Monday, March 28, 2011

Gold and Silver now legal tender in Utah due to "Dying Dollar"



Monday, March 21, 2011

Siapa Menentukan Harga Emas?

Zuhaimy Hj Ismail
DdRG, UTM Skudai

Hampir setiap hari dalam penghidupan ini, kita berhadapan dengan konsep ‘harga’.  Harga sekilo ikan kembung, harga kereta Proton Wira dan harga minyak masak di pasaraya.  Pernahkah kita bertanya apa itu sebenarnya harga?  Sejarah awal manusia menunjukkan mereka saling memerlukan pertukaran barangan dan perkhidmatan.  Mereka melakukan pertukaran dan perdagangan dengan meletakkan sesuatu nilai kepada ‘logam kuning’ yang dikenali sebagai emas yang boleh ditukar dengan pakaian dan makanan.  Mereka menggunakan suatu komoditi asas sebagai benda bernilai dan membuat pertukaran barangan dan perkhidmatan dengannya dan dari sinilah bermulanya konsep harga.

Perdagangan yang berlaku di pasar di bandaraya seperti Istanbul, Rabat dan Baghdad, harga sesuatu komoditi diletakkan oleh penjual dan aktiviti tawar menawar berlaku atau dibahaskan, kemudiannya setelah mencapai persetujuan tentang harga barulah pembayaran dibuat dan pertukaran barang berlaku.

Bagi kebanyakan perkhidmatan, harga boleh dinyatakan mengikut kadar usaha dalam masa.  Harga suatu komoditi, harganya ditentukan oleh pembolehubah asas bekalan dan permintaan dalam pasaran.  Bagi kebanyakan pengguna, harga adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh penjual dan kita sebagai konsumer hanya berupaya untuk menerimanya atau tidak.

Dinar emas adalah koin seberat 4.25gram emas 22 karat.  Siapa yang menetapkan harga dinar emas ini?  Oleh kerana dinar emas diperbuat daripada emas tulen, harganya sudah tentu bergantung kepada harga emas mengikut harga pasaran emas dunia.  Siapa pula yang menentukan harga pasaran emas dunia ini?  Adakah pengeluar emas yang menentukan harga?

Pengeluar kelapa sawit tidak terus mengeluarkan minyak masak.  Bahan mentah yang dikeluarkan diproses terlebih dahulu sebelum digunakan atau diekspot.  Pengeluar emas tidak sama seperti pengeluar barangan komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit.  Kita dapati hasil keluaran lombong emas adalah suatu produk langsung iaitu emas.  Oleh kerana hasil keluaran lombong adalah emas dan sifat emas yang sekata ini menyebabkan harga emas di London adalah sama dengan harga emas di mana ianya dikeluarkan.  Oleh itu tidak terdapat perbezaan atau persaingan dari segi harga logam yang dihasilkan.

Sebab itulah AngloGold sebuah syarikat perlombongan terbesar di dunia tidak bersaing dengan Newmont pengeluar emas kedua terbesar atau Newcrest atau Ashanti atau dengan mana-mana pengeluar emas yang lain.  Walau di mana emas itu dilombong, harga emas dunia tetap sama dengan harga yang telah ditetapkan dalam dolar AS.  Siapa yang menetapkan harga emas?  Yang membezakan harga satu auns emas adalah kos pengeluarannya.  Pengeluar emas dunia mesti menerima harga emas antarabangsa yang ditetapkan oleh agen dengan telefon berangkai di sebuah pejabat di bangunan tua di London dengan bantuan imbasan pada skrin komputer yang menunjukkan perdagangan elektronik yang berlaku di New York.  Pelombong emas tidak ada kuasa langsung untuk menentukan harga emas yang mereka keluarkan.  Pengeluar emas hanyalah sebagai penerima harga yang telah ditetapkan oleh lima orang yang dilakukan dua kali dalam sehari.  Seperti perniagaan lain, yang utama dalam mana-mana perniagaan adalah keuntungan, sesuatu yang menjadi punca utama kunci untuk terus wujud dalam perniagaan iaitu fungsi harga produk yang dikeluarkan.  Keuntungan adalah pendapatan tolak kos, pendapatan yang ditentukan oleh hasil darab kuantiti yang dijual dengan unit harga bagi setiap item.

