Monday, October 8, 2012

Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)





Rasanya pasti ramai yang pernah mendengar atau terbaca tentang 3 perkataan atau istilah ini, yg kerap digunakan ketika anda mendengar penjelasan dari penjual atau pengedar emas, mencari atau membaca sesuatu tentang emas mahupun perak. Saya akan cuba menerangkan dgn serba ringkas definisi dan sedikit sebanyak tentang apa yg dimaksudkan dengan perkataan-perkataan ini.


SPOT PRICE

Bahasa mudahnya ialah harga emas mentah. Ia merujuk kepada harga emas semasa yg dipasarkan dan diperdagangkan di pasaran antarabangsa samada di pasaran Asia atau Eropah dan lain2. Harga spot kebiasaannya merujuk kepada emas 999. Harga spot untuk pasaran antarabangsa adalah dalam USD dan dikira untuk 1 Troy Ounce (31.1034768 gram).

Tempat rujukan untuk Harga Spot dalam USD yang kebiasaannya adalah di Kitco.

Untuk Harga Spot dalam RM pula anda boleh lihat di Nubex atau Gold Price Malaysia.




PREMIUM

Harga Jual (oleh pengeluar) - Harga Spot = Premium

Premium merujuk kepada harga yg ditambah (kepada harga spot) oleh pengeluar produk emas atau sesuatu syarikat sebelum menjualnya. Kebiasaannya ia merujuk kepada kos oleh pengeluar atau penjual emas. Kos ini termasuklah keuntungan yang di ambil oleh sesuatu syarikat emas, dan kos-kos lain seperti pengangkutan, keselamatan, insurans, assayer, acuan, operasi, tempaan, pemasaran, perlesenan dan lain-lain. Dengan kata lain :

Harga Spot (emas mentah) + Jumlah Purata Kos Seunit + Keuntungan = Harga Jual

Memandangkan harga spot adalah sama untuk setiap syarikat atau pengeluar emas, maka premium untuk setiap syarikat boleh dikira dalam bentuk peratus.


Satu lagi faktor yang menentukan Premium adalah dari mana sumber emas yang diperolehi oleh sesebuah syarikat atau pengeluar produk emas. Tidak semua syarikat membeli emas mentah terus dari lombong atau pengedar besar emas atau bank-bank besar dunia. Sesetengah syarikat emas membeli emas dari syarikat emas yang lain, kemudian meleburkannya untuk membuat produk keluarannya sendiri. Kebiasaannya syarikat emas yang melakukan seperti ini mempunyai Premium yang lebih tinggi dari syarikat yang mendapatkan sumber emas terus dari lombong/pengedar besar emas mentah atau bank-bank besar dunia.

Ini biasanya berlaku kerana untuk membeli terus emas mentah dari pelombong atau dari bank besar dunia, emas mestilah dibeli dalam jumlah yang sangat banyak (ada belian minimum), dimana syarikat yang kecil dan sederhana mungkin tidak mampu untuk membeli sebanyak itu.

Faktor seterusnya yang membezakan premium adalah samada, satu-satu syarikat emas itu mempunyai kilang untuk menempa dan melebur emas sendiri atau tidak. Syarikat yg mempunyai kilang sendiri kebiasaannya akan mempunyai kos yang lebih rendah seterusnya premium yang lebih rendah dari syarikat yang terpaksa mengupah kilang syarikat lain.



SPREAD

Spread merujuk kepada Peratus Perbezaan Harga antara harga belian dan harga jualan semula (samada belian dan jualan semula dilakukan di syarikat yang sama atau lain). Spread juga selalu disebut sebagai Peratusan Harga Susut (dari harga jualan semasa).


Spread yang rendah merujuk kepada harga belian semula yang tinggi, dan spread yang tinggi merujuk kepada harga belian semua yang lebih rendah. Kebiasaannya spread kedai emas biasa seperti kedai-kedai emas di pasaraya dan lot kedai adalah tinggi berbanding spread dari syarikat emas yang menjual emas melalui rangkaian pengedar. Spread juga adalah lebih rendah jika kita menjual produk sesuatu emas kepada syarikat yang mengeluarkannya. Namun harus di ingat, tidak semua syarikat yang mengeluarkan produk emas menjanjikan belian semula (buy back).

Spread adalah penting terutamanya buat mereka yang melabur emas untuk jangka masa pendek. Ini kerana, spread menentukan secepat mana seseorang pelabur boleh untung bila menjual balik emas yang dibelinya.

Spread bergantung kepada :
1. Samada emas yang dibeli semula oleh syarikat emas adalah produk sendiri atau tidak. Produk sendiri kebiasaannya mempunyai spread yang lagi rendah dari produk syarikat lain.
2. Jenis produk. Produk dalam bentuk bar dan cast kebiasaannya mempunyai spread yang lebih rendah dari barang kemas dan syiling.
3. Bungkusan. Sesetengah produk emas yang telah terbuka bungkusannya akan dikira sebagai emas terpakai (used gold), dan akibatnya spread produk emas tersebut menjadi tinggi.
4. Kerosakan seperti calar, bengkok, kemik, patah dan sebagainya. Sesetengah produk emas yang mempunyai kecacatan akan dikira sebagai emas terpakai (used gold), dan akibatnya spread produk emas tersebut menjadi tinggi.
5. Barang baru atau barang lama. Barang lama kebiasaannya dikira sebagai emas terpakai dan dibeli oleh syarikat emas dengan harga yang rendah (spread tinggi).




Bersambung di bahagian 2.
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html


Baca lagi :
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 1)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-1.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 2)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-2.html
Spread, Premium, Spot Price (Bahagian 3)
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/10/spread-premium-spot-price-bahagian-3.html



__________________________________________________




BACA LAGI!!

EMAS, SIMPANAN ATAU PELABURAN?? ulasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/06/emas-simpanan-atau-pelaburan-oleh-ustaz.html

KENAPA BERNIAGA EMAS DAN PERAK??




_______________________________________________





"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...