PENGENALAN
Hiperinflasi di Zimbabwe bermula sejurus selepas kemusnahan dan kecelaruan ekonomi dalam perang saudara Zimbabwe dan peristiwa rampasan tanah ladang milik orang berkulit putih. Kapasiti pengeluaran makanan jatuh 45%, sektor pembinaan jatuh 29% dan penganggunaran naik sehingga 80%! Sewaktu puncak hiperinflasi pada tahun 2008, dianggarkan inflasi Zimbababwe mencecah 6.5 sextillion peratus!! Pada tahun 2009, kerajaan Zimbabwe secara rasminya tidak lagi menggunakan Zimbabwe Dollar sebagai matawang rasmi. Sehingga ke hari ini, pada September 2012, masih tiada lagi matawang baru diperkenalkan. Kebanyakan urus niaga dilakukan menggunakan matawang negara lain terutamanya US Dollar dan dalam bentuk emas fizikal.
* 6.5 sextillion = 6 500 000 000 000 000 000 000 !!!
SEJARAH ZIMBABWE
Republik Zimbabwe ditubuhkan pada tahun 18 April 1980 dari bekas tanah jajahan British Rhodesia. Dollar Rhodesia kemudiannya digantikan dengan Dollar Zimbabwe dengan nilai yang sama. Pada waktu Zimbabwe mendapat kemerdekaannya, nilai Dollar Zimbabwe adalah lebih tinggi dan lebih bernilai dari US Dollar. Pada awal tahun penubuhan negara ini, Zimbabwe mengalami penumbuhan ekonomi yang sangat pesat. Penghasilan gandum meningkat dengan lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Begitu juga dengan industri tembakau. Perkembangan ekonomi menunjukkan kenaikan yang sangat kukuh.
Robert Mugabe |
Pada tahun 1990-an, Presiden kerajaan Zimbabwe ; Robert Mugabe telah membuat pembaharuan dalam pembahagian tanah. Iaitu bertujuan untuk mengagihkan semula tanah milik orang berkulit putih kepada petani berkulit hitam untuk membetulkan ketidak adilan penjajah. Walaupun begitu, kebanyakan petani berkulit hitam tidak pandai menguruskan ladang-ladang besar yang mereka perolehi. Akibatnya dari tahun 1999 hingga 2009, Zimbabwe telah mengalami penurunan mendadak dalam industri pengeluaran makanan dan pelbagai sektor besar lain. Akibatnya jumlah pengangguran meningkat dan taraf sosio-ekonomi rakyat negara itu jatuh teruk.
SEBAB BERLAKUNYA HIPERINFLASI
Dari sudut kewangan, secara umum peningkatan sesuatu harga barang adalah di akibatkan daripada nilai duit kertas yang mengurang, lebih dari nilai sesuatu barang itu. Dan perkara ini boleh dilihat dari 2 sudut ; secara objektif dan secara sukjektif.
Dari sudut objektif, duit kertas tersebut tidak mempunyai asas yang kukuh atau 'intrinsic value' untuk mempunyai nilai.
Dari sudut subjektif, orang-orang yang menggunakan duit kertas tersebut kurang atau hilang keyakinan terhadap kekuatan duit kertas itu dalam mengekalkan dan menyimpan nilai.
Satu aspek yang sangat penting terhadap kedua-dua sudut ini adalah disiplin dalam mencetak lebihan duit kertas. Namun begitu, kerajaan dibawah pimpinan Mugabe telah mencetak wang kertas yang sangat banyak dalam menampung penglibatan mereka dalam krisis Republik Demokratik Congo (Democratic Republic of the Congo) dan Perang Congo ke-2 pada tahun 2000, dengan memberi gaji yang sangat tinggi kepada askar dan pegawai kerajaan. Dan kerajaan Zimbabwe dikatakan telah gagal melaporkan perbelanjaan yang tinggi ini, dianggarkan sebanyak 22 juta Dollar sebulan kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund / IMF).
Antara sebab lain berlaku lebihan dalam pencetakan wang oleh kerajaan Zimbabwe adalah akibat dari sikap boros kerajaan dan rasuah yang sangat teruk dalam golongan atasan kerajaan. Ini mengakibatkan hilangnya keyakinan terhadap nilai dan kekukuhan Dollar Zimbabwe.