Oleh kerana harga emas itu sama walau dimana ianya dikeluarkan maka untuk pengeluar emas boleh meningkatkan keuntungan hanyalah dengan meningkatkan kuantiti dan menempakan emas itu kepada matawang yang lebih bernilai tinggi.  Jadi keuntungan boleh ditokok dengan meningkatkan kuantiti emas yang dikeluarkan.  Tetapi secara asasnya jika harga emas telah ditetapkan, cabaran kepada pelombong hanyalah dengan mengurangkan kos pengeluaran.  Hanya kos pengeluaran sahaja yang boleh dikawal oleh pengeluar emas.

Kos boleh diminimumkan dengan meningkatkan kecekapan pengeluaran emas, walau bagaimanapun oleh kerana keadaan perlombongan yang ada sekarang, pelombong hanya mempunyai sedikit sahaja pilihan untuk mengubah cara melombong dan meminimumkan kos.  Cara lain adalah dengan mendapatkan jongkong yang lebih berkualiti dibandingkan dengan kuantiti jongkong yang dikeluarkan.

Berdasarkan kos pengeluaran yang diberikan oleh Gold World bahawa kos pengeluaran bagi bulan March yang dicatatkan oleh lapan pengeluar emas di dunia yang mewakili satu pertiga pengeluaran emas, purata pengeluaran mereka adalah US$232 per auns.  Jika dimasukkan kos perkhidmatan, faedah wang kertas, kos terokaan dan percukaian semuanya berharga dalam lingkungan US$42 per ouns, jadi kos efektif pengeluaran emas adalah US$274 per ouns.

Harga emas makin meningkat dibandingkan dengan dolar Amerika.  Faktor pengerak harga emas mengarahkan kepada harga emas terus meningkat.  Perhatikan apa yang berlaku sekarang terhadap usaha AS.  Peperangan menentang keganasan oleh AS dengan koncu-koncunya membawa kepada peningkatan harga emas.  Tingginya harga emas akan meningkatkan defisit perbelanjaan yang melemahkan lagi dolar Amerika.  Kelemahan dolar Amerika akan meninggikan lagi harga emas.  Rendahnya kadar faedah yang berlaku sekarang ini tidak disenangi oleh banyak institusi kewangan.  Kadar faedah yang amat rendah pada aras terendah sejak 40 tahun telah meningkatkan lagi penjanaan bekalan wang kertas lantas meningkatkan harga emas.  Sebaliknya jika harga emas dikawal di aras yang rendah, pengeluaran emas pula tidak menguntungkan dan ini akan mengurangkan jumlah emas dalam pasaran.  Keadaan begini akan meninggikan harga emas.  Permintaan kepada emas terus meningkat dengan bilangan penduduk dunia yang bertambah.  Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan aktiviti ‘hedging’ dan ini akan menyebabkan kurang bekalan emas dan kesannya adalah kenaikan harga emas.  Kurangnya kepercayaan dunia dengan polisi yang diamalkan oleh AS akan menyebabkan masyarakat dunia mengalih pergantungan kepada dolar Amerika.  Emas menjadi sandaran yang paling kukuh.

Satu lagi fenomena penting yang berlaku sekarang ini ialah peningkatan permintaan emas oleh negara China.  China telah membuat keputusan untuk mengikat “reserve” asingnya dengan emas.  Tindakan China ini menambah permintaan emas dunia dan dengan perkembangan ekonomi yang memberansangkan permintaan kepada emas akan terus meningkat.  Shanghai Gold Exchange (SGE) telah mula membuka peluang untuk rakyat negara itu untuk melabur dalam emas fizikal dan ini meningkatkan lagi permintaan emas serta meningkatkan kecairan perdagangan berasaskan emas.  Tindakan oleh SGE telah secara langsung meningkatkan lagi permintaan emas dan harga emas.  Polisi domestik negeri China telah meningkatkan pendapatan lebih daripada 800 juta rakyatnya dan ini akan meningkatkan kuasa membeli rakyatnya seterusnya meningkatkan permintaan emas.

