Thursday, January 27, 2011

Dr Murat Cizakca saran terus guna duit kertas





Negara Islam perlu kekal guna wang kertas
NEGARA Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem duit syiling itu boleh meningkatkan kadar faedah, dan menyukarkan kawalan inflasi.
Profesor Sejarah Ekonomi Perbandingan di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF), Dr Murat Cizakca, berkata wang sepatutnya berperanan sebagai alat pertukaran, bukan komoditi.
“Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar mempunyai kuasa penuh,” katanya dalam syarahan umum bertajuk ‘Dinar Emas Islam: Mitos dan Realiti’ anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun dan INCEIF di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, bekalan emas dikuasai oleh negara bukan Islam.
“Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga turun dan naik, justeru, negara Islam wajar terus menggunakan mata wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka dan akhirnya bersetuju menggunakan mata wang kertas yang sama pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang mengulas pendapat Cizakca, berkata: “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi.”
Beliau berkata, apabila inflasi tidak dapat dikawal, gaji sebenar rakyat turut jatuh.
“Peranan mata wang ialah sebagai alat perantara pertukaran, dan apabila mata wang berasaskan komoditi, nilai mata wang akan banyak bergantung kepada komponen komoditi dan kita tidak dapat lari daripada naik turun”, katanya. – BERNAMA


Saya fikir ini berlaku kerana bekalan emas utama dunia bukan dimiliki oleh negara Islam. Jika dimilikipun oleh negara Islam, negara tersebut mesti benar2 patuh kepada syariah dan tidak mengikut telunjuk barat seperti di sesetengah negara Islam. Maka selagi itu penggunaan Emas dan Perak sebagai matawang adalah tidak relevant kerana ia boleh dimanipulasikan seperti barang dagangan lain

.

Thursday, January 20, 2011

Why invest in physical gold?

Top 10 Reasons to Invest in Physical Gold

10) Gold has always been, and will always be, the most legendary precious metal in the world.
9) Gold will always be in demand, and demand is increasing.
8) Gold is an inflation-proof investment.
7) Unlike paper currency, stocks and bonds, gold will never loses its intrinsic value.
6) Gold maintains its value through political and social upheavals, wars, and natural disasters.
5) A tangible and liquid asset, gold is the only truly international currency.
4) The current U.S. debt and trade crisis will continue to push gold prices up.
3) Physical (allocated) gold is the most secure way to invest in gold.
2) Gold should be part of every optimally diversified portfolio.
1) No other investment has the wealth preserving power of gold!



Reliability Of Gold And Silver As Currency 

Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.

From the beginning of Islam until today, the value of the Islamic bimetallic currency has remained surprisingly stable in relation to basic consumable goods:

A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

In 1,400 years inflation is zero.

Could we say the same about the dollar or any other national currency in the last 25 years?

In the long term the bimetallic currency has proved to be the most stable currency. It has survived, despite all the attempts by governments to transform it into a symbolic currency by imposing a nominal value different from its weight.


Reliability

Gold cannot be inflated by printing more of it; it cannot be devalued by government decree, and unlike national currencies it is an asset which does not depend upon anybody's promise to pay.

Portability and anonymity of gold are both important, but the most significant fact is that gold is an asset that is no-one else's liability.

All forms of paper assets: bonds, shares, and even bank deposits, are promises to repay money borrowed. Their value is dependent upon the investor's belief that the promise will be fulfilled. As junk bonds and the Mexican peso have illustrated, a questionable promise soon loses value.

Gold is not like this. A piece of gold is independent of the financial system, and its worth is underwritten by 5,000 years of human experience.

Friday, January 14, 2011

Sedikit celoteh, sejarah emas dan matawang Iraq yg telah hilang nilai


Perbandingan ringgit Malaysia dan penjelasan bagaimana sebenarnya rakyat dirompak secara senyap bilamana duit dicairkan dengan pencetakan baru. Dan politik.




