Sunday, September 2, 2012

Hiperinflasi Zimbabwe (Bahagian 2)






ADAPTASI


PENGGUNAAN MATAWANG ASING

Pada tahun 2007, kerajaan Zimbabwe telah mengisytiharkan inflasi adalah haram. Sesiapa yang menaikkan harga barangan mahupun perkhidmatan akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Akibatnya harga menjadi tetap untuk sementara. Namun ini bukanlah cara terbaik untuk menangani inflasi. Akibatnya ramai peniaga dan ahli korporat akhirnya ditahan kerana menikkan harga mereka.

Pada Disember 2008, Bank Pusat Zimbabwe telah mengeluarkan lesen untuk 1000 pekedai bagi membenarkan urusan jual beli di kedai mereka menggunakan matawang asing. Kesan daripada itu, rakyat semakin hari semakin banyak menggunakan matawang asing dalam urusan seharian. Banyak kedai juga telah mula meletakkan tanda harga dalam matawang USD, memandangkan mereka juga memerlukan USD untuk mengimport barangan dari luar. Akhirnya majoriti pernigaan samada besar atau kecil telah menggunakan matawang asing dalam pernigaan mereka, samada mendapat lesen mahupun tidak.   


Bila matawang negara sendiri semakin tidak laku, matawang asing lebih menjadi pilihan


Pada Januari 2009, pemanku Menteri Kewangan Patrick Chinamasa mengisytiharkan secara rasmi yang penggunaan matawang asing dalam urusan seharian di Zimbabwe adalah dibenarkan di seluruh negara. Ini adalah memandangkan majoriti rakyat Zimbabwe sudahpun menggunakan matawang asing dalam urusan mereka hari-hari. Rakyat dibenarkan untuk menggunakan US Dollar, Euro dan South African Rand (matawang rasmi Afrika Selatan). Namunpun begitu, guru dan penjawat awam lain masih dibayar dalam Zimbabwe dollar, dan gaji mereka mencecah trillion dollar Zimbabwe sebulan. Dan ini sebenarnya berjumlah lebih kurang USD1 sahaja, atau separuh dari tambah bas. Kerajaan juga telah cuba untuk mengurangkan pengaliran keluar Zimbabwe Dollar dengan menghadkan pengeluaran duit kertas dari mesin ATM sebanyak $Z500 000 Zimbabwe Dollar, iaitu sekitar $0.25USD sahaja.


Bila inflasi terlalu tinggi dan nilai duit kertas jatuh teruk, akhirnya duit kertas hanya di timbang
untung mendapatkan nilainya. Terlalu banyak jika hendak dikira satu-satu. 

Sehingga hari ini, selain penggunaan matawang asing, emas fizikal juga digunakan secara meluas dalam jual beli hari-hari. Sehingga satu tahap rakyat Zimbabwe sanggup melombong emas sendiri bagi mendapatkan sebungkus roti.


Aktiviti melombong emas oleh rakyat Zimbabwe

Secara asas, perlombongan emas memerlukan permit khas, Namun bila keadaan sudah kucar kacir, inflasi yang tidak terkawal,
rakyat sudah tiada pilihan selain melombong secara haram walaupun mereka sedar risiko untuk ditangkap adalah sangat tinggi.

Aktiviti melombong beramai-ramai

Demi sebuku roti


PASARAN GELAP

Hidup dalam keadaan hiperinflasi adalah satu cabaran yang sangat hebat untuk rakyat Zimbabwe. Kedai dan di restoran yang masih menggunakan Dollar Zimbabwe akan menaikkan harga beberapa kali dalam satu hari. Setiap Dollar Zimbabwe yang diperolehi akan ditukarkan kepada matawang asing secepat mungkin, atau pemegangnya akan rugi akibat kejatuhan nilai Dollar ZImbabwe yang sgt cepat. Sebagai contoh, sebuah bas mini yang masih mengenakan bayaran dalam Dollar Zimbabwe akan menukar harga tambang beberapa kali dalam sehari. Biasanya waktu sibuk di tengah hari harga tambang akan dinaikkan paling tinggi. Dan hasil dari duit tambang tersebut, pengusaha bas akan menukarkannya kepada matawang asing. Dan ini bukan dilakukan di bank atau pengurup wang berlesan, tetapi di tepi-tepi jalan, belakang banggunan dan di kawasan tempat letak kereta.

Harga yang perlu dibayar mencecah ratus ribu dollar

Aktiviti pernigaan seperti ini dikiran sebagai pasaran gelap, dimana undang-undang Zimbabwe tidak lagi diguna pakai. Peniaga akan mencipta undang-undang sendiri dan berniaga sesuka hati mereka. Harga barangan dan perkhidmatan akan dinaikkan dan diturunkan sesuka hati terutama jika Dollar Zimbabwe digunakan. 

Dan pasaran-pasaran gelap ini berfungsi atas permintaan ramai kerana kebanyakan barang keperluan seperti sabun dan roti dijual dengan menggunakan cara ini. Ini kerana kedai-kedai runcit yang mengikut undang-undang tidak akan menjual lagi barang-barang yang harganya dikawal (seperti roti), kerana mereka akan rugi apabila berniaga dalam Dollar Zimbabwe. Ini semua berlaku akibat inflasi yang naik tinggi hanya dalam beberapa jam. Duit kertas yang ada di pagi hari dan boleh digunakan membeli sebuku roti, belum tentu masih boleh memberi sebuku roti pada tengah harinya, mungkin hanya separuh atau suku sahaja.


Lihat jumlah duit kertas yang diperlukan untuk membeli 4 biji tomato

Sebuku roti

Resit membeli barang keperluan berjumlah 1 billion dollar lebih!

Sebiji epal barangkali berhaga 100 billion dollar sudah ketika ini

3 biji telur berharga 100 billion dollar



PENAMAAN SEMULA NILAI MUKA DUIT KERTAS

Selepas Zimbabwe mendapat kemerdekaan pada tahun 1980, matawang Zimbabwe menjadi salah satu matawang yang sangat meluas digunakan. Pada asalnya, duit kertas yang digunakan adalah Z$20Z$10Z$5Z$2, dan duit syiling pula adalah Z$1, 50cent, 20cent, 10cent, 5cent, 1cent. Akibat daripada inflasi dan  kenaikan harga barang yang menggila, lebih banyak duit diperlukan. Akhirnya sehingga satu tahap Bank Pusat Zimbabwe telah mencetak duit kertas dengan nilai muka sehingga Z$100 000 000 000Z$50 000 000 000Z$10 000 000 000Z$5 000 000 000Z$2 000 000 000. Dan proses penamaan ini berlaku dengan sangat cepat dan kerap, sebagai contoh pengumuman duit kertas Z$200 000 000 hanyalah sehari selepas duit kertas baru Z$100 000 000 dikeluarkan.

Penamaan semula nilai muka duit kertas ini telah berlaku 3 kali dan duit kertas terakhir yang dicetak oleh Bank Pusat Zimbabwe bernilai 1/10000000000000000000000000 (1/1025) dari nilai duit asal Dollar Zimbabwe mula-mula dikeluarkan.












_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...