Graf harga emas dalam dolar per ouns adalah pada kadar meningkat sejak tahun 1990 hinggalah ke tahun 2003. Begitu juga dengan Equities (S&P 500 index) menunjukkan kadar minimum yang meningkat mengikut tahun yang sama.  Beberapa faktor yang menyokong kenaikan harga emas adalah pasaran ekuiti sekarang ini di bawah paras di mana harga emas berkadaran songsang dengan S&P 500.  Perbelanjaan defisit dan kadar pulangan yang rendah atau sifar membawa kepada susutnya nilai dolar Amerika.  Kita dapati juga banyak pelombong emas terus mengumumkan untuk mengurangkan program ‘hedging’ dan meningkatkan permintaan terhadap emas fizikal walaupun harga emas yang agak tinggi.

Pembaharuan dalam minat pelabur untuk melabur dalam dagangan emas turut meningkatkan lagi permintaan emas dengan pelaburan yang meningkat di China disebabkan kelongaran peraturan pemilikan dan perdagangan emas.  Kekurangan penemuan lombong emas yang baru di dunia dengan permintaan emas yang tetap tinggi akan terus meningkatkan lagi harga emas.  Semua peristiwa yang dinyatakan di atas memberi petanda bahawa harga emas dibandingkan dengan dolar Amerika akan terus meningkat.  Untuk mengurangkan impak ini, kita dengar baru-baru ini bank Eropah telah menjual jongkong emasnya dan tindakan ini menurunkan sedikit harga emas tetapi kembali tinggi setelah beberap minggu.  Apa yang kita boleh pelajari adalah sistem perbankan barat akan mencari jalan supaya kepercayaan kepada emas tidak diterima masyarakat.  Mereka merasakan simpanan emas tidak membawa banyak keuntungan kerana mereka selama ini menjalankan aktiviti menyorok (hoarding) emas dari diguna pakai oleh masyarakat umum.

Matawang dinar emas tidak bergantung kepada mana-mana koporat atau kerajaan “janji untuk membayar’.  Ianya digunakan sebagai sandaran kegagalan bank, kawalan pertukaran asing dan penilaian semula matawang kertas (currency devaluation).  Ianya sangat relevan kepada pasaran yang baru.  Negara yang baru mengembangkan ekonominya seperti Burma, Kemboja dan Laos mendapati dinar emas amat sesuai untuk melindungi pendapatan negaranya, Timor-Timor negara baru yang masih menggunakan dolar Amerika sedang mencari alternatif kepada wang kertas tak bernilai ini.  Dinar emas mampu menjadi matawang negara itu dan perdagangan boleh dilakukan dengan menggunakan dinar emas.  Umat Islam harus yakin untuk berubah kepada penggunaan dinar emas sebagai simpanan kekayaan sebenar atau komoditi lain.  Kekayaan sebenar ini mesti diusahakan supaya berada di tangan umat Islam, bukan bergantung kepada wang kertas dolar Amerika yang terus menerus susut nilainya disebabkan oleh faktor riba, inflasi, manipulasi dan spekulasi peniaga matawang dunia.

Thursday, March 3, 2011

DEALER GCP DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA!





Ejen GOLDCREST PAVILION S/B (GCP) diperlukan di seluruh malaysia. Seluruh dunia pun boleh. Yuran RM600 seumur hidup. Spread 5%. Komisyen 5%-15%. Produk: dinar, gold bar & rantai tangan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Xnak keluar modal pun boleh. Jadi reseller sahaja dengan komisyen 3%. Terbuka kepada sesiapa sahaja yg berminat.


