Thursday, July 12, 2012

Program E.M.A.S.



Klik pada gambar untuk resolusi yang lebih baik.


Anda wajib datang jika anda ingin mengetahui :
1. Apa itu sebenarnya emas dan perak?
2. Kenapa emas? Kenapa Perak? Kenapa bukan aset lain?
3. Kenapa anda perlu menyimpan emas dan perak?
4. Emas, simpanan atau pelaburan?
5. Tips kewangan. Bagaimana merancang kewangan anda.
6. Keadaan ekonomi dan politik semasa dan kesan terhadap harga emas.
7. Kenapa GCP? Apa kelebihan GCP? 
8. Bagaimana ingin berjaya dgn GCP. Bagaimana ingin menjadi jutawan emas?
10. Ar-Rahnu
11. Skim emas. Bagaimana mengenali dan mengelak tertipu dengannya.
12. Pengalaman mereka yang telah bersama GCP.

Dan banyak lagi!
Daftar kehadiran anda segera!


DAPATKAN PERAK PERCUMA!!!!!*
Hanya di seminar seperti yg dijadualkan di atas.






*Tertakluk kepada terma dan syarat.






________________________________________________


Jika inginkan maklumat segera, hubungi :

MUKHLIS
012 3133 764
mukhlis.ahmadazam@yahoo.com
Facebook : Mukhlis AAzam



_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.





Tuesday, July 10, 2012

Malu kita dengan makcik-makcik kampung



https://www.facebook.com/snfanclub

"Orang ingat makcik-makcik Kelantan tu rajin meniaga lepas tu beli barang kemas berkilo-kilo tu kurang bijak. Tahukah anda, semasa kegawatan ekonomi 1997 semasa Ringgit jatuh teruk, makcik-makcik ni steady kaya raya tak terusik langsung. Bila nilai 'KERTAS' jatuh, harga LOGAM EMAS masih laki pada 1 harga yang sama seluruh dunia. Pandangan saya, jangan ingat orang lain tak bijak:


Orang-orang kampung dan orang-orang lama mungkin tidak tahu apa itu perancangan kewangan atau bijak wang. Tapi apa yang pasti mereka sebenarnya telah jauh lebih bijak dari kita. Mungkin dari istilah lain, tapi dari cara mereka, mereka mmg genius. Kita sahaja orang skrg yang sudah kurang celik dan perlu belajar apa itu perancangan kewangan.



Orang dulu-dulu rasanya takde macam ni.


2 minggu lepas saya dan team Emas Corp membuat seminar dan program percuma tentang emas dan perak untuk orang-orang di Kampung Gajah, Perak. Tapi bila ditanya, siapa yg sudah ada emas, semua mengangkat tangan. Malah ada yang datang ke seminar kami memakai gelang dan rantai hampir 300g banyaknya. Rasa seperti mereka yang patut buat kelas bagaimana untuk mengumpul emas sebegitu.

Berbanding seminar-seminar dan program yang di anjurkan di kawasan bandar, ramai yang masih tidak punyai emas. Malah ada yang tak pernah pegang dan lihat emas fizikal pun.

Semasa seminar tentang kewangan yang di adakan di Sunway bulan lepas (National Achievers Congress 2012), salah seorang speaker adalah pakar pelaburan antarabangsa bernama ROBERT KIYOSAKI ada bertanyakan kepada ribuan hadirin yang datang pada hari itu. Soalan yang sama juga, siapa yg sudah menyimpan emas dan perak? Menyedihkan yang angkat tangan tak sampai 20%. Orang kampung tak kenal pun siapa Robert Kiyosaki, lagilah nak ke siminar. Malu!


Jadi, apa pengajaran yang boleh kita ambil?




_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.

Simpan emas/perak di mana?





Ini adalah antara soalan paling kerap yang ditanyakan oleh ramai orang yg ada menyimpan atau baru ingin menyimpan emas dan perak.

Jawapannya :

1. Kalau sedikit, simpan sendiri seperti mana anda menyimpan barang kemas, duit dan barang berharga anda yang lain.
Contoh : Dalam peti ais, dalam beras/gula/garam, bawah katil/bantal/baju, dalam dinding/lantai, dijadikan penyendal pintu dan sebagainya.

2. Kalau banyak, simpan di Safe Deposit Box. Kebiasaannya khidmat ini ditawarkan oleh cawangan bank yang besar, dan syarikat swasta.



BANK :

1. Hong Leong Bank

2. Eon Bank Group Malaysia

3. OCBC Bank

4. Alliance Bank

5. RHB

6. Bank Muamalat Malaysia Berhad

7. UOB

8. Public Bank

9. Maybank

10. CIMB


12. CITIBANK





SYARIKAT SWASTA :

1. Safe Deposit Box Sdn. Bhd.

2. Royal Safe Deposit Box

3. Redza Safe Deposit Box Sdn. Bhd.

4. Public Safe Sdn. Bhd.

5. My Safe Box






*Lagi senarai bank di Malaysia boleh lihat di laman sesawang Bank Negara Malaysia.
*Sila lihat carian safe deposit box di Business Savers Hub (peta)
* Kebanyakan bank hanya memberi pampasan dan bukan insurans
* Kebanyakan safe deposit box swasta menawarkan insurans, dan nilai insurans boleh ditambah.
* Safe deposit box tidak terdapat pada semua cawangan bank. Anda perlu menghubungi talian perkhidmatan pelanggan mana-mana bank dahulu untuk mengetahui cawangan terdekat yang menyediakan khidmat safe deposit box. Kebiasaannya cawangan bank yang besar sahaja yang menyediakan perkhidmatan ini.









