2 – Rahsia Kekayaan Wang – Senyum
Senyum adalah satu sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, Tuhan akan memberikan keluasan pintu rezeki kepada hamba-hambaNya. Dalam kes wang dan kekayaan, manusia sering mengalami tekanan kerana tidak cukup wang setiap bulan.
Seminar Wang Power - Senyuman Itu Kekayaan
Antara jalan terbaik untuk menguatkan asas kewangan dan kekayaan adalah belajar untuk senyum kepada orang ramai. Kajian saintifik yang diberitahu oleh Dr. Azizan Osman, senyuman dapat memudahkan kita untuk menarik lebih banyak kekayaan dan perkara yang positif dalam kehidupan.
Rahsia #3 – Simpan Untuk Labur
Antara perkongsian emas yang diberikan oleh Abang Abu mengenai wang adalah strategi menyimpan. Walaupun ramai yang tahu strategi menyimpan wang adalah strategi yang berkesan, tetapi majoritinya tersilap faham tentang konsep disebaliknya.
Ramai yang menganggap kita perlu menyimpan wang dan terus menyimpan. Cara ini adalah tidak betul dan tidak berkesan untuk zaman ini. Kerana kadar inflasi dan harga barang semakin meningkat.
Lebih menyedihkan, kita tidak boleh mengawal keadaan ini. Justeru itu, cara yang betul untuk melaksanakan strategi menyimpan wang ini adalah mengamalkan teknik ‘simpan dan labur’.
Bermakna, apabila kita mempunyai wang simpanan yang sudah mencukupi, buat pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Antara pelaburan yang terbaik dan sentiasa menguntungkan kita adalah pelaburan ilmu.
Artikel asal : http://www.majalahniaga.com/seminar-wang-power.html
Ditulis oleh  pada 09 Apr 2012 dalam Tip Kewangan



_________________________________________________________________________________




Tips Rahsia jadi Kaya oleh Abang Abu

1. Untuk jadi kaya MESTI kenal dengan ramai orang, Allah menyalurkan rezeki melalui orang ramai dan sebab itu jika anda memberi banyak manfaat kepada orang ramai anda akan terpaksa kaya dan berjaya
2. Untuk kaya dan berjaya, anda mesti suka tengok kejayaan orang lain dan tetapkan niat untuk berjaya seperti orang tersebut.
3. Selalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan dan sentiasa berdoa untuk mendapat lebih banyak dan banyakkk
4. Sentiasa seronok dengan apa yang anda buat, jika bekerja , seronok dengan kerja anda, jika berniaga..seronok dengan perniagaan anda..kuncinya ialah F.U.N
5. Untuk kaya dan berjaya dunia akhirat  mesti ada M.A.P
Untuk kaya dan berjaya dunia
M= Minda yang +ve
A= Action
P= Planning yang betul
Untuk kaya dan berjaya Akhirat
M= Mentor ( Nabi Muhammad s.a.w )
A= Allah yang maha esa
P= Pegangan  (SOLAT)
6. Dan yang last sekali, untuk kaya dan berjaya mestilah G.E.T R.I.C.H
G= Getup early
E=Earn more than u spend
T=Train yourself to generate more skill and more money
R=Resource Network, kenal lebih ramai orang yang berilmu
I=Invest , terutama nya pelaburan ilmu
C=Charity , derma kerana bukan semua yang kita dapat itu adalah hak kita
H=Habit, jadikan semua perkara diatas sebagai kebiasaan..














"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...