- Mukhlis -
- 0123133764 -
- eng_0102mat@yahoo.co.uk -
- http://www.facebook.com/mukhlis.ahmad.azam -
- Klang Valley (kawasan utama : Univesiti Malaya dan sekitarnya) -
 
 
 

Wednesday, March 2, 2011

Gold Market Breakout Alert! $1,500+

Gold Forecaster Weekly E-Mail Snippet

Gold Market Breakout Alert!
By: Julian Phillips & Peter Spina, for the Gold & Silver Forecaster
 

The Gold Price has confirmed that a large movement upward is shortly to occur.   





1st March 2011

We noted that once the trading range between $1,320 and $1,380 broke through resistance at $1,380 it could move much higher in the coming weeks, months.   We were going to alert you, but felt we should hang back and await confirmation that the high-risk area was passed and that we had confirmation that a strong move up was coming ($1,430+).   We have now had that confirmation and can confirm to you our subscribers that a large move upward is soon to occur.   Many leading analyst felt that a correction to $1,290 should come first, but we believe that, that has come and gone.   We now expect to see a move to new highs now between $1,500 and $2,000 in 2011 with higher prices thereafter.

The fundamental picture is a combination of four gold-positive forces: 

1.      Persistent ‘limit’ buying [informing dealers of the price they will pay then waiting for offers to come to them, but not chasing prices] of gold by Central Banks and Sovereign Wealth Funds.   This has been the case for the last year and more now.



  

2.     Asian buying from India and China, where a rapidly growing Middle class is saving as always, but including gold in their long-term savings.   This demand has become explosive and is set to dominate the market in the years to come.   These buyers buy to hold, not seeking profits [the same as central bankers] but seeking financial security for their families.   This has adjusted the shape of the technical picture as we have seen lately.  A good monsoon has led to an increase in rural community buying of gold in smaller amounts [due to higher prices] of around 5.7% over last year. 

3.     The failure of developed nations to resolve their monetary problems has set the stage for more debt crises alongside those in the U.S. where States are about to experience their own.  Food and energy inflation is ensuring negative interest rates [despite rates set to rise] and social disorder [as we are seeing now in the Middle East].   These will worsen in 2011 and beyond. 

4.     The inability of supply to grow despite the high prices we have seen.   Newly mined gold is at 2,542.7 tonnes and will rise to just above 2,660 which is not nearly enough to satisfy demand.  Recycling, or ‘scrap’ sales in 2010 was 1,652 tonnes 20 tonnes down on 2009.   For this to increase to satisfy growing demand in 2011 we believe that the gold price must rise by 20+% and persuade current holders to sell.

As you know our newsletter follows our favorites gold shares, gold, silver, currencies, oil and has a portfolio for your reference.  

Should you want us to track any particular stock for you, please let us know?
We feel that soundly based gold “Junior” mining companies will benefit strongly on the rise (please see more on gold stocks below).


Gold Stocks
1.       Medium Sized:      - Randgold Resources [GOLD]
                                                - Goldcorp [GG]
2.     Junior and Exploration Stocks

Gold stocks provide investors with a leveraged investment option versus the metal. Volatility has been a normal component of the gold stocks and with increasing volatility among all markets; this has only amplified the swings in the gold equities. So historically, gold shares will outperform the price on the upside and likewise on the downside.
There are many criteria a gold stock investor will look for when selecting an appropriate basket of gold companies. Those with a higher risk tolerance will look at junior and exploration gold stocks to offer extreme risk/reward investments. Yet despite the record $1,000+ gold prices, junior and exploration stocks are trading at levels significantly below pre-2008 sell-off levels. This is on top of growing prospects that gold is set to move significantly higher in the coming months, years. Also of consideration, gold mining companies have yet to heavily invest into exploration and development capital needed to replenish their declining production levels and reserves so market valuations are very attractive levels!
In our GoldForecaster.com Junior and Exploration Stock Portfolio, we research hundreds of companies looking for the right story with the proper mix of criteria that will provide among the lowest risk with exposure to high rewards. From management to share structures to the project themselves, many decisions must be made to select the right junior stocks.