_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.



Thursday, July 5, 2012

Emas vs Perak (Bahagian 1)




Jika anda ada ingin membuat pelaburan atau simpanan dalam emas dan perak, yang mana anda akan pilih? Emas atau perak? Yang mana mempunyai potensi kenaikan harga yang lebih tinggi? Apakah faktor-faktor yang perlu dilihat dalam membuat keputusan ini? Yang mana lebih penting? Emas atau perak?

Kebanyakan orang yang baru-baru saya kenal ada menyebut mereka lebih meminati perak, kerana menurut mereka harganya mempunyai potensi kenaikan yang lebih besar berbanding emas. Pihak-pihak yang menyokong perak ini percaya yang perak boleh naik sekurang-kurangnya 11 kali ganda lagi, berbanding emas dengan hanya 5 kali ganda. Contoh dengan mengambil harga $10/ounce perak dan $600/ounce emas, perak boleh mencecah harga $110/ounce (11 kali ganda) dan emas pula $3000/ounce (5 kali ganda) dengan mudah.

Tidak dapat dinafikan, apa yang disebutkan ada kebenarannya. Dan perak memang akan beraksi lebih baik berbanding emas dalam satu tempoh yang panjang. Dan apabila dollar akhirnya jatuh dan menjadi tidak bernilai lagi, harga emas dan perak akan mendatar dan hanya akan ditentukan oleh permintaan dan pengeluaran tempatan dan antara bangsa semata-mata. 

Selain dari potensi kenaikan perak dan potensi pelaburan perak yang lebih baik dari emas, ramai orang ada menyebut yang sebab kedua kenapa perlu memilih perak adalah kerana perak mempunyai permintaan yang jauh lebih tinggi di dalam industri berbanding emas. Perkara ini memang tidak dinafikan dan memang ada asasnya di situ.

Namun, kedua-dua sebab ini tidak lagi berasas bila dollar jatuh tersungkur dan tiada nilai nanti. Kenapa? Pertamanya bila dollar jatuh dan sudah tiada nilai, dan perak mencapai harga sasarannya iaitu $110/ounce, dan katakan anda mempunyai sebukit perak, pada siapa anda ingin menjualnya? Matawang apa pula yang anda akan gunakan dalam urus niaga ini?

Berpatah balik kepada sejarah, apabila dollar menjadi tidak bernilai seperti yang pernah berlaku kepada duit Jerman selepas perang dunia ke 2, negara kita akan menjadi kucar kacir samada dalam ekonomi, kewangan atau secara fizikalnya. Orang hanya akan menggunakan dollar sebagai bahan bakar untuk memanaskan badan ketika itu. Dengan kata lain, sudah tiada sistem kewangan untuk anda membuat untung dari perak anda.

Kemudian berkenaan kegunaan perak dalam industri, bila tiada mata wang, maka akan tiadalah permintaan dari industri akibat tiada mata wang, dan akibatnya tiadalah perdagangan dan jual beli. Maka pelaburan perak di situ adalah sia-sia sahaja.

Saranan saya, mungkin anda boleh menyimpan perak dalam bentuk syiling (dan bukan bar yang besar-besar) supaya ia boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk suatu hari nanti. Namun kelemahan perak adalah pada berat dan isi padu-nya. Ini akan mengakibatkan kesukaran dalam menyimpan dan membawanya kelak. Untuk menyimpan kekayaan dengan perak, anda perlu menyimpan sejumlah perak yang sangat banyak. Akibatnya anda akan menghadapi kesukaran dalam menyimpan perak-perak tersebut akibat isi padu dan saiz nya yang besar dan berat. Dalam situasi krisi di mana keadaan menjadi kucar kacir, adalah sangat susah dan hampir mustahil jika anda ingin lari dengan semua perak yang anda miliki. Jika anda simpannya pada bank atau bilik kebal swasta, adakah anda fikir yang bank dan syarikat swasta akan buka pada waktu-waktu krisis dan kucar kacir? Apa yang berlaku adalah 1 ounce perak pun anda mungkin tidak dapat perolehi. 

Melihat dari sudut emas pula, jika anda ada rezeki lebih, anda patut tukarkan sebahagian darinya kepada emas. Ini kerana emas adalah penyimpan nilai yang padat. Ia bermaksud, walaupun kecil, nilainya adalah besar. Ia juga lebih mudah di simpan dan dibawa kemana-mana dgn mudah berbanding perak dengan nilai yang sama. Sejarah telah mengajar kita bagaimana orang-orang dulu bila berlaku sesuatu krisis, akan melarikan diri dengan membawa emas di dalam poket atau beg mereka. Jangan tertipu dengan menyimpan perak banyak-banyak, anda boleh menjadi sangat kaya akan datang. Kerana walaupun ia bernilai, anda mungkin terpaksa tinggalkan ia begitu sahaja tampa dapat menggunakannya.





