Thursday, August 23, 2012

China telah import emas lebih banyak dari segala simpanan emas fizikal Portugal dalam hanya 6 bulan





Dalam kesibukan pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa sibuk membeli, menjual, berdagang dan bermain dengan saham emas untuk membuat keuntungan jangka masa pendek, negara China pula hanya sibuk dengan satu benda, BELI. Iaitu hanya terus dan terus membeli emas fizikal!

Baru-baru ini ramai yang tertanya apa yang dibuat oleh negara China, sebagai kuasa ekonomi besar baru dunia selepas membuat keuntungan berbilion dollar dalam tempoh setengah tahun pertama 2012. Ini kerana mereka tidak menggunakan pendapatan negara untuk menambah wang dalam simpanan mereka seperti sebelum-sebelum ini. Namun kini diketahui yang mereka tidak lagi membeli US Dollar sebagai 'reserve', tetapi Beijing telah membeli 68 ton emas dari Hong Kong pada bulan Jun 2012 sahaja. Dan dalam tempoh 6 bulan baru-baru ini sahaja, China rupanya telah membeli 383 ton emas fizikal keseluruhannya. Dan jumlah yang dibeli dalam tempoh 6 bulan ini adalah lebih banyak dari keseluruhan apa yang ada dalam simpanan negara-negara seperti Portugal, Venezuela, Arab Saudi, UK dan sebagainya.   





Jumlah pecahan emas yang dibeli oleh China untuk 6 bulan pertama tahun 2012





Ini adalah status simpanan emas fizikal yang rasmi setakat ini. Untuk pembeli baru masih belum dimasukkan dalam laporan rasmi ini.









_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...