 


To illustrate one of our recent gold junior selections, please refer to the Gold Resource Corp. (NYSE-AMEX: GORO) chart above.  An example of one our very profitable low-cost gold producer stock selections, a significant and growing high grade gold deposit provided our newsletter subscribers the opportunity to participate in a 2,300%+ profit.

Over the coming weeks and months, new additions to the portfolio will be made as new opportunities are researched, investigated. Please subscribe to the Gold Forecaster to view our Junior and Exploration Stock portfolio.

As you know, we at the Gold & Silver Forecaster are dedicated to following these developments so that Investors can maximize their understanding and profits from the gold and silver [and platinum] markets.  As a result we expect to see the gold market shine far brighter than we have seen to date.

If you have followed this newsletter and find our work to be valuable, we recommend that you forward this alert to your friends plus colleagues and encourage them to subscribe.   Weekly issues will allow them to see which shares we believe will benefit investors the most and to keep your fingers ‘on the pulse’ of the gold price.   Our coverage of the global economy is focused on the factors driving the gold price including oil, the $, and other relevant markets. We keep you updated and ahead!  

We will always keep the global perspective with the focus on gold, making our letter “must-have” reading in these markets.

Kind regards,

Julian Phillips & Peter Spina, for the Gold & Silver Forecaster.  

Subscribe through:     www.goldforecaster.com &    www.silverforecaster.com

Tuesday, March 1, 2011

Dinar Dirham Negeri Perak


Kerajaan Perak lancar dinar emas dan dirham perak untuk simpanan dan pelaburan

 

 




Kerajaan Perak menempa sejarah apabila melancarkan syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pertama di dunia yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera.
“Saya mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Prof Ahamed Kameel yang bertanggungjawab dalam hal ini dan seterusnya membawa kepada detik bersejarah pelancaran dinar emas dan dirham perak yang menggunakan kandungan emas 24K dan perak tulen.
“Kualiti dinar dan dirham yang kita lancarkan ini lebih baik daripada yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abd Malik Ibn Marwan iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas.
“Sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.
“Penting juga untuk diketahui umum bahawa dinar dan dirham ini bukan bertujuan menggantikan mata wang atau menjadi transaksi dalam urusan jual beli,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dinar emas dan dirham perak milik kerajaan Perak di Ipoh hari ini.
Projek itu dijayakan hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Pada majlis itu juga, Dr Zambry turut melancarkan buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.
Sementara itu, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri juga yakin pengenalan dirham emas dan dirham perak mampu menggalakkan perkembangan sektor baru seperti perkhidmatan selain membuka peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan.
Jelasnya, permintaan untuk memiliki dinar emas dan dirham perak ini diterima dari Brunei dan Singapura dan sebagai permulaan, masing-masing 1,000 keping syiling dinar emas dan dirham perak dikeluarkan dengan nilai RM3 juta.
Minat untuk memiliki emas sebagai pelaburan dan simpanan juga katanya, menunjukkan sambutan yang semakin meningkat baik dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Eksekutif GoldNet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif, berkata dalam keadaan krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, dinar emas dan dirham perak adalah alternatif pilihan bagi mempelbagaikan pelaburan dan melindungi wang simpanan daripada inflasi.
Tambahnya, inflasi adalah satu fenomena ekonomi yang kerap berlaku dan emas pula boleh bertahan nilainya dengan baik pada jangka masa panjang.
“Oleh itu, emas merupakan satu benteng yang baik terhadap inflasi selain boleh digunakan sebagai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan prestasi serta mengikuti agama kerana ia boleh digunakan untuk membayar zakat,” katanya.
Tambahnya, setiap pembelian dinar emas dan dirham perak ini akan disumbangkan kepada tabung wakaf untuk dimanfaatkan oleh umat Islam yang kurang berkemampuan.
Rais Hussin berkata, pembuatan dinar emas dan dirham perak berkualiti tinggi itu membabitkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar, iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
“Dinar dan dirham Perak ini direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
“Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak.,” katanya dan satu dinar emas dijual pada harga RM690 manakala koleksi dirham dijual dengan RM260.
GoldNet juga katanya, melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
“Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...