https://www.facebook.com/snfanclub |
"Orang ingat makcik-makcik Kelantan tu rajin meniaga lepas tu beli barang kemas berkilo-kilo tu kurang bijak. Tahukah anda, semasa kegawatan ekonomi 1997 semasa Ringgit jatuh teruk, makcik-makcik ni steady kaya raya tak terusik langsung. Bila nilai 'KERTAS' jatuh, harga LOGAM EMAS masih laki pada 1 harga yang sama seluruh dunia. Pandangan saya, jangan ingat orang lain tak bijak:
Orang-orang kampung dan orang-orang lama mungkin tidak tahu apa itu perancangan kewangan atau bijak wang. Tapi apa yang pasti mereka sebenarnya telah jauh lebih bijak dari kita. Mungkin dari istilah lain, tapi dari cara mereka, mereka mmg genius. Kita sahaja orang skrg yang sudah kurang celik dan perlu belajar apa itu perancangan kewangan.
Orang dulu-dulu rasanya takde macam ni.
2 minggu lepas saya dan team Emas Corp membuat seminar dan program percuma tentang emas dan perak untuk orang-orang di Kampung Gajah, Perak. Tapi bila ditanya, siapa yg sudah ada emas, semua mengangkat tangan. Malah ada yang datang ke seminar kami memakai gelang dan rantai hampir 300g banyaknya. Rasa seperti mereka yang patut buat kelas bagaimana untuk mengumpul emas sebegitu.
Berbanding seminar-seminar dan program yang di anjurkan di kawasan bandar, ramai yang masih tidak punyai emas. Malah ada yang tak pernah pegang dan lihat emas fizikal pun.
Semasa seminar tentang kewangan yang di adakan di Sunway bulan lepas (National Achievers Congress 2012), salah seorang speaker adalah pakar pelaburan antarabangsa bernama ROBERT KIYOSAKI ada bertanyakan kepada ribuan hadirin yang datang pada hari itu. Soalan yang sama juga, siapa yg sudah menyimpan emas dan perak? Menyedihkan yang angkat tangan tak sampai 20%. Orang kampung tak kenal pun siapa Robert Kiyosaki, lagilah nak ke siminar. Malu!
Jadi, apa pengajaran yang boleh kita ambil?
_______________________________________________
"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"
Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!
.
No comments:
Post a Comment