SOALAN 2 :
Nampak mcm senang bila bercakap ttg emas yg sudah tumbuh bagai cendawan oleh sykt2 bumiputera dewasa ini. saya sgt skeptical bila ramai yg menjual emas mcm menjual goreng pisang di tepi jalan, maksudnya mcm org ramai boleh beli emas tiap2 hari. Siapa mereka? org biasa? org pertengahan? makcik penjual syur di pasar? boleh tak perbetulkan persepsi saya ini yg sgt tidak logik bila difikirkan pembelian emas oelh org ramai.
JAWAPAN :
Memang senang bila berkata. Tapi nak merealisasikannya bukan mudah. Boleh dengar cerita sendiri dari pemilik GCP, Tuan Shamsul Anuar bagaimana beliau bermula dari bawah. Boleh hadir ke seminar-seminar GCP yang sedang dianjurkan di seluruh Malaysia.
Tumbuh mcm cendawan kerana semua orang tahu ini adalah peluang. Masyarakat khususnya di Malaysia mula sedar akan kepentingan emas. Akhbar, majalah dan TV pun mula menyiarkan dan memaparkan tentang isu emas. Ramai orang sudah bertindak. Kenapa anda belum?
Tumbuh mcm cendawan kerana semua orang tahu ini adalah peluang. Masyarakat khususnya di Malaysia mula sedar akan kepentingan emas. Akhbar, majalah dan TV pun mula menyiarkan dan memaparkan tentang isu emas. Ramai orang sudah bertindak. Kenapa anda belum?
Tak macam goreng pisang seperti yg tuan sangka. Baru-baru ini saya dan kawan-kawan ada buka booth GCP di Putrajaya sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 selama 5 hari dan di Dataran Nilai sempena cuti sekolah selama 11 hari. Kami dapat jual tak lebih 10g pun. Namun matlamat kami lebih kepada jangka panjang selain mendidik dan menyedarkan syarikat tentang kepentingan simpanan emas.
Siapa-siapa nak beli pun boleh. Dari yang paling kaya sehingga yang paling miskin. Kenapa perlu skeptikal? Mereka ada wang simpan. Dan dalam pengurusan wang yg baik, semua orang patut ada wang simpan. Hatta peminta sedekah pun ada wang simpan walaupun tidak banyak. Kalau hari ini sangat ramai orang boleh beli telefon bimbit yang berharga beratus dan beribu, kenapa emas seberat 1g yang berharga kurang RM200 pun tidak boleh?
Namun kalau tuan berniaga atau mempunyai pendapatan sampingan, setiap hari tuan boleh beli emas kerana GCP ada menawarkan gold bar seberat 1g yg harganya amat mampu utk dimiliki. Sebab itulah hari-hari tuan boleh lihat org ramai beli emas kerana mereka telah celik emas dan memilih emas yg murah dan mampu milik seperti yang dijual oleh GCP.
SOALAN 3 :
Mneggunakan elemen psikologi iaitu perkataan2 'kekayaan', 'menjaga ekonomi melayu', 'islam' DLL dah mcm multi level marketing (MLM). Guna perkataan kaya ini sudah biasa sy dengar dr peragut2 MLM yg mahukan duit org. Namun mereka tiada produk cuma cari org. dan mungkin emas ini pendekatannya berbeza.
kenapa saya berkata demikian? kerana MLM juga menjemput org ramai menghadiri table talk, seminar dan pelbagai lagi cara utk menarik pelanggan. Apakah GCP mpy elemen MLM? Saya dah byk kali terkena.
JAWAPAN :
Perlu faham MLM adalah suatu teknik marketing. Tidak salah pun menggunakan teknik MLM. Cumanya apa yang berlaku telalu ramai pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan teknik ini untuk membuat skim cepat kaya (yang sebenarnya skim cepat miskin). Jadi jika GCP ingin guna teknik MLM pun tiada masalah dan tidak melanggar mana2 akta perniagaan. Namun begitu, GCP bukan syarikat MLM.
Penggunaan ayat atau perkataan adalah bergantung kepada strategi marketing masing-masing. Jika ada orang yang menggunakan ayat atau gaya seperti skim cepat kaya, itu adalah dia secara personal. Bukan GCP, walaupun dia adalah pengedar GCP. Cara dia yang salah tidak menggambarkan syarikat melainkan syarikat sendiri yang buat. Biasalah manusia ini ada macam-macam. Memang tak dapat dinafikan ada orang yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan nama baik GCP. Kenali GCP :
Table talk, seminar dan sebagainya telah wujud beratus malahan beribu tahun lagi. Buka minda kita dan lihat realiti semasa, cara ini banyak orang guna. Yang bukan MLM menggunakan teknik ini pun tidak semudah itu kita boleh cop MLM kan? Terlampau tidak spesifik.
