Showing posts with label kebocoran wang. Show all posts
Showing posts with label kebocoran wang. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Durian runtuh, nak buat apa?





Saya tiada-lah dapat durian runtuh atau pernah dapat durian runtuh. Tapi beberapa orang yang saya kenal di sekeliling saya, ada. Kebiasaannya dari bonus, harta pusaka ataupun hadiah. Jadi biasa ada 3 cara untuk makan durian runtuh ini seperti apa yang dikatakan oleh Pakdi.

1. Joli / belanja / tambah expenses & liability
2. Bayar hutang
3. Invest / tambah income & asset 
(Sumber : http://www.pakdi.net/nak-buat-apa-dengan-duit-tunai-cash-segedebuk/)

Pada saya yang terbaik adalah yang ke 2 & 3. Tak boleh 3 sahaja sbb hutang ni akan bawa masuk ke kubur. Jadi kalau rasa hutang tu da lama sgt patut kene byr, paham-paham je lah. Tapi kalau hutang itu mmg dibayar dengan tempoh seperti hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya, 3 lah yg terbaik. 

Tapi janganlah salah faham. Memanglah duit itu gunanya untuk di belanjakan. Kalau nak simpan je bukan boleh bawak masuk kubur pun. Tapi apa yg di maksudkan adalah, bila dapat duit byk, guna duit byk itu untuk buat lagi byk duit, then baru kita belanja. Nak bawak masuk kubur pun boleh, belanjalah pada jalan Allah. Banyakkan bersedekah.

Sila baca artikel ini :

 Sebut pasal hutang, mudahnya kita boleh bahagikan kepada 2 jenis.
1. Good debt 
2. Bad debt

Hutang yg baik (no. 1) adalah hutang yg dibuat untuh tambah income/asset atau hutang yg dibuat untuk tambah modal dalam satu2 perniagaan yang seterusnya boleh memberi pulangan yg lebih baik. Dengan kata lain, kita pinjam duit itu untuk buat lebih banyak duit.

Hutang yang tak baik (no.2) adalah hutang yang dibuat kemudian duit itu dibelanjakan dan habis begitu sahaja atau digunakan untuk menambah liability (contoh mcm beli kereta).

Bukan kata kereta tak bagus. Tapi perlu pandai bezekan antara kemahuan dan keperluan. 
Keperluan adalah pengangkutan. Kereta 2nd hand atau viva paling bawah skali dah memadai. Kalau beri alasan kereta 2nd hand cepat rosak, mana-mana kereta baru atau lama kalau tak pandai jaga pun akan cepat rosak.
Kemahuan pula nak kereta mahal lagi, kalau viva nak viva elite, rasa byk duit sikit nak myvi. Kemudian buat hutang byk2 sampai 9 tahun dan kaya kan lagi bank yg sudah kaya itu.

Cuba tanya diri kita balik, apa sebenarnya tujuan kita beli kereta, dan kenapa kita nak beli kereta terebut. 
Kenapa viva elite? 
kenapa myvi? 
Kenapa pesona? 
Kenapa inspira? 
Kenapa itu? Kenapa ini? 

 Ada orang kata alang2 beli biar puas hati? Ye ke puas hati? Jangan nanti rasa sesak nak byr hutang sudah, sampai perlu pinjam pada orang lain pula untuk perkara-perkara lain. Tapi kalau mmg betul ada rezeki lebih, Alhamdulillah. 

 Tak dinafikan manusia ni suka menunjuk-nunjuk. Masing2 suka jika ada orang sebut2 kebaikan dan memuji kita. Maka bila ada timbul walau sedetik pun perasaan itu dalam diri kita, kita patut beristighfar. 

 Jadilah orang yang ikhlas. 







_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.



Saturday, June 9, 2012

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin

Ditulis oleh  pada 05 Jun 2012 dalam Tip Kewangan (Majalah Niaga)



Barangsiapa yang mampu berkahwin tetapi tidak berkahwin, maka dia bukan dari golongan-ku (Hadis direkodkan oleh Imam Thabrani dan Imam Baihaqi).

