Monday, June 4, 2012

Perang Kemboja






…Apabila meletusnya perang di Kemboja, ramai rakyatnya tidak mempunyai pilihan selain lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri. Sebahagian daripada mangsa peperangan yang menjadi pelarian menuju ke Malaysia dengan seribu harapan bagi memulakan hidup baru. Ramai antara mereka mendarat di selatan tanah air, terutamanya daerah Kota Tinggi dan Mersing. Atas pertimbangan tertentu dan ihsan kerajaan Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia tanpa perlu dikurung di dalam kem-kem pelarian. Semenjak itu, bermula kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan.

Atas kudrat dan kesungguhan mereka melakukan apa sahaja pekerjaan terutamanya menjaja kain dari rumah ke rumah. Kini selepas beberapa dekad, kehidupan mereka sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Namun yang lebih penting daripada itu, mereka secara amnya lebih kaya daripada penduduk tempatan sendiri. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan ramai antara mereka memiliki banglo di Ulu Tiram, tidak jauh dari Kota Tinggi.

Memang sudah menjadi adat, orang yang berusaha lambat laun pasti berjaya. Namun dalam hal perniagaan, walau sekecil mana sekalipun, tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orang-orang Kemboja ini mendapat modal mereka? Rupa-rupanya rahsia mereka pada apa yang mereka bawa ke negara ini suatu waktu dahulu. Ketika mereka melarikan diri, mereka terpaksa mengorbankan seluruh harta benda. Semuanya terpaksa mereka meninggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas.

Bukannya Kemboja tidak ada mata wang ketika itu, malah mata wang Dolar Amerika cukup banyak. Namun mereka sedar, dalam situasi perang, duit tidak akan ada  nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun, tetap diterima walau kemana sahaja mereka pergi. Pengalaman orang-orang Kemboja itu memang banyak memberi pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya.

Pada pertengahan tahun 90-an, ekonomi Malaysia benar-benar berada di puncaknya sehingga negara mendapat gelaran sebagai salah satu daripada “Tiga Harimau Asia”. Namun perkembangan itu dengan mudah direntap oleh aktiviti jahat penyangak mata wang yang melakukan konspirasi kepada negara-negara di Asia Tenggara. Mujur negara kita mempunyai rizab emas yang tinggi ketika itu. Sebahagian daripadanya dicairkan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada terus runtuh. Bersama-sama dengan tambatan dan kawalan nilai mata wang Ringgit oleh Tun Dr, Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, Malaysia daripada terus tersungkur dan terpaksa meminjam daripada IMF seperti beberapa negara jiran lain yang turut terjejas.

Pengalaman orang Kemboja dan keadaan ekonomi negara yang diserang membuktikan peranan emas dalam menyelamatkan situasi yang genting. Kini, suasana ekonomi semasa di seluruh dunia tidak menentu dengan harga barang keperluan harian yang terus meningkat (terutamanya minyak), kadar pengangguran yang semakin tinggi di banyak negara , penghasilan yang produktif tetapi tidak mnguntungkan, dan bermacam-macam lagi berperanan bagi memudahkan kehidupan kita, malah wang kini semakin menjadi punca bebanan kepada kita. Gaji meskipun semakin banyak, tetapi semakin tidak mencukupi. Ramai yang hidup bergantung pada pinjaman dan penggunaan kad kredit memakan diri peminjam itu sendiri apabila ramai yang diisytiharkan muflis pada usia muda.

Nampaknya kita tidak dapat bergantung pada wang semata-mata bagi menjalani hidup kita sehari-sehari. Wang tunai kini semakin kehilangan kuasa akibat ‘dimakan’ oleh inflasi. Sesuatu diperlukan bagi menambat nilai wang daripada terus mengecut, tidak kira sama ada secara langsung. Seperti pengalaman orang Kemboja dan negara menyelamatkan diri menggunakan emas, kita juga mesti menggunakan cara yang sama.

Sejak 10 tahun yang lalu, harga emas di pasaran dunia tidak pernah turun dalam erti kata yang sebenar. Dalam tempoh itu, nilai emas meningkat sebanyak lebih 450 peratus! Sekiranya kita bandingkan, sebenarnya nilai wang kita mengecut menjadi tidak sampai 20 peratus berbanding emas sejak satu dekad yang lalu. Apakah kita akan terus membiarkan diri kita turut sama ‘dikecutkan’ bersama dengan kecutnya nilai mata wang kita itu? Sekiranya hendak menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa tanpa disedari, elok kita mula mendedahkan diri kepada ‘sinaran’ emas pula.  


Dipetik dari buku "Pelaburan Emas" oleh Saat Sukami.






"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...