Tidakkan kerajaan Zimbabwe yang kurang bijak ini telah menyebabkan penurunan terhadap produktiviti negara. Akibatnya, ini telah menjahanamkan ekonomi negara. Namun ini tidak semestinya bermaksud yang nilai matawang akan jatuh, tetapi apa yang pasti ia mengurangkan keyakinan orang terhadap matawang itu. Situasi ketika itu semakin teruk bilamana keganasan dan kemiskinan boleh dilihat di mana-mana. Malah kerajaan yang mengamalkan demokrasi ini juga telah bersifat diktator dan kejam dalam memansuhkan gerakan-gerakan dari parti pembangkang. Secara tidak langsung, Zimbabwe bukan mempunyai kejatuhan dan krisis dalam ekonomi tetapi juga krisis politik yang sangat teruk.
Dan kesannya, penanaman dan pengeluaran hasil tembakau ketika itu yang menyumbang 1/3 dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menurun dengan mendadak. Industri pembuatan dan perlombongan juga merosot teruk. Selain itu faktor ladang-ladang besar yang di beri kepada orang yang tiada pengalaman dan kemahiran telah memburukkan lagi keadaan.
Ketidak stabilan kerajaan dan pergolakan sivik berlaku di mana-mana. Tentera Zimbabwe yang dilatih oleh Korea Utara telah menjalankan satu pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1980-an di wilayah selatan Zimbabwe dan kawasan tengah. Walaupun Mugabe ada menyebut yang kononnya serangan gerila ini adalah untuk pihak pemberontak, tetapi ia telah melibatkan banyak nyawa orang awam. Selain itu konflik antara etnik Ndebele yang minoriti dan etnik Mugabe Shona yang merupakan majoriti telah membawa kepada pertempuran dan pertumpahan darah yang banyak. Malah pergolakan antara orang berkulit putih dan hitam juga mendorong ramai orang kulit putih yang mahir dalam menguruskan ladang dan tanah, meninggalkan negara Zimbabwe.
Bila duit kertas sudah tiada nilai |
Kegagalan kerajaan dalam menangani masalah-masalah yang timbul akhirnya memakan diri sendiri. Penghasilan duit kertas dengan nombor yang lebih besar dan matawang baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Zimbabwe tetap gagal dalam mendapatkan semula keyakinan orang terhadap kestabilan matawang Zimbabwe. Maka salah satu sebab besar mengapa matawang Zimbabwe menghadapi inflasi yang teruk sehingga menyebabkan hiperinflasi, adalah akibat ketidak percaya orang terhadap matawang ini lagi. Dan memang ramai yang menjangkakan inflasi teruk akan berlaku.
KADAR INFLASI
Sepanjang tempoh 5 tahun berlakunya hiperinflasi di Zimbabwe, kadar inflasi berubah dengan sangat drastik sekali. Sehingga satu tahap, duta Amerika di Zimbabwe menganggarkan kadar infasi akan mencecah 1.5 juta peratus (1 500 000 %). Pada tahun 2008, kadar kenaikan harga barang tahunan adalah 11.2 juta peratus (11 200 000%). Dan pada tahun 2008 jugalah kadar inflasi berlaku dengan paling teruk sekali sehingga memaksa matawang Dollar Zimbabwe di bubarkan dan tidak digunakan lagi. Puncak berlakunya inflasi ini adalah pada pertengahan November 2008 dengan kadar inflasi sebanyak 79.6 juta peratus (79 600 000%) sebulan!! Kadar tukaran antara 1 USD kepada Zimbabwe Dollar ketika itu ialah 2 621 984 228 Zimbabwe Dollar!!
Perbezaan kadar tukaran wang antara USD dan Zimbabwe Dollar pada tahun 1980 dan tahun 2008 |
Baca lagi :
Zimbabwe Hyperinflation Part 1
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-1.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 2
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-2.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 1
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-1.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 2
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-2.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 3
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-3.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 4
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-4-video.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 5
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-5.html
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-3.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 4
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-4-video.html
Zimbabwe Hyperinflation Part 5
http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2012/09/hiperinflasi-zimbabwe-bahagian-5.html
_______________________________________________
"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"
Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!
No comments:
Post a Comment