Ramai orang bukan ahli ekonomi atau orang yg mahir dalam bidang kewangan dan ekonomi. Oleh itu kita tidak seharusnya semudah itu percaya kepada kata2 peniaga atau ahli koprat atau ahli ekonomi dan kewangan yg pandai2. Mereka mudah sahaja menipu dan memperdaya kita. Jadi ada sesetengah berpendapat yg pelaburan emas ini adalah satu spekulasi semata2 dan penipuan orang2 atasan. Suka saya katakan yg jika kita rasa kita tidak pakar, cari lah ilmu dan belajarlah. Ilmu skrg di hujung jari. Lihat sahaja Tun Dr. Mahathir, dia seorang doktor gigi pada asalnya. Tetapi kita lihat sendiri bagaimana dia dapat membangunkan Malaysia sehingga ke tahap sekarang ini.



Kita sebenarnya mmg dilahirkan dgn tidak tahu. Banyak perkara yg kita tidak tahu. Sebab itulah mengapa kita belajar dan mencari ilmu. Ramai yg sebelum ini tidak tahu perihal matawang dan emas ini, mungkin akan menganggap emas ini sebagai satu skim, manipulasi atau satu agenda yg dibuat2. Saya akui bukan mudah untuk senang2 percaya kepada sesuatu perkara baru. Lebih2 lagi bila melibatkan wang ringgit. Sudah byk skim2 yg menipu orang sana sini. Maka saya sangat mencadangkan kepada anda yg berminat untuk ingin tahu tentang emas dan perak, dan berminat untuk membeli atau menyimpannya, kaji dan carilah ilmu dahulu. Supaya keputusan yg anda buat untuk membeli atau tidak emas dan perak datang dari diri anda, kefahaman dan ilmu yg anda ada. Jangan kerana terikut-ikut atau terpedaya dengan kata2 manis si penjual emas. Perkara ini bukan sahaja melibatkan emas, tetapi dalam apa jua pelaburan dan urusan jual beli. Maka dengan apa yg saya tuliskan di blog ini, anda boleh jadikan ia panduan dalam membuat research anda sendiri tentang peranan emas.
Sejarah :
Emas telah digunakan dalam transaksi manusia lebih dari 5000 tahun dan menunjukkan rekod yg sgt berjaya. Memang dunia telah menyaksikan bahawa emas dan perak adalah matawang paling stabil yg pernah wujud. Semasa dizaman Umar Al-khattab, Dinar dan Dirham mula diselaraskan dengan baik. Duit kertas menyaksikan kejatuhannya dalam tempoh hanya 30 tahun lebih sahaja. Maka jika anda kaji betul2 sejarah anda akan faham kenapa saya amat menyarankan jika kita hendak menabung/menyimpan, emas adalah bentuk simpanan antara yg terbaik. Namun begitu, seperti yg pernah saya tulis sebelum ini, simpanan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Janganlah kita tukar semua duit kita kepada emas pula (melainkan emas sudah diiktiraf menjadi matawang semula).

Berkenaan zakat, "Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki." (blog Lembaga Rasmi Zakat Selangor)

Anda lihat bagaimana dalam Islam sendiri, zakat disandarkan kepada emas dan perlulah mengikut harga semasa emas. Itu menunjukkan yg Islam sendiri mengiktiraf logam berharga ini atas kestabilan dan kekukuhan nilainya. Dan kita semua juga tahu ada zakat emas. Tapi kenapa tiada zakat kuprum atau zink  atau barangan lain? Ini menunjukkan emas itu sendiri Tuhan jadikan ianya sungguh istimewa. Sehingga Nabi sendiri pernah menyebut,

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Hadis di atas adalah hadis Dhaif, namun ia bukan palsu.



Ini adalah apa yg berlaku kepada Iraq selepas mana US menjajah Iraq dalam perang baru2 ini. Bila mana berlaku krisis ekonomi atau jajahan, matawang duit kertas terus akan jatuh nilai dan tidak laku. Ini kerana pada asalnya duit kertas itu sendiri mmg tiada nilai dan hanya diberi nilai oleh kerajaan yg mentadbir. Cuba tgk pada wang kertas anda, ada tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai ..."


