Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai rahsia wang dan kekayaan yang dikongsikan oleh dua penceramah hebat iaitu Dr. Azizan Osman dan Abang Abu.
3 rahsia kekayaan ini hanya 10% daripada perkongsian keseluruhan seminar ini.
Rahsia #1 – Skim Cepat Kaya Adalah ‘Skim Cepat Miskin’
Skim-skim cepat kaya yang wujud di Malaysia ini tidak akan sesekali memberikan kekayaan kepada kita. Dr. Azizan Osman menggelarkan skim cepat kaya adalah alternatif terbaik untuk kita menjadi lebih miskin dengan pantas.
Justeru itu, katakan tidak pada skim cepat kaya.
Rahsia #2 – Rahsia Kekayaan Wang – Senyum
Senyum adalah satu sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, Tuhan akan memberikan keluasan pintu rezeki kepada hamba-hambaNya. Dalam kes wang dan kekayaan, manusia sering mengalami tekanan kerana tidak cukup wang setiap bulan.
Antara jalan terbaik untuk menguatkan asas kewangan dan kekayaan adalah belajar untuk senyum kepada orang ramai. Kajian saintifik yang diberitahu oleh Dr. Azizan Osman, senyuman dapat memudahkan kita untuk menarik lebih banyak kekayaan dan perkara yang positif dalam kehidupan.
Rahsia #3 – Simpan Untuk Labur
Antara perkongsian emas yang diberikan oleh Abang Abu mengenai wang adalah strategi menyimpan. Walaupun ramai yang tahu strategi menyimpan wang adalah strategi yang berkesan, tetapi majoritinya tersilap faham tentang konsep disebaliknya.
Ramai yang menganggap kita perlu menyimpan wang dan terus menyimpan. Cara ini adalah tidak betul dan tidak berkesan untuk zaman ini. Kerana kadar inflasi dan harga barang semakin meningkat.
Lebih menyedihkan, kita tidak boleh mengawal keadaan ini. Justeru itu, cara yang betul untuk melaksanakan strategi menyimpan wang ini adalah mengamalkan teknik ‘simpan dan labur’.
Bermakna, apabila kita mempunyai wang simpanan yang sudah mencukupi, buat pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Antara pelaburan yang terbaik dan sentiasa menguntungkan kita adalah pelaburan ilmu.
Ditulis oleh Aqif Azizan pada 09 Apr 2012 dalam Tip Kewangan
_________________________________________________________________________________
Tips Rahsia jadi Kaya oleh Abang Abu
1. Untuk jadi kaya MESTI kenal dengan ramai orang, Allah menyalurkan rezeki melalui orang ramai dan sebab itu jika anda memberi banyak manfaat kepada orang ramai anda akan terpaksa kaya dan berjaya
2. Untuk kaya dan berjaya, anda mesti suka tengok kejayaan orang lain dan tetapkan niat untuk berjaya seperti orang tersebut.
3. Selalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan dan sentiasa berdoa untuk mendapat lebih banyak dan banyakkk
4. Sentiasa seronok dengan apa yang anda buat, jika bekerja , seronok dengan kerja anda, jika berniaga..seronok dengan perniagaan anda..kuncinya ialah F.U.N
5. Untuk kaya dan berjaya dunia akhirat mesti ada M.A.P
Untuk kaya dan berjaya dunia
M= Minda yang +ve
A= Action
P= Planning yang betul
Untuk kaya dan berjaya Akhirat
M= Mentor ( Nabi Muhammad s.a.w )
A= Allah yang maha esa
P= Pegangan (SOLAT)
6. Dan yang last sekali, untuk kaya dan berjaya mestilah G.E.T R.I.C.H
G= Getup early
E=Earn more than u spend
T=Train yourself to generate more skill and more money
R=Resource Network, kenal lebih ramai orang yang berilmu
I=Invest , terutama nya pelaburan ilmu
C=Charity , derma kerana bukan semua yang kita dapat itu adalah hak kita
H=Habit, jadikan semua perkara diatas sebagai kebiasaan..
"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"
Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!
.
No comments:
Post a Comment