Apa yang GCP tawarkan cuma jika ada dealer yang dapat mencari dealer lain, akan dapat insentif RM100 sekali sahaja seumur hidup. Sama juga kalau kita upah syarikat marketing untuk mempromosikan GCP, kene bayar beribu lagi. Tetapi dengan kekuatan pengedar sah yang hampir mencecah 4000 orang, baik GCP gunakan kekuatan sendiri. Pengedar pun dapat faedah.
SOALAN 4 :
Apakah dgn cthnnya RM20k pembelian dari GCP kemudiannya sy menggunakan sistem Ar-Rahnu sbg strategi yg betul bg menambah pembelian emas? Kenapa sy berkata demikian, berbalik kpd persoalan siapa nak beli emas tiap2 hari?
JAWAPAN :
Anda perlu faham konsep sebenar Ar-Rahnu. Secara kasar ArRahnu adalah pusat pajak gadai Islam yang menawarkan pinjaman wang bersandarkan kepada emas yang ada perolehi. Maka di dini anda boleh pajak dan boleh buat sesuka hati dengan duit yang anda dapat dari hasil pajakan itu.
Namun tidak dapat dinafikan ada teknik untuk menggandakan simpanan emas anda dengan Ar-Rahnu.
Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku 'Membongkar Rahsia Ar Rahnu' ini di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Namun yang ideal adalah anda beli emas dan simpan. Tetapi jika anda mahu juga, perlu ingat ada risikonya.
Secara kasar populasi penduduk di Malaysia ada 28 juta orang. Memang betul ada orang beli emas hari-hari. Yang saya pasti bukan orang yang sama.
SOALAN 5 :
Kenapa peniaga cina iaitu kedai pajak gadai, kedai emas poh kong, kedai emas habib jewel tidak melaksanakan sistem yg dewasa ini mengajak org Melayu khususnya menceburi atau menjadi ejen kpd sykt mereka. Pernahkah puan dengar di zaman 80, 90an kedai emas mencari ejen mereka utk kembangkan perniagaan mereka? namun mereka tetap kaya, simpan emas melambak, sekolahkan anak DLL. apa yang sudah tjadi dewasa ini? kesedaran tentang emas? dulu org x sedar? padahal mak ayah kita sibuk beli emas - ilmu berniaga emas kot yg xde. jadi apakah fenomena ini sebenarnya? melayu makan melayu?
JAWAPAN :
Ada sebenarnya, namanya Public Gold. Boleh buat kajian sendiri untuk tahu lebih lanjut. Untuk pengetahuan, kedai emas cina yang kecil-kecilpun ada buat. Mereka minta pelanggan-pelanggan tetap mereka tolong mencari pelanggan baru untuk datang ke kedai mereka. Dan mereka akan diberi upah samada ada dalam bentuk duit atau diskaun pembelian. Bezanya dengan sekarang kita sudah semakin canggih. Kenapa perlu ikut cara 80-an dan 90-an lagi? Kita sudah berada di abad yang ke 21!
Bukan dulu orang tidak sedar, tetapi tidak ramai orang yang sedar. Kenapa sekarang? Anda sendiri yang menggunakannya hari-hari. Internet, telefon bimbit, TV dan sebagainya. Inilah fenomena yang disebut maklumat di hujung jari. Memang makin ramai dan sudah ramai orang mula sedar tentang kepentingan simpanan emas ini. Jadi jangan tunggu lagi.
Mak ayah siapa yang sibuk beli emas? Saya fikir kita perlu ada kajian dan fakta secara statistik untuk membuktikan hal sebigini. Tidak boleh main sebut sahaja.
Kedai emas itu peruncit. GCP pula pembekal.
Flow chartnya : kilang > GCP > pengedar > pembeli.
Kalu kedai emas pula flow chartnya : kilang > pembekal > salesman > kedai emas > pembeli.
Jika lihat pada flow chart tu kedai emas/salesman = pengedar GCP. Cuma pengedar GCP bergerak secara orang perseorangan tanpa ada kedai emas. Inilah matlamat GCP jual emas dgn harga rendah utk menggalakkan org Islam untuk menyimpan emas secara tidak langsung belajar untuk menjadi usahawan emas.
SOALAN 6 :
Sy semak2 pertubuhan ataupun persatuan emas Malaysia. http://www.fgjam.org.my/
tiada pun tersenarai sykt GCP ini sebagai ahli. Saya pnh bertanya kepada sebuah sykt emas bumiputera Sinar Gold dgn jenama SG, merak tidak menjawab pertnyaan saya. jadi adkah GCP ini berkelayakan? persoalannya knp x berdaftar sbg ahli di fgjam? yuran yg tinggi atau tengah mengumpul modal? sy pun x pasti kriteria nak jd ahli fgjam yg majoritinya hanya bangsa tionghua/cina dan golongan arab malaysia yg menjadi ahli. apa jadi sykt bumiputera? inilah ketakutan saya...genuine? takut hy sebentar kerana nmpk mcm ada unsur MLM
JAWAPAN :
Kenapa mesti berdaftar dengan persatuan emas Malaysia?