_______________________________________________________



BERKENAAN ZAKAT



Zakat wajib ditunaikan dengan sesuatu yg mempunyai nilai sebanar, bukan resit atau nota perjanjian yg dipersetujui.



Beginilah mungkin nilainya andai kata Malaysia mengalami hyperinflasi.
Moga dijauhkan.









"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.

Zimbabwe Hyperinflation


Tahukah anda bagaimana masa depan duit kertas yang kita gunakan hari ini?

Dan perkara ini sebernarnya telah berlaku pada byk negara, dan yg terbaru adalah Zimbabwe, bermula pada tahun 2001 dan kemuncaknya tahun 2008, dan masih dalam keadaan hyperinflasi sehingga kini. US adalah negara yg seterusnya, yang dijangka mengalami keadaan ini. Negara kita juga tidak mustahil kerana kita menggunakan sistem kewangan yg sama.















Perkara sebegini takkan berlaku jika anda menyimpan Emas. Pelajari sejarah jika anda masih ragu2. Sejarah membuktikan bahawa sejarah sentiasa berulang.



Kita menggunakan sistem kewangan yg sama dengan negara2 yg telah mengalami hiperinflasi Apa yg membuatkan matawang kita selamat? Tahukah anda bank negara Malaysia sendiri menyimpan berjuta hingga berbillion US Dollar sebagai reserve? (http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/11/the-currency-war-2.html). 

Suatu masa dahulu USD di ikat dengan emas. Dan duit2 kertas lain pula di ikat dengan USD. Maka sistem kewangan ketika itu adalah lebih stabil. Namun sejak 1971, USD sudah tidak terikat dengan emas. Maka berlakulah pencetakan duit kertas secara berleluasa. Akibatnya, 1USD dahulu yang sama nilainya dgn 1 Troy Ounce (31.1g) emas telah jatuh nilainya secara mendadak.  Sehingga kini 1400USD bersamaan dengan 1 Troy Ounce emas.

Mengikut jangkaan ramai pakar, kita masih lagi di peringkat permulaan sebelum emas dan perak naik lebih tinggi. Cuba fikirkan apakah yang bakal terjadi sekiranya matawang kita bilamana USD jatuh, dengan keadaan simpanan rizam negara majoritinya USD? Kesannya, lihat sahaja nanti bagai mana dalam tempoh 5 tahun ini harga barang komoditi semasa. 








Ramai yg masih ragu2 dalam menyimpan emas. Saya juga dulu begitu. Namun dengan melihat semula sejarah matawang, kita akan tahu yg kertas tetap kertas. Kita hakikatnya ditanamkan kepercayaan yg kertas itu ada nilai, yg sebenarnya kos pencetakannya hanya sekitar 6sen, dan kita disuruh percaya ianya bernilai RM1/5/10/50/100. 

Ramai juga yg menyangka pelaburan emas ini adalh satu pelaburan baru yg semakin mendapat perhatian dan menjadi popular dan ramai orang mula tergila-gilakan emas dan perak. Hakikatnya kita silap. Bila ekonomi sudah bergolak, kita sebenarnya seolah2 baru sedar dan terjaga dari tidur tentang delusi duit kertas. Hakikat yg emas dan perak sebenarnye adalah matawang dan penyimpan nilai sebenar. Sama seperti cerita seorang raja yg bogel tapi semua orang mengatakan raja itu berpakaian cantik, sehinggalah ada seorang budak yg mengatakan bahawa raja itu bogel, baru semua mula terima hakikat itu. Jika anda sehingga kini masih ragu2 dan sekadar menyangka ini sekadar kata2 mulut manis untuk melariskan produk yg saya jual, anda sebenarnya tidak tahu sejarah.

Di Malaysia Emas dan Perak mungkin masih baru, namun di negara yg ekonominya bergolak hebat seperti di negara barat dan China, mereka sudah lama sedar. China antara negara yg paling byk menyimpan USD sebagai reserve. Akibatnya mereka juga turut bergolak. Namun China sudah sedar dan pandai, bukan sahaja mereka mengimport emas dengan banyak, malah menggalakkan rakyatnya menyimpan perak. China juga mula berdagang dengan negara lain dengan matawang sendiri. Tahun lepas sahaja, 300 tan emas telah dibeli oleh negara China. 

