Thursday, January 27, 2011

Dr Murat Cizakca saran terus guna duit kertas





Negara Islam perlu kekal guna wang kertas
NEGARA Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem duit syiling itu boleh meningkatkan kadar faedah, dan menyukarkan kawalan inflasi.
Profesor Sejarah Ekonomi Perbandingan di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF), Dr Murat Cizakca, berkata wang sepatutnya berperanan sebagai alat pertukaran, bukan komoditi.
“Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar mempunyai kuasa penuh,” katanya dalam syarahan umum bertajuk ‘Dinar Emas Islam: Mitos dan Realiti’ anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun dan INCEIF di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, bekalan emas dikuasai oleh negara bukan Islam.
“Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga turun dan naik, justeru, negara Islam wajar terus menggunakan mata wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka dan akhirnya bersetuju menggunakan mata wang kertas yang sama pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang mengulas pendapat Cizakca, berkata: “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi.”
Beliau berkata, apabila inflasi tidak dapat dikawal, gaji sebenar rakyat turut jatuh.
“Peranan mata wang ialah sebagai alat perantara pertukaran, dan apabila mata wang berasaskan komoditi, nilai mata wang akan banyak bergantung kepada komponen komoditi dan kita tidak dapat lari daripada naik turun”, katanya. – BERNAMA


Saya fikir ini berlaku kerana bekalan emas utama dunia bukan dimiliki oleh negara Islam. Jika dimilikipun oleh negara Islam, negara tersebut mesti benar2 patuh kepada syariah dan tidak mengikut telunjuk barat seperti di sesetengah negara Islam. Maka selagi itu penggunaan Emas dan Perak sebagai matawang adalah tidak relevant kerana ia boleh dimanipulasikan seperti barang dagangan lain

.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...