Definasi
'Nisbah emas perak' adalah suatu ukuran untuk membandingkan berapa banyak gram Perak yang diperlukan untuk membeli 1 gram emas.
Bagaimana untuk mengiranya?
Formula pengiraan :
Nisbah emas perak = Harga 1 gram Emas/Harga 1 gram Perak
Sebagai contoh katakan harha emas dan perak pada ketika ini adalah :
Emas = RM170 segram
Perak = RM3 segram
Maka nisbah emas perak = 170/3 = 56.67
Perhatikan bahawa nisbah ini boleh naik akibat kenaikan harga Emas ataupun penurunan harga Perak.
Begitu juga nisbah ini akan turun sekiranya harga Perak naik ataupun harga Emas menurun.
Kenapa ini penting?
Mengikut US geological survey, jumlah Perak yang terdapat pada kerak bumi adalah 17.5 kali lebih banyak dari Emas. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa nisbah emas kepada perak sepanjang beratus tahun lamanya, juga adalah sekitar 15 - 17. Tapi hari ini nisbah ini adalah 50 - 60. Dengan kata lain potensi kenaikan harga perak adalah lebih kurang 30 kali ganda berbanding harga emas skrg! Di tambah lagi dengan penggunaan dan permintaan Perak yang sangat banyak, seiring dengan perkembangan dunia dalam arus teknologi.
Malah ada yang menjangka nisbah ini akan lebih kecil dari purata yang sepatutnya, malah mungkin lebih rendah dari 1!! (bermaksud harga perak lebih tinggi dari emas). Sila rujuk post ini http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/perak-akan-lebih-bernilai-dari-emas.html.
Malah ada yang menjangka nisbah ini akan lebih kecil dari purata yang sepatutnya, malah mungkin lebih rendah dari 1!! (bermaksud harga perak lebih tinggi dari emas). Sila rujuk post ini http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/05/perak-akan-lebih-bernilai-dari-emas.html.
Menurut Mike Maloney (seorang yg pakar dalam pelaburan logam berharga), Perak sekarang nilainya sangat rendah dari yang sepatutnya (undervalued), ditambah pula dengan manipulasi Perak yang dilakukan secara global oleh sesetengah pihak. Selain itu nisbah emas perak juga boleh dijadikan pentunjuk (indicator) kepada pelabur untuk beralih kemana, emas atau perak? Jika Nisbah tinggi, maka lebih baik beralih kepada perak dan jika nisbah rendah, lebih digalakkan beralih kepada emas.
- http://www.investinganswers.com/financial-dictionary/commodities-precious-metals/gold-silver-ratio-3519#.T8hygVvk0lw.facebook
- http://seekingalpha.com/article/206897-the-historical-gold-silver-ratio-and-why-it-s-time-to-buy-silver
- http://seekingalpha.com/article/315972-the-gold-to-silver-ratio-and-200-silver
Ini jawapan dari David Morgan pula.
_______________________________________________
"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"
Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!
.
.
No comments:
Post a Comment