Ada orang yg mengelak bila diceritakan tentang emas dan perak. Mereka menjangkka ini adalah sekadar jual beli biasa atau mungkin jualan langsung atau MLM atau pelaburan yg kebiasaannya yg sungguh membosankan. Mereka telah rugi kerana walaupun emas adlah salah satu pelaburan, emas juga adalah matawang sebenar. Mereka tidak tahu sejarah dan tiada ilmu sbb itu mereka melarikan diri. Saya sudah byk jumpa orang begini. Dan mereka sebenarnye rugi. 

Video ini adalah sgt berguna untuk sesiapa yg ingin faham lebih lanjut mengenai emas dan perak. Anda tidak akan rugi dengan mengetahui sejarah dan ilmu2 ini.


_______________________________________________







Apa tunggu lagi? Fast action fast result!
Jom sertai saya bersama GCP untuk menjadi ushawan emas!

Kenapa?

1. Tak dapat jual pun anda tidak rugi, emas tiada tarikh luput! Malah makin di biar makin tinggi harganya. Itu rahsia kedai emas tak pernah tutup walau sudah seabad lamanya! Sebab itu orang selalu kata, simpan emas untung, jual emas lagi untung!
2. Modal sangat rendah. Tidak perlu modal pun anda sebenarnya boleh. Ramai yang tidak tahu!
3. Ramai orang sudah tahu dan sedar tentang kepentingan emas dan perak. Ramai sudah celik emas. Kerja anda cuma menawarkan perkhidmatan terbaik sahaja! Tak perlu cerita panjang lagi tentang kepentingan menuimpan emas. Mudah kan?


Tekan pada link dibawah untuk maklumat lanjut.


Atau hubungi saya :
Mukhlis bin Ahmad Azam
012 3133 764


_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

Thursday, January 13, 2011

GOLD & SILVER INVESTING MOVIE!


1. GOLD & SILVER INVESTING MOVIE! (Part 1) Mike Maloney - 'Why Gold & Silver?'



2. GOLD PRICE TO THE MOON! Why Gold & Silver? - (Guide To Precious Metals Investing)



3. $15,000 GOLD PRICE? Here's Why. Why Gold & Silver? - The Movie. (Free Investing Film)



4. SILVER RARER THAN GOLD? Why Gold & Silver? - The Movie (Buy Gold and Silver!)



5. GLOBAL GOLD & SILVER RUSH! Why Gold And Silver (Free Precious Metals Investing movie)



6. METALS LEASING SCANDAL - (Part 6 'Why Gold & Silver?) Mike Maloney



7. ILLEGAL Gold Accounting By US Government! - Gold & Silver Price Manipulation



8. CRASH JP MORGAN! BUY SILVER! ETF Manipulation. 'Why Gold & Silver?' Part 8



9. 500oz SILVER TO BUY A HOUSE? Mike Maloney On Gold & Silver vs Real Estate



10. WHY IS SILVER THE BEST INVESTMENT NOW? Mike Maloney



11. How To Buy Silver & Gold - Mike Maloney Bonus Feature



12. Mike Maloney Fired His Financial Advisor Then Started Gold & Silver Investing


Sunday, January 9, 2011

Ada apa dengan Emas? Kemanakah arah tuju emas akan datang? [Video]



1.
Video Penerangan Tentang Dinar dan Dirham oleh Exco Hj.Husam Musa


2.
CNBC: James Turk on where gold is headed


Keratan Akhbar












Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,”

“Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi,” 

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.


____________________________________________




















Friday, January 7, 2011

Sejarah Dinar Emas dan Dirham Perak

   
Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.

Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.

Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.

Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.

Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.

Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.

Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.

Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.

Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.

Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Sumber : Harakah Daily
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30003%3Asejarah-dinar-emas-dan-dirham-perak&catid=102%3Aterbaik-dari-blog&Itemid=136 


Monday, January 3, 2011

Inflasi


Muka depan akhbar Sinar Harian Sabtu 1 Januari 2011
Selagi mana sistem wang kertas digunakan, kita mmg tidak dapat lari dari inflasi. Ketahui apa itu inflasi.