Komen pemilik blog : Anda perlu tetapkan matlamat, kenapa anda menyimpan emas dan perak? Dari situ baru anda boleh rancang strategi yang betul dengan matlamat, kemampuan dan kesesuain anda. Contoh matlamat :
  • Nak tambah pendapatan dengan melabur dalam emas dan perak?
  • Nak jadi kawa ddan jutawan dengan emas dan perak?
  • Nak selamatkan diri dari krisis ekonomi dan kewangan yang akan datang?
  • 'Safe heaven'
  • Sebagai harta pusaka?
  • Sebagai penyimpan nilai dari dimamah inflasi?
  • Simpanan jangka panjang?
  • Muamalat/Jual beli? Dinar dirham?
  • Keluar dari sistem matawang kapitalis? Riba?
  • lain2.

Jadi apa kata anda, emas atau perak? Anda tentukan sendiri.










_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.



Tuesday, July 3, 2012

Durian runtuh, nak buat apa?





Saya tiada-lah dapat durian runtuh atau pernah dapat durian runtuh. Tapi beberapa orang yang saya kenal di sekeliling saya, ada. Kebiasaannya dari bonus, harta pusaka ataupun hadiah. Jadi biasa ada 3 cara untuk makan durian runtuh ini seperti apa yang dikatakan oleh Pakdi.

1. Joli / belanja / tambah expenses & liability
2. Bayar hutang
3. Invest / tambah income & asset 
(Sumber : http://www.pakdi.net/nak-buat-apa-dengan-duit-tunai-cash-segedebuk/)

Pada saya yang terbaik adalah yang ke 2 & 3. Tak boleh 3 sahaja sbb hutang ni akan bawa masuk ke kubur. Jadi kalau rasa hutang tu da lama sgt patut kene byr, paham-paham je lah. Tapi kalau hutang itu mmg dibayar dengan tempoh seperti hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya, 3 lah yg terbaik. 

Tapi janganlah salah faham. Memanglah duit itu gunanya untuk di belanjakan. Kalau nak simpan je bukan boleh bawak masuk kubur pun. Tapi apa yg di maksudkan adalah, bila dapat duit byk, guna duit byk itu untuk buat lagi byk duit, then baru kita belanja. Nak bawak masuk kubur pun boleh, belanjalah pada jalan Allah. Banyakkan bersedekah.

Sila baca artikel ini :

 Sebut pasal hutang, mudahnya kita boleh bahagikan kepada 2 jenis.
1. Good debt 
2. Bad debt

Hutang yg baik (no. 1) adalah hutang yg dibuat untuh tambah income/asset atau hutang yg dibuat untuk tambah modal dalam satu2 perniagaan yang seterusnya boleh memberi pulangan yg lebih baik. Dengan kata lain, kita pinjam duit itu untuk buat lebih banyak duit.

Hutang yang tak baik (no.2) adalah hutang yang dibuat kemudian duit itu dibelanjakan dan habis begitu sahaja atau digunakan untuk menambah liability (contoh mcm beli kereta).

Bukan kata kereta tak bagus. Tapi perlu pandai bezekan antara kemahuan dan keperluan. 
Keperluan adalah pengangkutan. Kereta 2nd hand atau viva paling bawah skali dah memadai. Kalau beri alasan kereta 2nd hand cepat rosak, mana-mana kereta baru atau lama kalau tak pandai jaga pun akan cepat rosak.
Kemahuan pula nak kereta mahal lagi, kalau viva nak viva elite, rasa byk duit sikit nak myvi. Kemudian buat hutang byk2 sampai 9 tahun dan kaya kan lagi bank yg sudah kaya itu.

Cuba tanya diri kita balik, apa sebenarnya tujuan kita beli kereta, dan kenapa kita nak beli kereta terebut. 
Kenapa viva elite? 
kenapa myvi? 
Kenapa pesona? 
Kenapa inspira? 
Kenapa itu? Kenapa ini? 

 Ada orang kata alang2 beli biar puas hati? Ye ke puas hati? Jangan nanti rasa sesak nak byr hutang sudah, sampai perlu pinjam pada orang lain pula untuk perkara-perkara lain. Tapi kalau mmg betul ada rezeki lebih, Alhamdulillah. 

 Tak dinafikan manusia ni suka menunjuk-nunjuk. Masing2 suka jika ada orang sebut2 kebaikan dan memuji kita. Maka bila ada timbul walau sedetik pun perasaan itu dalam diri kita, kita patut beristighfar. 

 Jadilah orang yang ikhlas. 







_______________________________________________




"Emas & perak sewajarnya menjadi salah satu portfolio wajib
dalam perancangan kewangan setiap orang.
Rancanglah wang anda dengan bijak!"

Semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!



.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...