FGJAM hanyalah persatuan. Saya nak jual goreng pisang, saya hanya perlu dapatkan lesen perniagaan. Tak perlu masuk mana2 persatuan goreng pisang sedunia (jika ada). Malahan jika GCP bernaung di bawah FGJAM, GCP akan terikat dengan syarat dan terma persatuan dan perlu ikut harga mereka yang lebih mahal. Selain GCP, banyak lagi kedai-kedai emas terutamanya dari golongan bimuputra Islam yang tidak bernaung di bawah FGJAM. Ini syariat bumiputra Islam, macam banyak-banyak lagi kedai emas di kelantan sana. Kenapa nak bernaung di bawah orang cina.
GCP tiada kepentingan untuk bernaung di bawah FGJAM. Kami di GCP nak menjadi peneraju, bukan kuli.
Bawah ini adalah surat kebenaran berniaga emas oleh Bank Negara Malaysia.
Ini pula sijil ketulinan emas GCP
Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (selepas ini disebut GCP) hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar GCP (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama GCP untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.
SOALAN 7 :
Puan Norizan, sy sebenarnya berminat utk isteri sy berkecimpung dlm perniagaan emas ini. kerana terlalu byk janji manis dari penjual emas (yg beginilah) bkn kedai emas yg suruh tapi iklan di FB dan bermcm2 lagi yg lainnya. sehinggakan psikologi utk kaya membangkit. tapi benarkah? knp sykt2 ini spt sinar gold, GCP menamakan beberapa yg sdg rancak mengiklankan erniagaan mereka di facebook, tidak mereka sbg atau mgn ada elemen MLM?
JAWAPAN :
Baguslah jika sudah berminat. Masih belum terlambat.
GCP tidak pernah menabur janji manis. Sila baca semula statement ini :
Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (selepas ini disebut GCP) hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar GCP (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama GCP untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.
SOALAN 8 :
apakah puan benar2 sudah berjaya sehingga boleh membuka kedai emas sendiri? spt yg ada di kelantan? YA BETUL permulaannya disini sbg ejen dsbnya, namun apakah puan benar2 dpt memanipulasi kekayaan emas tanpa kawalan? sebagaimana kedai emas cina di tepi jalan, di pekan2 kecil di lorong sempit?
JAWAPAN :
Puan Norizan atau mana-mana pengedar sah GCP tidak membuka kedai emas. Kami hanyalah menjadi pengedar atau wakil syarikat untuk menjual emas bagi pihak GCP. Ada diantara pengedar yang sudah berjaya, dan masih ramai yang sedang menuju untuk bejaya (jika kejayaan yang dimaksudkan adalah 'kebebasan kewangan'). Dan ya! GCP telah bejaya menjadi salah satu syarikat emas yang terbesar di Malaysia. Tiada isu manipulasi emas di sini. GCP hanya menajalankan jual dan beli emas fizikal.
SOALAN 9 :
mohon pencerahan. saya sudah byk mengikuti perkembangan dan pertumbuhan sykt emas melayu yg bagai cendawan ini. jgn salah faham cuma saya mahukan ilmu sblm bertindak. terima kasih
JAWAPAN :
Sama-sama. Terima Kasih kerana bertanya =]
_____________________________________________________
Apa tunggu lagi? Fast action fast result!
Jom sertai saya bersama GCP untuk menjadi ushawan emas!
Kenapa?
1. Tak dapat jual pun anda tidak rugi, emas tiada tarikh luput! Malah makin di biar makin tinggi harganya. Itu rahsia kedai emas tak pernah tutup walau sudah seabad lamanya! Sebab itu orang selalu kata, simpan emas untung, jual emas lagi untung!
2. Modal sangat rendah. Tidak perlu modal pun anda sebenarnya boleh. Ramai yang tidak tahu!
3. Ramai orang sudah tahu dan sedar tentang kepentingan emas dan perak. Ramai sudah celik emas. Kerja anda cuma menawarkan perkhidmatan terbaik sahaja! Tak perlu cerita panjang lagi tentang kepentingan menyimpan emas. Mudah kan?
Tekan pada link dibawah untuk maklumat lanjut.
Atau hubungi saya :
Mukhlis bin Ahmad Azam
mukhlis.ahmadazam@yahoo.com
012 3133 764
_______________________________________________
"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"
Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!
.
No comments:
Post a Comment