Secara kasar inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi diukur melalui kaedah Indeks Harga Pengguna (IHP). Inflasi juga menandakan kejatuhnya nilai sesuatu mata wang. Hakikatnya barang2 asas seperti dalam akhbar di atas seperti sayur-sayuran, gula dan bahan api, nilainya tidak berubah. Apa yg berubah adalah nilai mata wang kertas yg jatuh. Akibatnya kita memerlukan lebih byk duit kertas untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sejarah membuktikan wang kertas memang tidak akan lari dari inflasi.

Inflasi kebiasaannya dikira dalam tempoh bulan dan juga tahunan. Inflasi di Malaysia pada tahun 1985 hanyalah 0.4% tetapi telah meningkat kepada 4.7% dalam tahun 1992. Kemudian ia menurun kepada 3.5% pada tahun 1995 dan 3.6% bagi sembilan bulan pertama tahun 1996. Inflasi menjadi lebih tinggi pada zaman kegawatan ekonomi 1998 dan turun semula sedikit demi sedikit. Pathu tahun 2007/2008, inflasi negara pernah hampir mencecah 8%. Purata inflasi skrg adalah sekitar 1-3%. Jumlah inflasi negara sehingga kini adalah 115% (seperti dalam laman Jabatan Statistik Negara di atas).

Untuk lebih mudah faham, katakan suatu masa dahulu, barang A bernilai RM100. Dengan jumlah keseluruhan inflasi negara pada masa ini adalah 115%, harga barang tersebut sekarang adalah RM215. Dengan kata lain, jika dahulu kita ada RM100, kita boleh beli 1 barang itu. Tapi dengan jumlah yg sama, sekarang sudah tidak mampu beli lagi barang yg sama.

Oleh kerana itu, bagi mereka yg membuat simpanan wang untuk jangka masa sederhana dan panjang, simpanan dalam bentuk wang kertas adalah sangat rugi. Ini kerana nilai wang tersebut akan dimamah inflasi. Contoh mudah jika anda membuat simpanan RM100 000 sekarang. Katakan 5 tahun akan datang, dengan inflasi 3% setahun, jadi total 15%, maka nilai wang anda hanya tinggal RM85 000. Memang betul masih ada RM100 000, tapi kuasa membelinya seolah2 RM85 000 sahaja. Maksudnye sekarang dengan duit itu mungkin anda mampu beli 100 benda, namun dengan jumlah yg sama 5 tahun akan datang, anda hanya mampu beli 85 benda yg sama sahaja. Tapi itu 3%, bagaimana kalau lebih? Anda boleh nilai sendiri. Maka sebab itu saya amat mengesyorkan untuk simpanan jangka sederhana dan panjang, adalah sebaik2nya dalam bentuk emas. Dan emas fizikal adalah cara yang paling betul untuk menyimpan atau melabur dalam emas.

Ini kerana emas telah terbukti tidak dimamah inflasi. Dengan emas, harta kekayaan anda tidak bocor. Contoh klasik di zaman nabi seekor kambing dijual dengan harga 1 Dinar. Kini setelah 1400 tahun lebih, seekor kambing masih boleh di dapati dengan harga 1 Dinar. Yg saya dapat maklumat ada ladang kambing yg menerima dinar di Malaysia ini iaitu di Kelantan dan di Dengkil Selangor. Lihatlah kehebatan emas yg terjaga nilainya selama beribu tahun. Kalis Inflasi. Ada saya pernah terbaca ada orang menulis, Gold is God's money dan Paper is People's money. Anda juga perlu ingat bahawa emas memang telah digunakan sebagai matawang sejak berkurun lagi. Tengok sahaja movie2 atau cerita lama. Emas dan perak digunakan sebagai matawang dimana-mana.

Untuk menukarkan simpanan anda kepada emas, hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Mukhlis
0123133764

- Klang Valley -


.




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...