Kenduri Perkahwinan Melayu
Perkahwinan itu adalah fitrah yang normal sebagai seorang manusia. Mahu menyayangi dan disayangi. Mahu mempunyai zuriat.
Mahukan hubungan kelamin dan seterusnya. Malah kajian-kajian orang Barat mendapati pasangan yang berkahwin lebih mudah berjaya dari sudut kewangan, berbanding dari mereka yang masih bujang.
Nabi Muhammad saw sendiri adalah orang bisnes pada zaman sebelum menjadi Rasul dan berkahwin dengan jutawan pada zamannya, Sayyidatina Khadijah seterusnya terus berjaya mendapat gelaran al-Amin (pangkat seperti Dato / Tan Sri / Tun) oleh masyarakat Mekah ketika itu.
Hadis lain juga ada menyebut faktor harta menjadi sebab sesuatu perkahwinan. Maka jika kita mendapat pasangan yang menjaga agama, cantik, keluarga yang baik-baik dan berharta maka kita mendapat kombinasi yang paling lengkap.
Ulama menyebut 4 perkara di atas sebagai faktor sekufu atau secara mudahnya sama taraf. Faktor agama adalah yang terbaik tetapi kombinasi agama, dan 3 faktor yang lain adalah jauh lebih baik.

5 Perkara Sekufu Dari Sudut Harta

Berikut adalah 5 perkara mengenai sekufu dari sudut harta yang kita perlu lakukan dalam proses perkahwinan seterusnya dapat mengelakkan beban hutang perkahwinan selepas menjadi raja sehari.
Sekufu Harta
#1 – Minda Financial Freedom
Kita dan pasangan perlu sama-sama mempunyai misi mencapai financial freedom (Bebas wang). Perkara ini adalah amat penting kerana apabila sudah berkahwin banyak perbelanjaan rumah tangga perlu dikongsi bersama.
Perbelanjaan rumah, kereta, percutian, anak-anak dan seterusnya.
Satu soalan penting yang dapat kita tanya adalah:
“Adinda, sudikah adinda menaiki kereta buruk berasap hitam dan berbunyi-bunyi terlebih dahulu, selama 7 tahun selepas tempoh perkahwinan kita?”
Lihat apa respon bakal pasangan kita.
Sekiranya pasangan kita tidak kisah tentang kelihatan “miskin” dalam tempoh 5 hingga 7 pertama perkahwinan, maka kita dapat terus ke 4 perkara yang lain.
#2 – Sederhana Dalam Kenduri
Dalam urusan perkahwinan, kita kurang memikirkan “Aku tidak mampu,” tetapi minda kita menjadi “Bagaimana untuk mampu?”. Justeru berhati-hati dan jangan mengikut emosi “Raja Sehari.”
Betul, Nabi SAW sebut mengadakan kenduri perkahwinan adalah satu sunnah. Buatlah walaupun sekadar menjamu seekor kambing. Dalam masyarat Arab, jamuan seekor kambing adalah satu jamuan yang kecil.
Dalam masyarakat kita, seekor kambing dapat menampung kira-kira 40 hingga 60 orang tetamu.
Kenduri perkahwinan itu adalah sunnah. Namun membazir adalah amalan syaitan.
#3 – Mas Kahwin dan Hantaran
Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya pengantin perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.
Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya. Barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.
Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham atau saham amanah. Tidak ketinggalan perlindungan lengkap takaful.
Buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.
Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagiaan perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka.
#4 – Jangan Menggatal Kalau Tidak Berduit
Perkara kedua dan perkara ketiga adalah perkara yang berkaitan budaya masyarakat kita dan mengambil masa untuk berubah. Kita sepatutnya memudahkan proses perkahwinan dan bukan terikut-ikut dengan orang lain khususnya apabila melihat betapa ‘glamour‘ nya kelompok artis berkahwin.
Tajaan bernilai jutaan ringgit. Hotel 5,6 bintang. Hantaran berpuluh ribu ringgit.
Sekiranya mampu tiada masalah.
Namun jika kita tidak tergolong dalam golongan yang mampu untuk berkenduri kendara seperti itu, maka mulalah menyimpan seawal mungkin.
Duit PTPTN misalnya bukan digunakan untuk membeli telefon bimbit, tablet, laptop yang paling canggih tetapi simpanlah sebahagiannya.
Jangan aniaya anak dara orang kalau sekadar mahu seronok berpacaran, tetapi dalam hati tidak ada niat untuk menikahinya secepat mungkin.
Ya, dalam kos perkahwinan hari ini mencecah RM20,000 hingga RM30,000 untuk perkahwinan yang biasa-biasa. Adakah membuat pembiayaan peribadi untuk perkahwinan dan ia hanya selesai selepas anak kita berumur 7 tahun menjadi pilihan utama?
#5 – Sewa Rumah Sahaja
Selain bersetuju untuk menaiki kereta buruk untuk tempoh 5 hingga 7 tahun pertama, pasangan kita juga patut bersedia untuk duduk di rumah sewa sahaja dalam tempoh tersebut.
Rumah sewa yang biasa-biasa sahaja, 3 bilik tidur dan dua bilik air. Apartment yang sekitar 1,000 kaki persegi sahaja luasnya.
Kos memiliki rumah pertama hari ini adalah amat tinggi. Khususnya di Lembah Klang. Rumah berharga RM100,000 memerlukan paling kurang RM20,000 tunai untuk membolehkan kita mula duduk (baca: deposit 10%, pasang gril dan kelengkapan asas rumah).
Rumah berharga RM200,000 memerlukan sekitar RM30,000 hingga RM40,000 ribu. Berbanding menyewa rumah, barangkali kita cuma perlu berbelanja sekitar 10 hingga 15% sahaja dari kos awal membeli sebuah rumah.

