Thursday, October 18, 2012

Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)





Sambungan dari bahagian 1


PREMIUM vs SPREAD

Secara mudahnya premium adalah penting sekiranya anda membeli produk emas atau perak yang tiada jaminan belian semula (buy back guaranty). Produk-produk begini biasanya adalah produk antarabangsa dan dari luar negara. Jika anda membeli produk-produk seperti ini untuk pelaburan dan simpanan, maka adalah lebih baik untuk anda membeli emas atau perak yang mana premium-nya adalah yang paling rendah. Kenapa? Ini adalah supaya anda dapat memaksimakan keuntungan anda apabila anda ingin menjual balik emas atau perak tersebut.

Kebiasaannya bila satu-satu produk ingin dijual semua, harga yang ditawarkan mestilah menarik, dengan erti kata lain, dekat dengan 'spot price' (premium rendah). Tiada orang yang ingin membeli emas dengan harga yang tinggi (dari haga semasa/dari harga spot price). Lagi lagi jika produk tersebut produk lama. Sebab jika anda menjual dengan harga premium yg sama (sewaktu anda membeli produk tersebut dulu), lebih baik orang beli yang baru, kerana harganya adalah sama.

Katakan anda membeli emas dengan premium yang tinggi, contohnya 20%, maka bila anda ingin menjualnya semula, anda perlu mencari pelanggan sendiri. Ini kerana produk ini tiada jaminan beli semula (buy back guaranty) dari orang atau syarikat yang menjualnya dahulu. Maka untuk mendapatkan untung dari kenaikan harga (capital appreciation), anda perlu menjualnya dengan harga yang tinggi juga (premium yang tinggi), akibatnya orang tidak berminat untuk membeli produk anda.

Contoh, pada awal tahun 2012 anda membeli emas seketul dgn premium 20%. Pada hujung tahun 2012, harga emas telah naik sebanyak 25%. Jika anda mahu keuntungan 25%, maka anda terpaksa menjualnya dengan harga premium 20% juga, dengan kata lain harga adalah mahal. Dan saya yakin tidak ramai yang berminat untuk membelinya. Dan bila terdesak, anda akan menurunkan harga, mungkin serendah premium 5% sahaja. Bila ini berlaku, anda cuma untung 10% sahaja. Namun bagaimana jika anda terpaksa jual pada harga spot? atau lebih rendah dari harga spot sbb sgt terdesak untuk menggunakan duit? Silap2 anda rugi walaupun harga emas sebenarnya naik.

Namun katakan anda dapat beli emas dgn premium serendah 5% dan dalam masa setahun emas naik sebanyak 25%. Jika anda jual emas anda pada harga 5% lebih rendah dari harga spot sekali pun, anda masih untung 15%!!







Namun untuk spread pula, ia adalah penting jika anda membeli produk yang ada jaminan belian semula (buy back guaranty). Ini kerana jaminan belian semula adalah jalan penyelamat untuk anda sekiranya anda tidak dapat menjual kepada orang lain produk yang anda telah beli dahulu. Ataupun jika anda bukan penjual dan pelabur semata-mata, spread yang menentukan samada pulangan anda tinggi mana.

Memang betul kenaikan harga emas setahun adalah tinggi sehingga boleh mencecah 30% sehingga 50% seperti yang berlaku sekitar 2006 sehingga 2009. Namun jika spread anda tinggi, katakan 30%, dan kenaikan emas juga adalah 30%, maka keuntungan anda adalah 0% atau tiada apa2. Bagaimana pula jika kenaikan emas cuma 20% sahaja dan spread anda 30%? Anda telah rugi 10%. Maka pelaburan emas anda telah gagal kerana tiada pulangan, malah anda telah rugi.

Spread kebiasaanya adalah lebih tinggi jika anda membeli suatu produk dari syarikat lain dan menjualnya pada syarikat lain. Tinggi yang dimaksudkan adalah lebih dari 20%. Ini juga selalu berlaku jika anda menjual semula emas pada kedai-kedai emas biasa seperti Poh Kong, Habib Jewel dan Wah Chan. Kadang2 spread mereka boleh jadi setinggi 30% ke 40%. Jika emas anda cacat seperti bengkok, kemik, calar dan patah, spread mungkin setinggi 50% diberi!!

Spread yang lebih sederhana kebiasaannya dijanjikan jika anda membeli produk emas atau perak dan menjual semula produk tersebut kepada syarikat yang sama. Sederhana yang dimaksudkan adalah 15% dan kebawah.

Spread yang rendah boleh anda perolehi jika anda menjadi dealer satu-satu syarikat. Ada sesetengah syarikat menawarkan spread serendah 5% dan kebawah!! Ini bermaksud jika emas naik 25%, anda sudah untung 20% jika spread adalah 5% sahaja.





Bersambung di bahagian 3.
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.htm


Baca lagi :
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-1.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.html




__________________________________________________




BACA LAGI!!

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...