Biar Nampak Papa Tetapi Poket Bergaya

Pengorbanan sebegini perlu dibuat dalam tempoh 5 hingga 7 tahun pertama sahaja.
Biar Papa, Asal Poket Bergaya
Kerana fokus utama pasangan muda adalah lebih kepada menyimpan pendapatan dari gaji, dan menukarnya menjadi harta. Seperti panduan kekayaan Nabi Yusuf a.s., “Apa yang kamu tuai, simpanlah bersama tangkainya.”
Jika kita tidak berhati-hati kita barangkali kita tersangkut dengan hutang lapuk sebesar RM50,000  hingga RM70,000 ketika usia yang muda. Apakah itu yang kita mahukan?
Terkini, Pakdi menulis ebook Panduan CashFlow, ebook yang mengandungi pelbagai tips & strategi menguruskan pendapatan, hutang dan perbelanjaan. Dapatkan sample ebook ini secara percuma di sini.


Sumber : http://www.majalahniaga.com/oh-mama-saya-mahu-kahwin.html





_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

Thursday, June 7, 2012

Bila ada orang kata 'KITA TAK PERLU JADI KAYA!'






Artikel asal oleh PAKDI, dengan tajuk "Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!"

Garu kepala.
Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.
Berikut adalah 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.


Sumber : http://www.pakdi.net/islam-tidak-suruh-umatnya-jadi-kaya/ .



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

.

Wednesday, May 30, 2012

Simpanan tetap atau pelaburan?





SOALAN: DARI segi keutamaan, bagaimana saya harus merancang simpanan dan pelaburan saya? Ada yang berkata simpanan tetap adalah perkara pertama yang perlu dipertimbangkan, manakala sesetengah yang lain pula mengesyorkan unit amanah. Saya agak keliru bagaimana menetapkan keutamaan simpanan saya.

JAWAPAN: Simpanan dan pelaburan, walaupun kadangkala digunakan dalam konteks yang sama, adalah aktiviti berbeza dari segi perancangan kewangan.

Simpanan bermakna meletakkan tunai dalam sesuatu yang sangat cair, seperti akaun simpanan atau akaun deposit tetap. Sebaliknya, pelaburan bermakna menggunakan tunai untuk membeli aset, yang anda harap boleh meraih pulangan yang berpatutan dalam tempoh tertentu dengan mengambil risiko yang boleh diterima.
Simpanan dan pelaburan berbeza dari segi risiko. Anda boleh menanggung sedikit kerugian atas pelaburan, tetapi simpanan anda adalah untuk dimanfaatkan dalam tempoh masa terdekat dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang risiko.

Berapa banyak harus disimpan dan berapa banyak untuk dilaburkan? Simpanan perlu sentiasa diutamakan. Anggap simpanan sebagai asas pelan kewangan anda.

Sebelum melakukan apa-apa, anda perlu menyimpan untuk membina tabung kecemasan. Sebagai panduan, dana kecemasan anda seharusnya meliputi perbelanjaan peribadi untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
Dengan cara itu, seandainya anda diberhentikan kerja, anda ada wang untuk menampung keperluan hidup selama enam bulan sehingga anda kembali berdikari.

Seterusnya, anda mungkin mahu memperuntukkan sejumlah simpanan untuk memenuhi sebarang matlamat kewangan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ini mungkin termasuk wang pendahuluan untuk membeli rumah atau tabung mendirikan rumah tangga. Sebarang jumlah wang yang anda perlu dalam tempoh lima tahun akan datang seharusnya diambil daripada simpanan anda.

Ini kerana pasaran pelaburan mungkin turun naik dalam jangka pendek. Melabur dalam tempoh masa kurang daripada lima tahun mungkin menimbulkan risiko dan kegusaran kerana turun naik pasaran. Setelah anda mencapai matlamat simpanan asas yang saya terangkan di atas, anda boleh mempertimbangkan soal pelaburan.
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, melabur melibatkan risiko yang lebih tinggi daripada simpanan, tetapi ia juga berpotensi menghasilkan pulangan lebih tinggi. Anda perlu tanya kepada diri sendiri sama ada anda sudah bersedia untuk melabur? Pertama sekali, pelajari tentang pilihan pelaburan yang ada.

Adakah anda fasih tentang selok-belok pelaburan saham atau anda rasa lebih baik menyerahkan tugas itu kepada pengurus profesional. Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami cara kelas aset berbeza bergerak dalam keadaan pasaran berbeza, serta caj jualan dan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk bermula.
Kedua, luangkan masa untuk memahami kecenderungan pelaburan anda? Adakah kerugian nilai pelaburan sebanyak 10 peratus akan menyebabkan anda tidak dapat tidur lena? Jika ya, anda mungkin tidak sanggup menerima risiko yang tinggi. Cari produk pelaburan yang sesuai dengan profil risiko anda.

Jangan laburkan sesuatu di luar bidang kefahaman anda. Jika anda kurang selesa, tanya soalan sehingga anda mengenali pelaburan yang anda buat. Jika sesuatu pelaburan kelihatan terlalu hebat, kemungkinan besar ada udang di sebalik batu! Tidak ada pelan pelaburan yang boleh menjadikan anda cepat kaya.









______________________________________________________



"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

Saturday, May 19, 2012

Dr Azizan Osman – 3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang



Adakah kita sedar punca kemiskinan datangnya daripada minda? Seminar Wang Power yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman untuk sesi yang pertama menjurus kepada penekanan minda terhadap wang dan kekayaan.
Menurutnya, perbezaan ketara antara minda orang kaya dan orang miskin adalah cara mereka berfikir terhadap wang.

Kebocoran Wang – Masalah Kritikal Rakyat Malaysia

Beliau juga turut menerangkan, rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.
Seminar Wang Power - Tip Pengurusan Wang
Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.
Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’
Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.


3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.
  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.
Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit
Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.
Seminar Wang Power - Jangan Bagi Pinjam Duit
Justeru itu, nasihat Dr. Azizan Osman terhadap lebih 2,000 peserta di Seminar Wang Poweradalah kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.
Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.
Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:
“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”
Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:
“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”
Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.
Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.
Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan
Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.
Seminar Wang Power - Tahu Kehendak Tahu Keperluan
Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.
Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.
Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.
“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”
Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang
“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”
Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.
Seminar Wang Power - Belajar Simpan Wang
Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.
Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.

1 Tindakan, Ubah Hidup Jadi Luar Biasa



Artikel asal : http://www.majalahniaga.com/dr-azizan-osman-3-rahsia-menampal-kebocoran-wang.html
Ditulis oleh  pada 11 Apr 2012 dalam Tip Kewangan






"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...